P.Ramlee

Arghhhhhh...sedihnye tgk documentari pasal Allahyarham P.Ramlee (Astro-History)..percaya tak.Saya yang berhati keras nie menangis ;( Betapa semangatnya Beliau nak memperjuangkan filem melayu, muzik melayu dan seni melayu. Impian Beliau nak menerbitkan filem berwarna sentiasa di kaburi dengan penipuan. Bagaimana tragiknya Beliau dihina, dikhianati, dipulaukan ketika beliau dalam kesusahan. Sampai makan nasi kosong dengan telur, menangung segala hutang..hmm lumarah manusia, bila ada tak nak hargai, bila takde..mula nak ratapi. Dan mmg sifat kita (termasuk saya) kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak.Bertapa ruginya kita kehilangan such a genius actor dan betapa sadisnya kita tak hargai Beliau di saat adanya Beliau. Takkan ade P.Ramlee yang kedua.Al-Fatihah

Air Mata di Kuala Lumpur
Lagu ini menceritakan kesedihan beliau ketika berada di Kuala Lumpur, ketika beliau dipinggirkan "zahirku hidup,batinku mati"..begitulah kekecewaannya.

Malam Bulan Dipagar Bintang


Lagu ni sedap sgt..sweet>.<

Western Vs Asian

Wah..wah..rindunya nak menempek kat blog nie. Macam da lama sgt tak post ape2..Aduh!Saya amat sibuk.Ini pun nak jugak menulis dekat sini, walaupun ada benda yang belum siap ,log book, report DD, ulangkaji DD..arghhhhh!!!Tak sabar nak habiskan belajar...tapi tak nak kerja.Macam mana nie??

Ok,ok..focus.Isnin baru nie saya ade paper Innovation.So di sebabkan buku Inno tu amat tebal dan keadaan dia yang dah nazak ( terburai akibat membaca sampai tertido).Maka saya pun mengunakan service Mr.Google, n...guess??apa yang saya jumpa??

Differences between Western and Asian Culture.Ok!Selamat bermuhasabah diri.Opss..ade gak yang terkena pada diri sendiri,ok..cool>.<

Blue --> Westerner
Red --> Asian


Confronting a Problem
confront problem

Sense of Self
how to think of self.jpg

Weekend Activities
on weekend.jpg

How to Express Anger
express self.jpg

Queue when Waiting
how to queue up.jpg

Status of Leader
status of leader.jpg

Relationships
relationships simple complex.jpg

Punctuality
punctuality.jpg

Transportation
transportation.jpg

Sayu

Hari ini, semua benda yang dirancang berjaya dilaksanakan, viva digital design, siap - siap nak balik Putrajaya. Singgah Low Yat beli bateri handphone.Alhamdulliah semua berjalan lancar..Pakai tudung lilit pun berada dalam kondisi yang baik dan tudung itu "behave"..terima kasih tudung!!

Singgah makan malam dekat KL Sentral Food Court, berulang alik dari kedai ke kedai cari makanan ape yang sesuai..akhirnya nasi goreng tom yam si mamak dari India juga menjadi pilihanku.Alhamdulliah..sedap ;)..

Ketika tengah mencari tempat duduk , ada seorang cleaner datang kemas meja. Entah kenapa aku menatap wajahnya (mungkin rindukan ayah) ,sayu, lelaki melayu yang sudah berumur. Umur sekitar 50 ke atas....entah apa kerisauan dan masalah yang di tanggung oleh pakcik tu. Walaupun muke beliau garang...namun nampak sesuatu di wajahnya. Adakah gajinya cukup untuk beliau sekeluarga??Adakah anak-anaknya sihat? Adakah anak-anaknya ingat akan ayahnya yang sedang bekerja di ketika ini?Adakah isteri & anak-anaknya mengenang akan keletihan ayahnya?Adakah isteri & anak-anaknya menghargainya??

Hmmm...semoga pakcik itu di kurniakan isteri dan anak-anak yang menyanyanginya, semoga beliau sihat dan dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat.Amin...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...