Siapa Kita Dalam Menentu Hak Orang Lain?

::Assalamualikum::

Ingat tak saya pernah menulis entry The Power Of Giving? Saya ada meceritakan bagaimana memberi CINTA kepada seseorang? Hari ini saya faham bagaimana cinta yang di maksudkan. Cinta dengan gembira akan KEHIDUPAN dan KEPUTUSAN yang dilakukan oleh orang lain. Kalaupun tidak menyokong kerana laluan yang mereka ambil tidak seperti yang kita inginkan, relakan mereka and JUST BE HAPPY for them. Jangan membuat andai sendiri, jangan memikir hingga10 tahun kehadapan, jangan memekak melolong atas kelebihan dan rezeki orang lain, seandainya anda TIDAK mengetahui HUJUNG PANGKAL cerita. JUST BE HAPPY FOR THEM. Sekali lagi saya nyatakan, bagaimana untuk kita tahu HUJUNG PANGKAL seseorang itu? Dengan bertanya akan tuan punya badan and make sure he/she is COMFORTABLE with you.  

Setiap keputusan yang diambil oleh seseorang itu sudah semestinya di timbang-tara dengan sebaik-baiknya. Kalau tidak, ianya tidak akan dinamakan "KE-PUTUSAN" oleh itu apa hak kita untuk menentukan hak orang lain? Contohnya seorang wanita yang bergaji RM2000 sanggup berhabis membeli handbag bernilai RM2500? Pada saya, secara peribadinya wanita itu TOLOL..sanggup berhabis gaji sebulan untuk menampung harga sebuah handbag. Tapi SIAPA kita? Ya, saya memang tidak setuju kerana saya hanya memakai handbag berharga RM 150, tapi saya sanggup berhabis untuk bercuti. Oleh itu, apa hak orang lain dalam menentukan keputusan saya? 

Pernah kita terfikir,bagaimana wanita yang membeli handbag berharga RM2500 itu berkerut gaji untuk mendapatkan barangan yang di idamkannya? Mungkin dia tidak makan di luar, mungkin juga dia hanya memesan air kosong ketika makan di restoran, mungkin dia merasakan BIG APPLE adalah sejenis makanan yang mahal. Mungkin bagi mereka menghabiskan beratus-ratus ringgit hanya untuk makanan adalah sesuatu yang membazir kerana akhirnya menjadi tuttt.... Mungkin mereka sudah menyimpan duit gaji selama setahun untuk mendapatkan barangan tersebut?SIAPA kita...??

Untuk manusia yang suka bercuti, mungkin mereka mengumpul wang selama setahun dan mengelak dari bercuti di tempat-tempat yang berdekatan bagi merialisasikan impian percutian ke luar negara. Mungkin mereka tidak membazir dengan membeli makanan di Bazzar ramadhan, mungkin juga mereka menghadkan pengunaan duit dari menonton wayang dan membeli buku.Sekali lagi..SIAPA kita?

Asalkan mereka tidak merompak, mencuri, berhutang dan menyusahkan orang lain RELAKAN mereka..dan BE HAPPY FOR THEM. 

Siapa kita dalam menentukan kereta yang harus mereka miliki ?
Siapa kita dalam menentukan rumah jenis apa yang harus mereka miliki?
Siapa kita dalam menentukan handbag jenis apa yang harus mereka miliki?
Siapa kita dalam menentukan jam tangan apa yang harus mereka miliki?
Siapa kita dalam menentukan kasut sukan apa yang harus mereka miliki?
Siapa kita dalam menentukan jenama stroller apa yang harus mereka miliki?
Siapa kita dalam menentukan majlis perkahwinan apa yang harus mereka miliki?
Siapa kita dalam menentukan seramai mana anak yang harus mereka miliki?

YA, kita tidak setuju kerana PANDANGAN kita berbeza.Kita tidak setuju kerana ianya bukan KEGEMARAN dan KEUTAMAAN kita...Bila tak setuju, susah untuk kita menghulur walau sesen dua bukan? Oleh itu, cukup jika kita GEMBIRA dengan mereka. CUKUP

2 comments:

  1. semenjak dua menjak ni, perkataan stroller tu xlekang di bibir ye..

    ReplyDelete
  2. Ahahah...spoil the mood org tgh emo jek!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...