Jawapan Bila Di Tackle

Korang selalu kena tackle tak? Cehh, statement belagak, macam la setiap minit ade orang tackle.Hakhak..ok, let say korang memang selalu kena tackle, gi makan kedai mamak,mamak siap Dil To Pagal Hai lagi dengan korang,siap bagi timun ade lukis gambar senyum guna sos lagi , gi kedai elektrik si Chinese siap nak teman gi toilet lagi, gi kedai melayu???Hahahah...tak tahu,sebab kalau lelaki melayu buat macam tu, terus takot, rasa dia orang gatal sangat.Dan terus nak marah-marah.Hahaha..kesian ko mamat melayu.Nasib lah!Hihi,bukan bias..tapi entah lah.Aikk..macam termengaku plak.Ok ok, now nak bagi tips, kalau la ade orang nak mengorat dan cakap bunga-bunga,siap pokok-pokok durian bagai, apa kata kita jawab macam nih .

Andaikan saya yang kena ngorat ok. " Lets introduce myself, my name is Sara Saad, i love to sleep, eat, reading books, dance, shop-shop, cook and talk-talk.Saya seorang yang garang, suka marah-marah,saya kalau marah macam masuk hantu, takot tak!!!?saya seorang yang perfectionist, saya nak semuanya sempurna,contohnya, saya tak akan memasak kalau tak cukup bahan,seperti bawang putih.Terus tak mau masak??Takot tak!!!?Saya degil, susah nak menerima pendapat orang lain.Saya bukan seorang yang penyabar, saya cepat mengamuk dan emotional, saya setiausaha kelab pemikir, oleh itu saya suka pikir bukan-bukan, hobi saya risau benda bukan-bukan.Saya materialistik dan demanding, but it's not for me, for my kids..ermm..our kids,saya suka mendesak,kalau nak sesuatu...dah tak leh tunggu-tunggu, saya cerewet,suka mengomel macam-macam...sudikah anda mengenali saya?? "

Korang rasa,mamat tu still nak tackle tak?Ke lari cabot???Hahhaha...Kalau dia terima juga,means he really love u.So, cuba la perbaiki diri untuk orang yang menyanyangi kita dan orang yang kita sayangi.Ok, now boley la Kuch Kuch Hota Hai sekarang.Hihihi



Ini la smiley cucumber with chili sauce.Lovey-dovey gitu.Ahaaksss.

Kaum Lelaki, Jangan Tertipu

Peringat!! Jika anda seorang lelaki yang sedang mencari teman hidup, suri rumah, suri hati, lisa surihani.Mereka ada disini..hihi.Bukan, kalau anda lelaki yang mencari wanita di atas dengan pakej seakan-akan wanita melayu terakhir, pemalu, lemah-lembut, sopan-santun,tak banyak cakap,dengan harapan,nanti kahwin wife tak bising,hahahaharapan!

Kenapa??Sebab, pompuan bila dah kahwin,dah hidup dengan anda 24/7( Lelaki ) dah kenal perangai anda,bangun tido bersama, letak towel, kunci, socks merata-rata..,tak tutup ubat gigi, tak flush,maka si lembut,sopan santun ini akan bersuara..hahahha..dan start la radio karat beliau.."Kenapa abg/bie/abah letak towel nie marata-rata?"...."Boleh tak lepas pakai toilet,flush"..ahahha.Maka hilang la,wanita melayu terakhir..kenyataan tau, dari malu-malu bercakap time bercinta dlu,terus bercakap sampai tak mampu anda nak mendengarnya..dari cite, ikan naik harga, sampai la ekonomi dunia merudum.Satu lagi,hati-hati dengan wanita lemah-lembut nie, sebab wanita lemah-lembut,manja nie garang dan keras hati!Bukan saya seorang yang cakap, Nora Danish pun cakap benda yang sama.Hihi..tapi, mesti ade sebab kenapa kami (Wanita) nie berubah menjadi radio karat dan garang.Hahhaha...sebabnya,kami ini berubah mengikut keadaan, pemboleh ubah bersandar.Tak gitu??Ok,daaaa~

Thinking out of box.

Wah, mesti korang tertanya-tanya. Asal tajuk kali nie amat berkuasa tinggi??Hihihi..macam hebatkan?Ceh, perasan lah kau sara!! Sejak berkawan dengan ibu-ibu yang ada anak bersekolah rendah, mendengar mereka bercerita keadaan disekolah, terasa amat jauh perbezaan kita. Tengok kepada beg sekolah sahaja menunjukkan segalanya.Hehe..makngai..beg,tebal gila.Boleh buat alas untuk gune public phone,tinggi siot!..Itu belum dengan subject macam-macam lagi, budak sekolah rendah dah ada kemahiran hidup?Mmg berkemahiran betul lah korang pas nie.Hihi. Itu belum setiap pagi ade perhimpunan dengar guru-guru berceramah.Kalau ucapan yang di berikan berunsur semangat, jenaka, mungkin menghiburkan. Tapi kalau ucapan berbaur kemarahan, ugutan? Bayangkan, awal2 pagi dah kena basuh?dah kena bebel?I don’t think I would be happy to go to school. Dok umah kne bebel, g sekolah kne bebel??Baik g cyber café??Am I rite? Saya bukan mengalakkan mereka memonteng kelas. But, that how they think at this age.

*********
Teringat lagi, ketika zaman kanak-kanak. Hari yang dinanti ketika di sekolah, adalah hari di mana pelajar memilih kelab, persatuan dan sukan kegemaran masing-masing.Tak boleh tidur malam sebab terlampau excited nak masuk kelab idaman. Apa yang best hari tu, class tak ada, so semua pelajar sekolah akan berlegar-legar di kawasan sekolah mencari kelab, persatuan dan sukan masing2. Berebut2 pergi beratur, tolak-menolak, tarik menarik..bau badan??Tak payah cakap la kan??Hehehehe..that how we learn how to make decision? How to plan our day? How to get what u want? Tapi, budak zaman sekarang, guru-guru yang tentukan.. Si A, masuk pengakap, Si B masuk bulan sabit, Si C masuk bola tampar. At one side, mmg memberi advantage pada guru-guru, tak banyak kerja, tak payah bukak booth, tak payah nak tunggu kat kaunter kelab. Tak payah nak wat banner.So, guru boleh focus macam mane nak menaikan grade peperiksaan tahun nie.It sounds sarcastic but that it’s true. But, at one side, kita tak perasan kita membantutkan pelajar-pelajar kita dari kemahiran membuat keputusan, kemahiran mengikut keinginan diri. Bayangkan, kalau Si A dari darjah satu, admire tengok abg & kakak senior masuk pengakap. Bila masuk darjah 4, cikgu suruh masuk bulan sabit merah??Hurm..setiap langkah, keputusan, semua di tentukan oleh pihak sekolah, dari darjah satu sampai tingkatan lima. Tetiba at age 18, kita nak melahirkan pelajar yang innovative??Kreative? THINKING OUT OF BOX??? Owhhh…please.. Korang da bubuh pagar berdawai besi since umur 7 tahun sampai 17?? Jadi macam burung kakak tua??Ikot saja keputusan?? Tetiba at age 18, 20 nak suruh budak tu jadi innovative?? Tanya saja, apa cita-cita mereka??Apa mereka minat? Hobi? Jawapan diorag? ntah, tak tahu..Ini yang nak jadi innovative? Sebab apa? Sebab sepanjang mereka bersekolah?? They don’t know how to make decision? They don’t really know themselves? They don’t know what their strength? They don’t think!!! Learn & think is two different things. When u think, you will analyze all the consequences , you will consider people around u, u will accept all the effect, you will be more responsible. Kalau tak, tak de la, pelajar university still tak beratur time beli barang? Buang sampah merata-rata, orang berpendidikan tinggi ambil rasuah! So, ayat penutup hari nie, THINK!!!

Nak Jadi Pelakon!!!!!

Entry nie di tulis sejurus selepas melawat laman web Job Street & Job Malaysia..Job ntah ape2 ntah lagi!!!. Mood stress!!! Nak marah!!! Semua ade!!!Di tambah byk plak soklan dari ayah. Ayah boley plak comment, klu dlu amek Pharmacy kan senang keje???Aik??Pharmacy??Mimpi di siang hari ke ape ayah aku nie??Sejak bila aku dapat offer pharmacy course?!!!!Asal taknak cakap terus, klu amek Medic kan senang??Sekarang da keje, da dpt 3-4 hebu +++??kan ??..Klu itu la komen ayah, mst aku meraung sambil tunjuk SPM result..huahuahuaaaa!!Terguris mak tau.

Tetiba teringat lawak ayah >.<

********************

Di suatu hari,ketika aku sebuk mencari kerja di internet. Sambil ayah dan ibu menonton TV..tetiba ayah bersuara. "Ko jadi pelakon la Sara".( Terbeliak mata aku, da nak dekat terjojol la). Pak aji ni suruh aku jadi pelakon??konfius.."Muda-muda macam nie, bole jadi heroin, anak dara, pakai cantik-cantik dah tua-tua esok boleh jadi hantu"..."Macam dalam cite hantu nie, yang perempuan tua jadi hantu, yang lelaki tua jadi dukun".."Jom Peah (mak)..Ko jadi hantu, aku (ayah) jadi dukun"..muahahha..nak tergolek aku mendengarnya..mmg jauh pemikiran ayah aku nie. Ini la yang dikatakan mini retirement plan.Jadi hantu???..Kikkih.Life is cycle, when the time comes..you have to be what u have to be.That life!!



p/s. !!!!! yang banyak sesuai dengan tajuk Blog ini, Che a'a emo.Jangan pertikaikan.

Hari menunggu sedunia.

Ok..entry kali ni, padat, ringkas dan tepat! Semlm dan hari ini adalah hari menunggu sedunia..pertama tunggu kawan balik dr keje datang jemput dekat station lrt kelana jaya..Humangaii..dekat 1.30 jam tguu..nak nangiss!!!!Rasa mcm zaman kanak2..tgu ayah/mak/kakak datang amek kat sekolah tadika kemas. * pki skirt kotak2..bawak beg galas belakang + bekas air handphone,tgu org datang jemput..tgk, sorang, sorang kawan dah pergi/balik...tgu je kat bawah pokok. Kesian kawan kita tu, die pun tergesa2 datang jemput.Ini semua gara-gara mesin kat kilang die wat hal..Kedua, tgu another friend datang jemput lunch after interview session..Uiiihaiii..sejam gak tgu.Dengan beg besar, tudung lilit-lilit bagai...baju jerut kat tangan nie..adess!!Dan yang penting,perut LAPAQ tahap berasap kat kepala.Macam game dalam dinner dash ( tak pernah main, tgk kawan main!!) ..Sebabnya, kawan nie..sesat dalam area2 kilang..ades la..ade GPS tak nak bawak.Seb baik bawak keta ekon sejuk... Sekian, hidup tak semudah yang kita sangka.Tammmat



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...