Housewife @ housemaker ??

:: Post ini adalah post zaman dulu kala yang berhabuk di dalam draft:: Sekian
 
Last week saya hadiri kelas berkaitan banking and law,and the speaker memang hebat lah!!Tabik springgg..toing..toingg. Ada PhD, Dr, lawyer, penulis buku,ade rumah di luar negara, ada ank perempuan yang cantik..and bla..bla.Sepanjang course, i am happy, because she is very knowledgeable and banyak pengalaman. Tapi apa yang buat saya tercelik dalam kelas,bila beliau bercakap mengenai housewife, buat apa belajar tinggi-tinggi kalau jadi surirumah?And dia tak setuju dengan ayat housemaker, housemaker itu "org buat rumah" & housewife "isteri kepada rumah"..hihihi.Funny..tapi ok ape jadi housewife??Yeah..housewife di mana suami mampu untuk menyara kehidupan kita?Bersyukur lah. :) Kalau kita perlu bekerja untuk membantu kewangan keluarga, anda adalah wanita yang tinggi darjatnya. Berbalik kepada housewife, jadi la housewife yang educated, baca banyak buku, buat hobi berguna, menanam pokok bunga ke?jahit manik ke?mencuba resepi-resepi baru?Joint aktiviti anak di sekolah??Buat free tuisyen untuk anak + anak2 jiran? Buat kerja amal, kumpul barang recycle?Ehh..banyak je aktiviti lain selain jaga rumah,pakai kain batik, tempek bedak sejuk, buat sanggul tinggi-tinggi, melepak depan rumah sambil mencicah jeruk Mak Bee, tak pun mengayam ketupat yang tak masak-masak, yang macam-macam lagi la.

Suri Rumah Vs Suri Kerja

Kebelakangan ini sering kita lihat di dalam Facebook banyak kata-kata hikmah di paparkan, antaranya mengenai kelebihan menjadi surirumah.Seperti di bawah ini, 








Saya baru 2 bulan menjadi isteri + surirumah sepenuh masa, apabila membaca "ayat" di atas, tipu jika saya katakan bahawa saya tidak bangga menjadi surirumah. Namun, adalah tidak adil jika kita menidakkan kelebihan dan kebaikkan isteri yang bekerja demi untuk membantu suami tercinta dan menaikkan ekonomi keluarga. Jika di beri pilihan samada menjadi surirumah sepenuh masa dan (suri rumah separuh masa + bekerja separuh masa) pasti ramai akan memilih untuk menjadi surirumah separuh masa. Maka isu pahala siapa lebih bayak, samada surirumah sepenuh @ separuh masa adalah tidak wajar dinyatakan. Banyak atau sikit pahala itu bukan urusan kita sebagai manusia. Saya pasti wanita yang bekerja dan pada masa yang sama menjaga rumahtangganya pasti sedih/ terkilan apabila membaca "ayat" di atas. Malah tugas wanita bekerjaya + surirumah adalah lebih banyak cabaranya serta wajar kita hormati. Mereka bekerja seawal pagi untuk menyediakan kelengkapan suami dan anak-anak dan tidur selewat mungkin bagi memastikan tugas pada keesokkan harinya berjalan lebih lancar. Malah, mereka memikul 1-3 watak lebih daripada kita sebagai surirumah + isteri dan ibu. Oleh itu, surirumah yang bekerja di luar sana, usahlah anda berduka dan sedih kerana setiap apa yang kita kerjakan hanya selayaknya mendapat pengiktirafan dan perhitungan daripada Allah S.W.T...asalkan kita ikhlas dan tidak mengabaikan keluarga.Daaa.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...