Suri Rumah Vs Suri Kerja

Kebelakangan ini sering kita lihat di dalam Facebook banyak kata-kata hikmah di paparkan, antaranya mengenai kelebihan menjadi surirumah.Seperti di bawah ini, 








Saya baru 2 bulan menjadi isteri + surirumah sepenuh masa, apabila membaca "ayat" di atas, tipu jika saya katakan bahawa saya tidak bangga menjadi surirumah. Namun, adalah tidak adil jika kita menidakkan kelebihan dan kebaikkan isteri yang bekerja demi untuk membantu suami tercinta dan menaikkan ekonomi keluarga. Jika di beri pilihan samada menjadi surirumah sepenuh masa dan (suri rumah separuh masa + bekerja separuh masa) pasti ramai akan memilih untuk menjadi surirumah separuh masa. Maka isu pahala siapa lebih bayak, samada surirumah sepenuh @ separuh masa adalah tidak wajar dinyatakan. Banyak atau sikit pahala itu bukan urusan kita sebagai manusia. Saya pasti wanita yang bekerja dan pada masa yang sama menjaga rumahtangganya pasti sedih/ terkilan apabila membaca "ayat" di atas. Malah tugas wanita bekerjaya + surirumah adalah lebih banyak cabaranya serta wajar kita hormati. Mereka bekerja seawal pagi untuk menyediakan kelengkapan suami dan anak-anak dan tidur selewat mungkin bagi memastikan tugas pada keesokkan harinya berjalan lebih lancar. Malah, mereka memikul 1-3 watak lebih daripada kita sebagai surirumah + isteri dan ibu. Oleh itu, surirumah yang bekerja di luar sana, usahlah anda berduka dan sedih kerana setiap apa yang kita kerjakan hanya selayaknya mendapat pengiktirafan dan perhitungan daripada Allah S.W.T...asalkan kita ikhlas dan tidak mengabaikan keluarga.Daaa.....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...