Assalamualaikum
Tetiba mood nak menulis menyerang jari jemari ku..hehehh. Baru-baru ini, saya ada terbaca kenyataan Ahmad Idham mengenai penyiaran filem di panggung wayang ketika waktu Maghrib.
Saya tiada masalah mengenai soalan yang diajukan, malah saya juga tiada masalah dengan jawapan yang diberikan kerana kita sememangnya sedia maklum, menteri-menteri di Malaysia memang BIJAK dalam menjawab soalan.* Abaikan jawapan yang diberikan. Namun, apa yang menarik perhatian saya ialah, betapa MANJANYA rakyat Malaysia ini dalam menunaikan kewajipan kepada Allah. Begitu manja, sehinggakan semua harus disediakan, diberikan dan dipermudahkan. Kalau boleh demand, semua masjid kena ada penghawa dingin, escalator, telekung yang bersih lagi suci, semua serba lengkap.
Berbalik kepada persoalan di atas,tepuk dada tanya selera. Anda beragama Islam, anda tahu akan kewajipan anda, anda semestinya sudah baligh dan berakal, anda tahu mana yang lebih penting..DAH TU, YANG MENGEDIK NAK TENGOK WAYANG PUKUL 7 mlm TU APA HAL?? Panggung wayang beroperasi dari pukul 12 p.m - 12 a.m...pilih saja waktu lain selain dari waktu berdating di tikar sembahyang.
Banyak lagi perkara yang sering kita POM-PANG-POM-PANG kan, antaranya:
- Bila azan tak kedengaran, bukan main marah kita dengan orang masjid, tak azan..jiwa tak tenang, rasa macam tinggal di Singapura. Berapa ramai yang diam,tinggalkan kerja, terus bergegas mengambil wuduk dan menunaikan solat takala azan kedengaran? Berapa ramai yang rumahnya berdekatan masjid/surau pergi menunaikan solat fardhu berjemaah? selain solat Jumaat?
- Bila kita dapat tahu seseorang itu terpesong akidah, ahlak dek kerana kesempitan wang. Sedangkan kita sendiri tidak menunaikan rukan Islam ke-4? Alasan, kerajaan tidak buat potongan gaji, tiada masa nak ke kaunter zakat.
- Bila tidak kedengaran alunan suara mengaji, di Masjid, TV atau pun radio. Sedangkan kita sendiri jarang nak mengaji.
- Bila kita marahkan orang bukan Islam menghina Islam, contohnya aurat. Sedangkan kita sendiri tidak menutup aurat.
Bayangkan anda menetap di luar negara, pastinya anda mempunyai seribu satu alasan untuk diberikan:
Kenapa tak puasa?
" Mat saleh ni tak menghormati bulan Ramadhan, selamba badak je jual cucoq badak pukul 10 pagi"
Kenapa tak solat?
" Majikan Cina ni tak sediakan tempat solat"
Kenapa tak mengeluarkan zakat?
" Di AFRIKA SELATAN tak de pusat zakat"
Andai kata alasan ini diterima ketika berjumpa yang MAHA SATU......
TEPUK DADA, TANYA HATI