Wanita Bekerjaya & Wanita Bekerjarumah

"Siapa di dalam dunia ini yang tidak suka jika duit datang bergolek, masuk akaun bank tanpa perlu bersusah  payah?Siapa?? Siapa??"

Setelah dua minggu menjadi wanita bekerjaya, bangun seawal 5 pagi, sediakan sarapan suami, sediakan bekal untuk makan tengahari, kemas rumah, pulang dari kerja terus bertukar jadi bibik..memasak makan malam dan sediakan kelengkapan untuk keesokkan harinya adalah sesuatu yang memenatkan! Tabik spring kepada wanita di luar sana yang mempunyai jawatan tinggi seperti saya, lebih springgg kepada yang sudah mempunyai cahaya mata...anda sememangnya WANITA LINDUNGAN KAABAH!!

Kenapa kita bekerja?Silap..kenapa SAYA bekerja?? 

1. Cari duit raya lebih
2. Penat menjawab soala-soalan cepuk cemas dari ahli keluarga, sepupu sepapat,rakan-rakan dan jiran-jiran!

 "Owh, tak kerja??Buat apa je di rumah??Anak pun tak ada??" terguris hati mak nokss!!

Tambah menyakitkan, bila mereka menganggap kita (isteri tidak bekerja) sebagai MENGHABISKAN duit suami dan anak-anak perempuan ibu saya semuanya menumpang tuah suami dengan tidak bekerja selepas berkahwin. Malah ada yang berkata, alangkah ruginya ibu saya menyekolahkan kami tinggi-tinggi, tapi akhirnya anak tidak bekerja.

Apa? Kiranya pemengang ijazah, sarjana, naik pentas dekan 3-4 kali, maka wajib menjadi doktor, engineer? lawyer ? (kerjaya yang dianggap best sangat di Malaysia). Kira kalau kerja tu, cemerlang ya amat lah?..kira kalau jadi homemaker ni, setakat SPM je la kelayakkannya? Ke, tak de SPM pun tak ape??Sebab tu BIBIK pun dah boleh ambil alih kerja kita di rumah kan??Sebab kerja rumah ni selayaknya untuk bibik je?? Women..we CHOOSE what we want to be, and we choose to be success on it. If you choose to be "wanita bekerjaya" by using company PC and online from 8 a.m-5 p.m and gossiping all the way or be a homemaker and melangut tengok senetron 24 jam sambil bergosip on the phone ..it's your choice. Jika dengan membina bangunan sehebat KLCC, menjadi pakar bedah terbaik dan menjadi peguam kes berprofil tinggi adalah pengukur kecemerlangan anda, let me list down..what make a housewife PROUD with her life:

  • Kami bangga bila suami bersarapan sebelum ke tempat kerja
  • Kami bangga bila suami membawa bekal hasil dari masakan isteri
  • Bila suami ke tempat kerja dengan mamakai baju yang bersih dan kemas bergosok
  • Kami bangga bila dapat memasak apa saja makanan kesukaan @ keinginan suami tanpa perlu tunggu hari cuti dan badan yang cukup rehat 
  • Kami bangga bila, segala bills dan akaun kewangan di kemaskini oleh kami
  • Kami bangga bila dapat mengatur aktivit harian, mingguan malah tahunan..(Buat proposal..tunggu green light from husband)
  • Kami bangga bila peti sejuk sentiasa bersih, kemas dan terisi dengan makanan
  • Kami bangga bila towel dan cadar berbasuh setiap bulan
  • Kami bangga bila lantai serta toilet sentisa bermop/basuh setiap bulan @ minggu
  • Kami berbangga dapat menyambut suami pulang dengan senyuman seindah suria dan muka segar bugar
(Mewakili mereka yang mempunyai anak)
  • Berbangga bila anak-anak sempat bersarapan sebelum ke sekolah
  • Berbangga bila anak-anak membawa bekal hasil masakan ibu ke sekolah
  • Berbangga bila anak-anak tidak perlu ke kelas tuisyen kerana di rumah sudah ada ibu pemegang ijazah/sarjana sebagai guru
  • Berbangga bila dapat memasak makanan kegemaran anak tanpa perlu menunggu masa terluang
  • Berbangga bila dapat menjadi peneman ketika anak tidak sihat
  • Berbangga bila dapat bersama anak di hari-hari yang penting
  • Berbangga bila menjadi orang pertama yang melihat kemajuan meraka

Seperti mana anda mendapat penghargaan dari majikan/pengurusan kalian, surirumah juga mendapat penghargaan dari majikan/suami, cuma penghargaannya berbeza. Pi balik..p balik..sama saja.Oleh itu, berhentilah menggangap surirumah ini SECOND CLASS WOMEN. We can be success in everything we do..as a doctor, an engineer, a lawyer, a clerk even a homemaker. Seperti mana anda bangga dan happy dengan kerjaya anda, begitu juga kami. STOP JUDGING HOUSEWIFE!!


OR


Respect each other  ^.^

Yang Ikhlas,
Isteri yang rindukan kerjaya lama.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...