:Assalamualaikum::
Sejujurnya saya benci/meluat dengan ayat-ayat, “ Bersyukurlah
negara aman” “ Cuba bersyukur, ini asyik komplen je” . Kamu bersyukur kerana
makan pakai kamu cukup? Kamu tetap bersyukur walaupun ASTRO menaikkan yuran RM
8 ringgit dan kamu masih mampu melanggannya? Kamu bersyukur kerana saban tahun
kamu masih boleh merancang perrcutian tahunan keluarga kamu? Kamu bersyukur
kerana kamu boleh membelanjakan RM 50 ringgit hanya untuk bersarapan bersama
teman-teman mu? Kamu bersyukur kerana kamu masih boleh bershopping online
dengan aman? Kelihatanya kamu bersyukur
kerana kamu dan keluargamu masih boleh terus dengan aktiviti seharianmu.
Bukan?
Pernah kamu fikirkan tentang orang lain? Adikmu? Rakan sekerjamu?
Sepupu sepapatmu?
Rakan sekerja saya mempunyai diploma senibina, dan dibayar
Rm 1200 sebagai pelukis plan. Tolak EPF Socso, pulangan bersih 8++. Kerana
jarak rumah dan tempat kerja jauh ( 1jam ), dia terpaksa membeli kereta VIVA
paling basic. ( Kenapa tidak bermotosikal? Kerana jalan di Sabah merbahaya dan tidak
sekata, laluan kanan ialah laluan laju,kereta Hilux dan 4 Wheel drive memecut..tiba-tiba di sebelah lorong kanan terdapat lorong U Turn. Bayangkan betapa bahayanya? Kenapa tidak naik bas? Kerana dengan menaiki bas kena tukar bas 2-3 kali? Ada soalan lagi?Lagi satu kerana
dia perempuan dan merbahaya) . Bayangkan berapa loan kereta dan minyak yang harus
ditanggung olehnya? Setiap kali lunch, dia akan bawa bekal..kalau dia tak sempat nak
sediakan bekal, dia hanya makan tengahari dengan sebiji roti hotdog berharga RM
2.50, kadang kala hanya dengan setin air soya. The only way untuk dapatkan
siaran televisyen di rumahnya dengan hanya melanggan ASTRO, oleh itu tidak hairan jika anda
ke sini,seburuk-buruk rumah, mesti ada piring ASTRO.
Seorang lagi rakan saya, terpaksa berjauhaan dengan anak dan
suami. Seorang di bandaraya seorang di timur. Semua kerana kos hidup yang makin
meninggi dan kekangan kewangan. Tiada peluang kerja di tempat asal sehingga
memaksanya untuk berhijrah dan berjauhan dari keluarga demi memastikan anaknya
tidak menangis di waktu malam kerana tiada duit untuk membeli susu. Itu pun masih
dipandang serong dan dicemuh masyarakat dan keluarga. Bekerja untuk kepuasan diri sendiri. Sanggup abaikan
anak dan suami untuk wang. Sanggup abaikan tanggungjawab terhadap suami dan
anak demi harta.
Pak Guard tempat saya menginap, umur dalam lingkungan 50-60
tahun. Bekerja setiap hari shift siang. Berjalan kaki ke tempat kerja setiap
hari dengan jarak 3.5km. Baru-baru ini, suami sempat bertanya khabar, dia
mengeluh harga barang naik dan terlihat beban di wajahnya. Anda bayangkan dia
adalah ayah anda?
Bila mereka yang bermotosikal ke tempat kerja demi
mengurangkan kos harga minyak ron 95 dan
tol mengkritik usul menteri “larangan motosikal
melalui lebuhraya”, We claim them as
negative people. Tahukan anda mereka mengorbankan nyawa ketika berada
bersebelahan lori tangki minyak dan bas? Tahukah anda mereka terpaksa berteduh
di bawah jambatan ketika hujan lebat? Tahukah anda mereka terpaksa menuntun
motorsikal ketika tayar pecah? Saya pernah menaiki motor ke tempat kerja,
perkara paling saya risau, kalau-kalau hujan pukul 7.30 pagi dan 4.30
petang...sebabnya risau nak ke tempat kerja dan mahu pulang. Mereka yang
berkereta mungkin takkan merasa pengalaman sebegini. Saya akui niat mereka baik, namun berikan pilihan kepada mereka. Rasionalisasikan harga kereta atau pastikan perkhidmatan kenderaan awam baik di seluruh negara.
Nasib baik adik pakai van >.<
Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah dengan rezeki yang
dilimpahNya. Namun saya tidak dapat berdiam diri melihat orang sekeliling saya
hidup sengsara disebabkan kerakusan, kezaliman dan ketidakadilan yang berlaku.
Setuju yang banyak komplen itu antara tanda kerosakkan hati. Juga berfikir yang tidak komplen langsung termasuk tanda hati mati – Wardina Saffiyah
Saya selalu teringat akan kata-kata, Kita tidak mampu
mengubah keadaan sebaliknya kita yang
harus berubah. Tapi bila sampai akan satu ketika, perubahan kita lebih menjurus
kepada memusnahkan diri, adalah lebih baik kita yang berpindah...bahahhaha. Itu
termasuk dalam kategori lari dari masalah dan selamatkan diri sendiri.
Chaittt...tak selamat juga!!
No comments:
Post a Comment