Muka Kentang?

Hahahah..mula-mula dengar perkataan muka "macam kentang nie",terkekek-kekek aku gelak dengan adik aku.Macam mana boley samakan muka orang dengan kentang??Boley korang bayangkan?Kentang?Kentang yang kite wat masak dalam sup sayur bayam tu?Tak pun kentang yang di lenyek wat begedel??hahah..Ok first, bayangkan kentang?Ok..sila bayangkan sekarang..

Ok, amati rupa bentuk kentang tersebut. Bulat tapi tak sekata n..korang tgk la sendiri. Ok,sila bayangkan kentang nie muka orang. Sadisskan??Ada mata, hidung dan mulut.Ok..jom kita lihat apa hasilnya..



1.............



2..........................


3....................................

Tadaaa......



Hihihi...Muke Shin Chan macam kentang kan??Hahhahaha..ayah aku yang start cakap, "Apa la yang korang suka sangat tengok kartun muka kentang nih??..Bergolek2, aku gelak dengan adik aku.Mak Shin Chan lagi muka macam kentang kan??Hihihi...Happy New Year..(Entry tak ade kaitan langsung dengan New Year!)

Should I Panic Now?

Entry nie di buat kerana kerisauan melanda diri..huh!Phweee...I was thinking,what next?After tengok show Oprah Winfrey lagi gelabah.Kalau dengar dek cik roomate mesti dia malas nak layan.

Ape la yang ko merepek nie Cik Sara oii???Balas cik roomate.Rasanya aku nie wajib masuk kelab pemikir.Pikir yang bukan2.

Kerisauan Pertama:

Bila nak dapat kerja nie!!!??Aku da bosan duk umah.Hari-hari bergaduh dengan anak sedara

( Luqman + Nisa ).Dah bosan nak masuk dapur,masak.Dah bosan nak bagi mandi baby!Dah bosan bila bukak tv tak abis2 cite indon n hantu!Dah bosan dengar Luqman membebel!Dah bosan mengadap FB!Dah bosan membaca buku!Dah bosan antar resume! Next Year, is the time nak kumpul segala mcm asset, nak bayar bills,nak menabung,nak start amik insurance, nak bayar hutang mara, nak bagi kat parents, kat anak sedara, kat pakcik makcik, kat kakak n abg, nak g jalan2..nak mcm2...Should i panic now??

Kerisauan Kedua:

Love + Jodoh = Kahwin?How??Next year I'm 26.hooyoo..tak keje?! Mcm mana mau kahwin?Tambah-tambah hujung tahun mcm nie..banyak betul wedding invitation.Should i panic n stres??

Kerisauan Ketiga:

Umur makin meningkat, hormon estrogen da makin sikit, kolegen dalam badan makin kurang!So i need more antioxidant n kolegen dlm badan, so i need supplement! Need fresh food, need vitamin!Nak makan Kinohimitsu..tak pun InnerShine..so i Need to work!So i can afford to buy supplement for myself!

Kerisauan Keempat:

Nak jadi mak orang!Adess belum kahwin, mcm mane boley pikir pasal nak jadi mak??!!Hehehe..

biasa la, aku kan setiausaha Kelab Pemikir?kikiki.Baru jaga anak sedara 2 org nie,rasa letih sgt..asik nak marah je.Dapat rasakan macam mana stressnya jadi mak nie.Mak yang mengangur?lagi stress. Belum sempat nak bukak laptop,da nangis. Belum sempat nak mandi, dia da wat hal..mana tak kena jerit.Ahmad Luqman!!!!Itu bukan anak sendiri..cuba nak sendiri ?? Semalam tgk Oprah show bincang pasal kewangan keluarga??Ngeri..insurance pendidikan anak2, insurance diri, monthly expenses + bills , hutang kereta + rumah + pelajaran, tabung hari tua, tabung kecemasan?Hua..hua..bila pikir mampu ka nanti nak sediakan itu semua??Tapi bersyukur kerana mak dan ayah besarkan kami semua dgn berjaya.

Kerisauan Kelima:

Yang ini merepek! hahaha.Dengar dik cik rumate,dia jegilkan mata kat aku..Bila tgk cermin,terbayang 15 thn akan datang..hohoho.I'm 40..da start ade pigmentation kat muka!!!!!, wrinkle kat muka,mata,mulut!!!!..owhhh no..abis la zaman remaja ku..hehehe.Kalau umur 50..risau nak dapat menantu.. n menopause!!! (ini pun kesan tgk Oprah Show!)hahahaha..mmg merepek!!

Kerisauan Keenam:

Sepatutnya ini la yang harus di risaukan dulu..kan??Cukup ke belum amal??Pahala??Ok,switch to insaf mood!!Sambil lagu Raihan sebagai background music.hehhehe..

Ok,back to basic..Doa..Doa...Doa..Doa itu senjata mukmin!!

Bila Harus Memilih

Wahh..entry hari ni mcm tajuk lagu.."Madu di tangan kanan mu, racun di tangan kiri mu"..cewwah!
Teringat Mama Rina dalam AF _ ??Sila isi jawapan tersebut.Ok seyes..

Hidup ini penuh dengan pilihan..cuma adakah pilihan tu,adalah pilihan yang terbaik?ataupun tersalah?Ok,bagi contoh..kalau bf ( Kita ) tinggalkan kita kerana perempuan lain ataupun gf ( Kita ) ade lelaki lain?Dia cuma buat pilihan terbaik dalam hidup dia..perlu ke kita marah & mengamuk??? Dia ada hak untuk memilih.Nak bahagia atau derita, nak suka atau duka? Tapi sejauh mane kita pasti pilihan kita tu akan membahagiakan kita?Macam mana pula kalau kita memang tak ade pilihan....by hook or by crook that the only option yang ada setelah bermacam ikhtiar yang telah kita lakukan. Setelah segala cara yang kita usahakan tak membuahkan hasil???Mungkin yang
dihadapan itu adalah jawapan terbaik yang telah Allah berikan seiring dengan doa yang kita pohon siang dan malam? Cumanya sekarang ini,sama ada kita sedar atau tidak.Terpulang la..

Tolong la study!!

Bukan saya yang sepatutnya study..Tapi diaorang...sape??Sape? ( tanya korang) .Itu, orang yang buat drama tu. (Jawab aku)..Hehehe..apa la yang aku merepek ni.

Nie ha,cerita TV nie..buat cerita zaman kesultanan melayu. Baju, setting, pelakon hebat-hebat, semua da cukup.Tapi tak belajar, main chess zaman tu??Boley??Siap cakap checkmate?Aduhai..knp la menampakan ketidak belajaran yang amat nyata.Kok ye pun kamu pelakon muda zaman berteknologi dan batu bata nie ( coz dah tak de pokok)..wat la research sikit.Ade ke zaman tu cakap omputeh dan main chess bagai??Dia orang main 'Nenek-nenek Sibongkok Tiga' la..tak pun Dam Haji..aduhai.Kecewanya...nak harap gaya bahasa mcm orang zaman dulu-dulu,mmm takde la.Kesilapan yang tak sepatutnya dilakukan...marah-marah,sejak bekerja tetap sebagai penonton TV..hehehhe

P.Ramlee

Arghhhhhh...sedihnye tgk documentari pasal Allahyarham P.Ramlee (Astro-History)..percaya tak.Saya yang berhati keras nie menangis ;( Betapa semangatnya Beliau nak memperjuangkan filem melayu, muzik melayu dan seni melayu. Impian Beliau nak menerbitkan filem berwarna sentiasa di kaburi dengan penipuan. Bagaimana tragiknya Beliau dihina, dikhianati, dipulaukan ketika beliau dalam kesusahan. Sampai makan nasi kosong dengan telur, menangung segala hutang..hmm lumarah manusia, bila ada tak nak hargai, bila takde..mula nak ratapi. Dan mmg sifat kita (termasuk saya) kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak.Bertapa ruginya kita kehilangan such a genius actor dan betapa sadisnya kita tak hargai Beliau di saat adanya Beliau. Takkan ade P.Ramlee yang kedua.Al-Fatihah

Air Mata di Kuala Lumpur
Lagu ini menceritakan kesedihan beliau ketika berada di Kuala Lumpur, ketika beliau dipinggirkan "zahirku hidup,batinku mati"..begitulah kekecewaannya.

Malam Bulan Dipagar Bintang


Lagu ni sedap sgt..sweet>.<

Western Vs Asian

Wah..wah..rindunya nak menempek kat blog nie. Macam da lama sgt tak post ape2..Aduh!Saya amat sibuk.Ini pun nak jugak menulis dekat sini, walaupun ada benda yang belum siap ,log book, report DD, ulangkaji DD..arghhhhh!!!Tak sabar nak habiskan belajar...tapi tak nak kerja.Macam mana nie??

Ok,ok..focus.Isnin baru nie saya ade paper Innovation.So di sebabkan buku Inno tu amat tebal dan keadaan dia yang dah nazak ( terburai akibat membaca sampai tertido).Maka saya pun mengunakan service Mr.Google, n...guess??apa yang saya jumpa??

Differences between Western and Asian Culture.Ok!Selamat bermuhasabah diri.Opss..ade gak yang terkena pada diri sendiri,ok..cool>.<

Blue --> Westerner
Red --> Asian


Confronting a Problem
confront problem

Sense of Self
how to think of self.jpg

Weekend Activities
on weekend.jpg

How to Express Anger
express self.jpg

Queue when Waiting
how to queue up.jpg

Status of Leader
status of leader.jpg

Relationships
relationships simple complex.jpg

Punctuality
punctuality.jpg

Transportation
transportation.jpg

Sayu

Hari ini, semua benda yang dirancang berjaya dilaksanakan, viva digital design, siap - siap nak balik Putrajaya. Singgah Low Yat beli bateri handphone.Alhamdulliah semua berjalan lancar..Pakai tudung lilit pun berada dalam kondisi yang baik dan tudung itu "behave"..terima kasih tudung!!

Singgah makan malam dekat KL Sentral Food Court, berulang alik dari kedai ke kedai cari makanan ape yang sesuai..akhirnya nasi goreng tom yam si mamak dari India juga menjadi pilihanku.Alhamdulliah..sedap ;)..

Ketika tengah mencari tempat duduk , ada seorang cleaner datang kemas meja. Entah kenapa aku menatap wajahnya (mungkin rindukan ayah) ,sayu, lelaki melayu yang sudah berumur. Umur sekitar 50 ke atas....entah apa kerisauan dan masalah yang di tanggung oleh pakcik tu. Walaupun muke beliau garang...namun nampak sesuatu di wajahnya. Adakah gajinya cukup untuk beliau sekeluarga??Adakah anak-anaknya sihat? Adakah anak-anaknya ingat akan ayahnya yang sedang bekerja di ketika ini?Adakah isteri & anak-anaknya mengenang akan keletihan ayahnya?Adakah isteri & anak-anaknya menghargainya??

Hmmm...semoga pakcik itu di kurniakan isteri dan anak-anak yang menyanyanginya, semoga beliau sihat dan dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat.Amin...

5 & 25 and my life

Ada apa dengan 5 & 25?Setiap orang ada number kegemaran masing-masingkan?Begitu juga saya, Yess..numbernya 5 & 25!!!. Mari kita lihat kes-kes berikut:

- Di lahirkan pada 25-Oct-1985
- Anak ke - 5 dari 6
- Number Id 5*****255
- Umur 25 thn
- Dapat num booth tuk FYP demo day 25
- Ukur lilit pinggang..25...ermm???yeke??ok..sila check
- Selalu dapat num 5 dlm class, num 25??pernah jugeeppp....>.<

Research mengenai num 5..mari lihat:

25 = 5^5 = 3^2 + 4^2
25 per cent means one quarter
It is the smallest base 10 Friedman number as it can be expressed by its own numbers: 5².

Lagi?? Itu je??erm...nati Kalo ade sye sambung lagi..heheh..so?apakah number kegemaran anda??

****25****


Lagi 100??

Lagi 100 tingkat??tak cukup 88 tingkat??Aishhh...Alang2 nak pegang record the highest building in the world, apa salahnya buat terus 500 tingkat??heheh ^.^Lama sikit berada di tangga num 1, kalau tidak, nati ada yang nak teng..tetiba the next year, 101 tingkat??Am i right?? Hmmm...ntah la, nak cakap lebih-lebih, takot di label tak kenang budi..siapa yang bagi loan kamu??siapa yang buat jalan raya?siapa itu..siapa ini??sila jawab....mereka..;(..

Tapi saya sebagai rakyat yang akan bayar tax after this, yang kena bayar pinjaman MARA, yang nak buat loan untuk beli rumah dan kereta. Yang akan kerja siang malam..saya memerlukan better education system, better hospital, better public transport, air yang bersih, sistem saliran yang baik, buku yang lebih murah, keselamat yang terjamin, sistem traffic yang lancar, makanan berkhasiat yang murah...Adakah 100 storey buliding would help me ??Mcm mana dengan makcik n pakcik yang naik beskal g menoreh getah?Mcm mana dengan nelayan yang harga ikan yang tak tentu hala?Bagaimana dengan janda yang ada anak 8-10 org tuk di besarkan??That 100 storey building could help them?? ???hahahehehe..think what would happen to us kalau kita tak berkemampuan??hush!

Apa itu games???


Games??Apa tue??Zuma...? Dynamite? Cooking Academy? Farmville ? Mafia Wars?Apa nie??Sejenis makanankah mereka??atau jenama baju??ngeh..ngeh. Saya kenal mereka, tetapi agak tidak rapat and tak geng, coz tak sehaluan.Selalu saje mereka nak menang, tak bagi chance langsung. Puas mencuba, tetap tak dapat naik level yang baru...mmg semua mereka yang nak menang!!!!Ahh...benci!! :(

Shhhh....Biar saya berterus-terang, saya tak suka main game.Dalam bahasa yang kasar, saya benci game!!!.Sebabnye, saya takkkkk pernnnnnah menangggggg!!!!!Nak naik level one pun susah, main games nie perlukan full concentration dan kecekapan mata dan tangan..Itu masalah saya, susah nak bagi full concentration and mata saya tidak cekap. Sambil2 main, saya masih dengar org dalam radio bagi ucapan dekat boyfriend..( sayang 20 x..dussyummmm) hehehe...mata sempat nengok hp..kot2 ade number baru naik..mueheheh..Tettttt..bukanlah. Kot2 mr.xoxo msg ( nape perlu tengok??bukan tepon tu berbunyi kalu msg masuk kan??).ok,itu alasan sebenarnya...Tangan?cepat letih..lengoh dok menekan keypad..Maka, di sebabkan sifat2 berkenaan..saya menjadi buta games. Bgus jugak tak main game, klu tak..penin rumate sebelah nie. Asik mengamuk je, tak menang..then, salahkan games tue..ehhehe.Mesti dia amat besyukur saya tak main game >.<

Tahukah anda??

- Dalam laptop mahupun handphone saya, tiada satu pun game???
- Saya belum pernah memenangi mane2 game..???
- Saya cuma boley bertahan main game selama 15 minit..???
- Saya lebih suke main permainan kampung...tuju kasotttt..jom la turun petang nie..jom
(sambil memujuk kawannye)
*****
Games yang saya kenali secara, biasa2 je..Hanya Zuma and Dynamite je yang sye pernah main.OK..selamat berGames cara anda!!


Dynamite


Zuma-zuma

Berkebun..>.<

Kedegilanku, Kebingungan Ibubapaku

Time breakfast tadi, saya dan kawan-kawan bercerita mengenai kisah masa silam zaman kanak-kanak..Hehe, bagaimana peliknya perangai masing2 sehingga kadang-kala membuatkan ibubapa kita letih dan bingung. Bila dah besar-besar cengini baru faham perasaan mereka,dan amat berterima kasih kepada mereka kerana telah menjaga dan membesarkan saya sehingga menjadi cantik, chumel dan baik begini...*ok..mood perasan!!saya mengaku. :)


Saya di kenali sebagai anak yang degil + garang + berdikari = sara. Saya selalu sahaja membuat keputusan sendiri tanpa pengetahuan ibubapa, contohnya,sekiranya ada persembahan akhir tahun, saya sendiri akan mengambil tempat untuk berlakon tanpa memberitahu mereka ( ibubapa) dahulu. Sekiranya ada sukan di sekolah, saya akan memakai seluar merah kegemaran tanpa meminta Ibu membelikan seluar baru,kerana ketika itu Ibu sibuk menjaga adik dan membuat kuih. Esok tengoklah, tadaaa..seluar merah line kuning telah tersedia di atas katil.hehehe..Sifat berdikari ini di sedari oleh Ibuku di pagi raya, ketika itu abang ku dgn mengada-ngada meminta Ibuku memakaikan butang baju melayu beliau, aku???di hujung sana, dengan mulut yang moncong2 memakai butang baju kurung, sehingga tercucuk jari sendiri.. "Cuba tengok Sara, dia usaha buat sendiri" puji ibuku...Abg???Dia sememangnya amat manja dengan ibuku, ketika di sekolah berasrama dulu, setiap mimggu dia menghantar surat kepada ibuku menceritakan betapa tidak sedapnya kari masakan sekolahnya itu dan rindu dengan kari ibuku..heheheh..cengeng!!mengada2...


Kari mak saya mmg sedap!!!nyummy


Ketika remaja( upsr ), aku mendapat tempat di salah sebuah sekolah kawalan yang mempunyai reputasi baik. Ayah begitu gembira dan memujukku untuk menerima tawaran tersebut, dan beliau meminta aku memasuki kelas bahasa Arab..haiyooo..ankmu ini suka naik pentas, berlakon, menari, pakai baju cantik2..mana mungkin mahu jadi ustazah..heheh. Aku bagi kata dua pada ayah, " Saya boleh masuk sekolah tu, but tak nak amek Kelas Arab,how??..ayah menurut kata ku. Alangkah merananya hidup ini, saya tidak boleh menerima peraturan-peraturan ketika berada di asrama, solat jemaah Subuh, Asar, Magrib dan Isyak. Bangun pukul 5 pagi, just nak parking baldi depan toilet n tunggu turn mandi. Dah tu, akak2 senior main potong2 queue. Memang kepantangan betul orang yang suke potong queue nie, takde sivik lansung!! doesn't matter who u are, beratur tetap beratur! Tapi, time tu kan kanak-kanak hingusan ..redha je.Dalam toilet menangis...sakit hati, Cengeng betol!! heheh. Beratur panjang dari pukul 5.45 ptg just nak dinner. Switch off the light at 11.p.m..excuse me, i'm organizing person, tak payah nak suruh2 ok!!!.ieeuwww..tak boleh tahan.


Tiap2 petang parking diri dekat public phone, call mak..menagis2..nak balik.Tak nak dok asrama, tak nak makan kat asrama, nak kena bangun awal gila..meraung2, agak2 dah bape banyak air mata bertakung dekat gangan talipon tu? ..ehhehe. Namun, uasaha mogok tetap di teruskan..setiap hari tanpa miss,akan meraung dekat ibu...Sampai naik akta baru, junior, kalu nak gune talipon boleh masukan 30 sen je. Amboi2..talipon mak kot, duit sendiri kot. Kalau kakak2 senior talipon bf, bukan main lama.Takpe pulak..mula la sakit hati dengan kakak2 kat situ,bias gilerrrr...errrrrr. Asal balik kampung je, maka berbeg2 la baju busuk, suh mak basuh. Kalau hari Ahad, nak balik asrama, mula la..menyorok dalam bilik mak, tak nak keluar.Tetiba ada surat muncul dari bawah pintu..luahan hati.Taknak balik asrama..aduhaiii,perangai ko...gigih n tabah nak keluar asrama.


Dia lah penyelamat ku..iskisk

Akhirnya, ayah menuruti permintaan ku, tapi ada satu syarat.Wajib masuk class Bahasa Arab??? (@-@)...hahahah..aku pulak yang kena. Dengan pantas, setuju!! dengan gaya2 mengecop surat, mcm dekat pejabat pos tu.Hehehe. Pada hari yang sepatutnya ayah ku datang mengambil barangku di asrama, aku pulang sendirian dengan menaiki bas tanpa menunggu ayahku, kerana aku takut ayahku tidak datang dan mungkir janji.HAhaha,,yang menjadi kemusykilan sekarang kenapa aku membawa baldi bersama ku di atas bas???hahaha..kenapa baldi merah itu menjadi priority?Ini kerana, aku selalu pening dan muntah2 kalau naik bus..di situ la tempat aku parking segala isi perut ku.muehehehe..

Saya la si baldi merah >.<



*****
Haish, apa la rupanya anak aku nanti klu da cengini perangai maknya??adesss...
Terima Kasih Mak & Ayah kerana sudi melayan kerenah anak mu ini.
Love both of u..muahhhh

Things To Do...( wajib )


Hari ini dah 12/Oct/2010, kira-kira hanya tinggal 4 minggu je lagi nak habiskan sisa-sisa waktu sebagai pelajar universiti...sob,sob,sob *sedey loan Mara da tak dpt lagi pas nie..muehehehe. Sehubungan dengan itu, bertimbunla kerja2 yang perlu disiapkan, 3 jenis report,ermm..+ 1= 4 reports, 2 presentations, 1 event, opsss..event banyak sgt!!Pre-Graduation Nite, birthday party ( perasan ade org nak wat supprise party), majlis perpisahan persatuan "Mak Mander + Run-Omp + Yenna Yenni", majlis Group " GTC - Garang Tapi Comel "-- geng UTM, Cuti-cuti Malaysia Ep 2, Rombongan shopping baju dayang2,hadoi..banyaknye..opsssss..Birthday mr.xoxo ,ape lagi..*pikir2...hah!kenduri kawen kawan2..fuuuyoooo..mmg banyak.

Tapi, sebelum nak selesaikan semuanya tue,banyak lagi yang tertangguh dan masih dalam senarai menunggu

- Kasot dalam baldi, tunggu nak berbasuh (asal la,rajin sgt g rendam kasut tu!)

- 4 buah buku yang masih belum habis di baca :

1. Eat,Pray, Love (teramat liat nak baca buku nie, coz amat boring!)


2. It's Just a Date! (sedap buku nie, but malas)

(*-*) maaf,cover die agak Tut..tuttt

3. Act Like a Lady, Think Like a Man (on may way nak abeskan,totally superb! )

- Buat treatment amot...ieeuwww,,my hair da bercepiau macam hujung penyapu..Hate!!!! Agak2, jenis ramot mcm mane yang sesuai??Tp yang pasti, wajib panjang...harus menurut perintah >.<

1.
wow!!mmg idaman hati nie..mueehhehe

2.

Ini cumel kan??but nk panjang sikit.can??can?

3.
Sexy kan??noody2 but u..

4.
ahakss..agak2 klu pendek mcm nie lulus tak???


- siapkan, homework disaster design!!(@_@)

- design poster for my FYP demo day..

- Prepare baju tuk Pre-Graduation Nite, pki baju sekolah rendah..gaun dark blue, tocang di kiri kanan, botol air bentuk handphone,pencil box Tom n Jerry yang bertingkat2 tue..owh..sweet memory..miss my friend!!

*******
wow...mengigil bile tgk banyak benda belum buat..tp apa yang saya akan utamakan, I' will use this moment to stay, lay, and sleep with all my friends since we have been together for 3 years..( rumate 7 years)...lolololo
sedeynye..i'm gonna miss u all.xoxo.muahh++++



Lagu Kegemaran Ketika Ini

:: Kerna Ku Cinta Kau



:: It's All About You



:: Mine



:: Sungai Lui

Apa yg saya ingini...^.^

Wah,lama da senyap..maklum la bz,kalau selalu buat entry, nti ada yang cakap takde keje pulakkan??eheheh...maka,saya bercuti seketika.So hari ni, daripada tdo di siang hari, saya nak buat karangan mengenai "Apa yang saya ingini" dalam tajuk yang lebih biasa di dengari, "Cita-cita saya"...ok, sye mengaku i like to dream..no matter daydream or night-dream..you can conclude me as a dreamer..hehehe.Banyak cita-cita sebenarnya kalo kite imbas dari zaman kanak-kanak,remaja n dah nak kahwin nie:

Sek Ren:

1. Bercita-cita nak menjadi pramugari,alangkah sedihnya tak cukup tinggi,n mak ayah tak restu..tp jgn tak percaya,siap pakai kasut tinggi n baju kebaya warna biru (ala-ala pramugari MAS), jalan tersenggol-senggol..kepala ke depan,ktok-ktak-ktok-ktak bunyi kasot..heh,ada aku kisah??yang pasti confident!!.Mak siap sorokan lagi baju warna biru tue..lepas mandi je,nak pakai baju biru tue..tak ke hangen mak nk melayan anaknye yang sorang nie.Bersiap sedia la sara sok ko ade anak....>.<


2. Bila meningkat besar, cita-cita pun berubah. Agak dah besar sikit dan waras, cita-cita termulia,nak jadi doctor??!!!hahaha..perasan bijak habis la tu.Sila jangan ketawakan sy Mr.xoxo .Ini semua salah cite tibi ER tu..mcm best je jadi mcm Dr.Ross, Dr.Mark Greene..and watak yang teringin nak jadi Dr.Susan Lewis. Dalam banyak-banyak watak dalam cite tue,saya amat suke n terjatuh sinta dengan watak yang botak n tinggi tue..heheh.Comel n very cool :) Jangan tak tahu,siap berlakon pakai baju kemeja sekolah abg, wat baju doctor, and atas meja ada kertas tulis Dr.Sara..ahhaaksss.. mmg mak mander betul.Nie ha..cover drama cite tu. Dan mula simpan angan-angan, tak dapat jadi doc, nak kahwin dengan doctor!!.weeee


See,yang pki baju biru, pki spek,n amot sikit tue,muke penyanyangkan??teeeheee

Sek Men:

1. Ha,mula berangan nak boyfriend lak.Al maklumla da besarkan??Yang tak boley blah,nak bf mcm penyanyi kumpulan Moffatts yang femes dengan lagu "I miss u like crazy "tu..alahai tak boley blah..Korang tak payah la nak gelak lebih2 ok,mesti korang pun ade nak kawen dengan artiskan?backstreet boys, Nsync , 911?uhuhu..handsome2 tu..N now, kalu la saya menjadi remaja zaman sekarang, mst nk bf mcm Justin Beaver kan??wahaha takpun paling kurang dengan Akim..tak pun Dafi,kira masuk akal la sikit nk bf buatan Malaysia??hehehe..malu,malu..

2. Kemudian, bila da ader bf,baru boleh berangan nak kerja ape kan?baru semangat nak belajar bersungguh-sungguh.*Boring!! Cari punye cari,tetiba rasa mcm best kalau dapat jadi secretary heeehee ..and jangan terkejut, saya mmg mintak nak masuk kursus kesetiausahanan tau, apply polyteknik. Siap 1st choice lagi, dah suruh orang pilih,tak pulak bagi pilihan tu,di baginya kusus teknologi pembuatan pastik..apa punya kusus la die bagi aku (sebenarya ada jugak aku mintak kursus tu,coz belajar kimia,kononnye hebat kimia la kan?heheh)..tp kira bersyukur sgt tak amik kursus tu,kalau tidak, memang menyesal seumur hidup.Sebabnya saya adalah pencinta alam..Say No To Plastic Bag!! Aktivis alam sekitar..Kalau tak, sayalah antara penyumbang kepada lambakan plastik-plastik di muka bumi ini * mood pesalah .Akhirnya terjebak pulak dengan engineering..maka terkuburla cita-cita murni ku utk menjadi secretary.Maka berlarutanlah episode derita yang tak berkesudahan..sob..sob

University,

1. Time nie mood tengah bercintan n muda lagi kan.(Tak bermaksud sekarang nie da tua okey!) Teramatlah suke masuk kedai2 mcm Lovely Lace, Memory Lane, Teddy Tales..mood cintan itu terpancar di hati tau.Terasa mcm berbunga2 aje dunia nie..Maka,berangan lah lagi,nak bukak kedai yang ala2 mcm tue..teeheee.Pakai apron jaga kedai alah lah2..macam comel je..

2. Bila makin membesar, cara berangan pun mula berlainan. Berangan nak jadi surirumah dan ikot husband migrate oversea. Sebab utama,tengok akak duduk sana dan membesarkan anak2 dekat sana.Negara pilihan, Sweden!!( sebab negaranya bersih n sukakan nature)Wah!!mcm best, pergi tempat orang.Tapi tengoklah nati.Siapa yang akan meraung kesedihan nak balik Malaysia,nak g pasar malam,nak g bazzar ramadhan, nak g Jalan TAR, nak makan laksa Kak Timah,nak makan mee Tokong Hindu..wahahha. After 15 years,kita balik la Malaysia and give some contribution to our nation kan Mr.xoxo??

3.Penyakit berangan nie semakin berlarutan, nak g holiday ke Hallstatt(Austria), Queens town(New Zealand), Vancouver( Canada), Zurich (Swiss)..muahahahha..maka hidupla aku dalam angan2 yang tak berkesudahan.


Ini la Hallstatt


colorful kan??(Swiss)


seperti yang di nyatakan di atas

*******
Sebenarnya, banyak lagi angan2 dalam hidup ni, nak bukak nursery, nak bukak kedai buku,nak joint WWF, nak mengajar phonics, nak jadi wedding/ event planner,nak pakai kete Volvo xc60..wohohoho..mmg boley menangis la kalu melayan ..heee.Semoga semua angan ku ini menjadi kenyataan.Amin..Doakan saya ye kawan-kawan.




sifat & sikap programmer

Wah, rajinkan??da wat entry baru..ehhehe. Seharian yang mengembirakan, pulang ke Putrajya,open house,makan,minum,tido,bagun semula,makan,minum,muvie..wah heaven! ( 3M- Makan, Minum,Movie ) at nite,wat entry baru.."Sifat & Sikap Programmer".Saya tahu ade orang tengah tunggu nak baca entry nie (mode perasan).Dalam keadaan mood yang baik lagi ditemani secawan teh panas, beserta halwa telinga Micheal Buble ( lagu rasa kaya) saya semangat mahu mengcungkil sifat dan sikap programmer yang dikenali, berdasarkan pengalaman bekerjasama bersama beliau..

sifat pertama: delay on smsing

Hmm..ini adalah perkara paling mak pantang, mmg nak mengamuk la klu mcm nie.Rasa macam nak gigit2 hanpone die!!Kadang2, antar msg on 10.00 a.m, kul 9.00p.m baru balas.Itu kira bernasib baik die hantar pada hari yang sama, ade yang hantar selepas seminggu, dan yang ajaib, he still answer the question that i ask, agaknya after seminggu baru check inbox n reply segala msg kan??Bayangkan itu adalah bf atau suami anda??Suh beli kicap...seminggu baru dapat kicap.Kicap takpe lagi,kalu beras??Ha..seminggu la kelaparan n menderita tunggu sang suami bawak balik beras..Selalu jugak la,sang programmer nie kena perli.."Ape kata awk buang je hp tu dlm laut, tak pun sedekah kat orang lain?".."Tunggu awak bls sms, sye boleh makan,solat,tdo n solat semula tau!".."Hmm..lamanye,tulis email ke beratur beli setem??"...ape reaksi sang programmer??senyummm...*tak ke rasa mcm nak cabut high heel ketuk telinga die.."Are u listening??tak tau sye tengah bengang nie??"hmm..tapi,itu lah sikap mereka..ape boleh buat.Unik n somehow..look funny.heheh


sifat kedua: takde rasa bersalah..

Ini juge membuatkan nokss sakit hati, udahlah datang lambat,buat muke tak bersalah.Ade yang jenis wat muke garang, kita lak yang takot dengan die,suppose die yang takot dgn kita..so terlepas la die nk ckp "sorry" ??cet!!Ade lak jenis wat muke tucin (kucing)..ala2 comel gitu,klu 1st date boley la nk maafkan..ini da 5thn dgn muke tucin kamu tue..owhh.Pls..talk to my hand!

sifat ke-3: penyabar

Ini sye suke.Cakap la ape pun, die mcm takde rasa.Bising la mcm keling karam belakang die, die tetap tak dengar.Even mengata hal die pun,dia tak perasaan.Maybe sifat sabar nie di pupuk ketika wat program kan??error..Error..dan si programmer nie tetap bersabar.Cool babe!Cuba kalau kaki mengamuk dan hangen mcm aku nie yang buat??Error??Maka sy pun mengError kan diri sendiri.Bukak facebook @ blogging..eheheh.Tak pun kacau cik rumate yang tekun wat program..menghasut ajak borak.eheeh

sifat ke -4 : tak suke ambil tahu @ cerita hal org lain

Sifat ini klu si programmer adalah lelaki,sy amat suke.Coz men should make their own business.Tapi kalau perempuan agak pelik la juge..coz pompuankan terkenal dengan sifat bossynya. Tapi,sesungguhnya..sesiapa saje yang tak suke bercakap hal org lain adalah indah sifatnya kan??*mode mcm ustazah lak.hihi..Tapi,kadang2 marah juge,sampai orang tu dah kawen, sakit, nk pindah, dapat baby, semua dia tak tahu.Ades..maka adalah penting orang yang mcm "Ketua Kampung" ini wujud di kalangan kita.(heheh cari geng ).At least sang programmer ni tahu " Esok Raya" takpun "Awk, esok kita da nak kawen??!!"bercakap dengan muka yang kelat dan nada sengau..nk nages la tue.tarikh kawen pun da tak ingat,sebok dgn computer.."Esok2 awk kwen la dgn computer awk tu, suh computer tu masak nasik, basuh baju, bagi baby..huh!!"* berdasarkan pengalaman

*******
Sekian, pengalaman bersama programmer.Di harap tidak menyinggung perasaan,dan jgn sue sye..hihi..However, human is unique n complex.Semua org ade sifat yang mengheppikan mahupun menjengkelkan org lain. Kita hidup,saling lengkap melengkapi.tak gitu??

seharian bersama pogrammer...

aiseeyy..hari cuti pun kena attend class, class programing pulak tue, kalau kelas shoping2 ke, kelas masak2 ke, kelas try2 baju ke..best gak. Ini kelas yang paling aku nk mengelakkan diri.Tapi demi menyiapkan FYP aku, ku gagahi jua tuk pegi kelas tue.

Diperkenalkan, cikgu class kita pada hari ini adalah En.B, beliaulah yang bertanggungjawab bagi mengajar aku dan rakan ku semua mengenai VB* sesape yang tak tahu ape itu VB, sila rujuk pakcik google. Seharian bersama beliau membuatkan aku terpegun dan pelik..adakah beliau manusia atau robot ciptaan tuhan??atau dalam otak beliau sememangnya ada chip??bukan choc chip..mahupun chipsmore,tapi..ala..cip..cip..malas nak terangkan perkara2 teknikal dalam blog aku nie.Tak bekenan di hati.Technical statement are not allowed!

Ketika berbicara bersama beliau, terasa diri ini seperti ayam berbahasa itik..sumpah,tak faham ape yang dia terangkan.Dan, aku nampak dlm mata beliau seolah2 mcm tgh running program.Eiewww..mmg seram.!!!Muke ensem, tp menakotkan..eheheh.Mcm biase,aku wat jakun bila die tunjuk contoh program da siap,bukan pura2..tapi mmg jakun n terpegun.Hebatnya cipataan Allah.

Inilah yang dikatakan itik berbahasa ayam!..mm sye itik,coz itik cantik dr ayam..mueehhe

******
Namun, biar apa yang terjadi aku tak sanggup nak jadi mcm nie kalu tgh wat programing nanti:

habes amot aku yang santek2 jadi mcm tucin nie..tak sanggup!!
Patutla,kebayakkan programmer nie kurus2,ini rahsia mereka rupanya.


Hadooi..mmg hidup menderita mcm ni.Lagi teruk clash dgn bf!


At last,

Baju nie cantikan kan?Tapi disebabkan die adalah C++( programming), bukan A+ mahupun B-.Tak hengen aku nk beli baju neh..*can u see,how much I **** this.Nampakkan??Seriuskan?

Ok sekian, nati kite sambung dengan sifat2 n perangai programmer..

manusia pelik..

Mulai dari sekarang sy akan menjadi kedekut, saving,makan sorang, simpan tuk diri sendiri dan tak kenang budi..bolehhh??bisa???selalu orang ckp.."what u give,u get back?"..arghhh..tipu, semuanya pembohongan belaka!..kalu mcm tu,semua manusia takkan bercakaran sesama sendiri, takkan ada anak yang tak kenang budi makayah, takkan ada pepatah melayu " Kacang lupakan kulit"..takkan ade Si Tanggang, takkan ade " Melepaskan anjing tersepit?"..bukan???


kacang cap lembu..ehhe


si tanggang ke ni??ke maling kundang?


Kalau la, kubilang kalau..kalo..semua orang kenangkan budi orang lain, semua orang ingat akan jasa orang lain, semua orang tahu akan diri masing, kalu semua org sedar diri!!! dia akan membalas jasa. tak pun, tunjukan sedikit rasa nak menolong..even tak byk..at least show that u want to help..from now onwards, kalu orang tanye ape2 saja dekat sye..jawapan pertama yg terpacul dari mulut sye.."hmm..ntah tak tahu"..'opsss..not my intention".."perlu ke aku tlg ko"..huh..kalu dah boley buat..dah lama buat..but, ape yang kita ada sekarang nie bukan milik kita..pinjaman dr Allah je, kulit bersih, perut flat, idung mancung, tulisan cantik, terror math, terror pogramming, terror construct circuit, pandai nyanyi, kaya, cantik..semua pinjaman je..so wat for nak kedekut dengan benda yang bukan hak kita??sampai terlupa akan jasa org lain??huh..manusia baru nak berjaya mmg mcm tue..kalau kita kedekut dengan orang, jgn pelik la kalau Allah kedekut dgn kita..so sendiri ingat!!!..

Tapi untuk diriku dan semua geng "Mak Mander"..jgn sekali2 kita lupakan orang yang menolong dan ingat akan jasa orang lain..even dia hanya menyumbang kepada 1 markah di final, mahupun Akhirat kelak..ok..

kawan2 yang menolong dan tak pernah berkira dengan ku..TERIMA KASIH..hanya Allah akan membalas jasamu..dan semoga kita mendapat Rahmat dariNYA..amin..

lelaki dan air bandung

First time buat post pasal lelakikan..kan??eheheh ye ke??hii..sebenarnya post ini adalah hasil daripada pemerhatian terhadap pembolehubah yakni (kaum adam = lelaki )..sejak dari bulan puasa lagi..ramai betol budak2 lelaki nie, beli air bandung tuk buke puasa, bila g mkn kat restaurant pun, mintak bandung gak..kat bazzar ramadhan pun bandung juge..cube korang tanya2..n wat survey, tanye la bf korang , ex bf ke, exx bf, ayah, abg, atok kawan2, jiran lelaki sebelah n belakang rumah..apakah air kegemaran diaorang??hahah..mst dia org pelik n takot.." apo kono gelperen aku neh..tebiat ke apo"..kalo la bandung yang menjadi kesukaan mereka..ini memang petanda yang pelik..sedap sgt ke air bandung nie eyy??aishh..mungkin ini adalah petanda, lelaki sekarang tidak malu dan semakin menerima kehadiran warna PINK dalam kehidupan mereka..YEAAYY!!kita ( girls) bisa menjadikan PINK sebagai warna tema perkahwinan. So, tak de lah gaduh2 pilih warna tema lagi kan.."Kalo u bole minum air warna PINK, ape salahnya sanding u pakai warna PINK kan??...eheh


nyummy kan??


hahah..ade berani jejaka2 gagah di luar sana??

three words that change everything..

ceh..tajuk mcm hebat je kan??Three things that change your life..*slange mat saleh maleh ok..

1. I love U ( nk tulis dlm melayu,tp mcm geli..eheheh)

2. Would u marry me?? * eh mane ade 3 wordkan??tak kira..nk juge ayt ni..sebab mcm rumantiks..eheh

* sila delete num 2 tak berkenaan..maaf.kesulitan amat dikesali!!

2. Saya Minta Maaf

3. Saya benci kamu * ha..bibit2 keretakan & kehancusan telah terjadi

4. Taniah,kamu berjaya!!

5, Maaf, tidak berjaya ;(..( pemohonan nk masuk MRSM dulu..iskisk..)

6. Sila cuba lagi * xley top up..ngeh3x

7. Aku terima nikahnya * renjis2 di pilis..lalalala

8. Aku ceraikan kau!! * masyaAllah..

9. Jangan lupa lirik..*wahahah..da jem nk pikir,tetiba pak nil lak muncul dlm kepala

...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
lastly;

10. lu pikir sendiri..ehehhe...

gudnite..(o_o)

saya berpenyakit..

kita manusia biasa..tidak pernah sempurna, fizikal mahupun mental..eheh..saya tahu post nie mst akan membuatkan anda2 semua teperanjat..*ermm..sila peranjatkan diri anda supaya saya tidak termalu akan diri sendiri n perasan..ehehe

eh, betol ke sara nie ade penyakit??penyakit ape?sakit ape?kat mane??dah lama ke??bila??muahahahah..*mr xoxo..sila senyap..anda suda tahu ape penyakit sebenar saya bukan??..

penyakit ini di kenal pasti ketika pulang beraya di kampung, ketika memasak kuih raya & menu untuk berbuka..

jeng....
jeng....
jeng...

saya ade penyakit perasan masak sedap, n paksa orang lain makan. makhluk yang selalu menjadi mangsa ayah and adik..mueeheheh..kalu diorang xde atau melarikan diri..aku sorang la yang habiskan semua makanan tue!! berulangkali...gelap betul masa depan ku di ruangan dapur lepas nie (~~.)

bukti 1:

pagi raya: start masak nasi goreng pukul 7.10 pagi...siap pukul 8.00a.m..ahhaha..bayangkan??betapa lamanya nak siapkan makanan tersebut..on that time da boley makan,n semua da tersedia kat atas meja..ayah, mak n nenek da sebok nak g solat raya,penat promote suh mkn dulu..semua taknak.n g masjid awal..kononnye..nk g bersalam2 dgn jemaah kat masjid n nak chop tempat..walaupun solat raya start kul 9.00 a.m..>.<..terus mencari sasaran baru..adik ku..wahahah.." paksu paksu, cepat bangun dah raya, cepatla bangun makan nasi goreng kak ah masak,sedap mcm mama masak"..ermm...seperti biasa..buag karan.takde effect..tukar dialog "paksu!!cepat bangun..ayah dah marah2..jap g die nak simbah ko dengan air!!"..YES!! menjadi..sepantas kilat,towel dicapai n mandi..muahahha..tersenyum girang menjadi!!..selesai beliau mandi, aku tercegat di pintu.." cepatla rasa nasi goreng aku "..reaksi die???buat muke dunno..tanpa terduga..vokal ku melantun menandingi ustaz yang tengah takbir kat masjid tu...
" turun makan tau!!!"..sambel mendengus dan mencebik marah!

* namun adik sy seorang yg patuh n mendengar kata,makan juge beliau akhirnya hasil paksaan ku..komen beliau:
" ermm...boley tahan la jugak nasi ko klu perut tengah kosong n lapaq ni kan??ehee?"..hampess..jgn harap nk
dapat wet raya dr kak ahh..ok..sila pergi solat raya dengan sepantas mungkin..saya???terus menghadap nasi goreng yang perasan sedap tue..teeheee..sambil jaga nasi impit n kacang kuda di dapur..

bukti ke-2 :

mak n nenek puasa 6, ayah tak puasa coz g hospital check darah..mak malas nk masak nasi..so ape lagi??nasi goleng la...dis time nasi goleng cili merah..n sye makan dgn banyak sekali..nape ntah mcm sedap semcm (biase la..penyakit perasan)..but dis time sye tak pelawa sesiapa pun,saya just letak di dapur je nasi tue ( belajar dari pengalaman lalu) perasaan kechewa masih berbaki di hati..ceewahhh..
adik tye " masak pe ?".." nasi goleng" balasku..."owh..perut aku mmg lapaq nie..heheh" sambel tersengeh2 mukaanya ..eee,,menyapah,nak mengata la tue..
sekali g dapur..tengok ayah tengah makan nasi goleng saya sehingga habis sepinggan!!..wahh..ayahku, terharu tau..tetiba beliau menjerit..erkkk...tergigit garam..uhuhuuu..garam kasar!!tak hancur..eee..kensel nk bagi menikah...^.^ hehehehee.. peace..

adik ku???ermm, g la makan nasi kandar kegemaran ko tue..kari 2 -3 hari lepas..aponghee masak...yek!

moral of the story: teruskan belajar memasak supaya anda tidak mendera dan menyeksa manusia di sekeliling anda, ahli keluarga anda amnye..bakal suami anda khasnnya..ehehhe..keep it up gud work...

* mama = kak ella ( kakak ke 2)..nasi goreng beliau menjadi idaman kami sekeluarga..dapnyyee
aponghee = mamak tukang masak nasi kandar



Kuih Tak Bertepung..

" Ha..kamu tahu buat kuih tak bertepung je.." tergiang2 kata-kata ayah ku..hehhe..yee!..sye pandai buat kuih xde tepung je, coz for sure jadi,tak payah risau naik ke tak,ranggup ke keras sampai bole baling ke dinding, rasa gula ke tak..ahaha..easy n happy.. senang buat n tak stress.

Ape tue kuih tak bertepung??

JOm kita ice breaking dgn kuih tue..check it out:


Tangga pertama:

Cornflakes with choc


Tangga kedua:

Conflakes with Honey

Tapi bila kne buat dengan kuantiti yang banyak,sampai bertin2( coz nak bagi adik beradik) ..adoiyaii..mula la nak ngamuk..stress babe!..sakit pinggang2..ini kira bukan kuih bertepung.klu kueh tepung..nk kene hias bagai..choc chip la, cherry la..ape yang bentuk mcm manik2 tue..haa..mmg xcukup kesabaran..

heheh..ok..kesimpulanya sye bukan seorg yang sabar n teliti.sye sanggup masak lauk pauk yg susah n pedih (bawang), busuk ( belacan) coz cepat n sedap..tadaaa..ok..i got to go..mak suh tolon wat gulai ayam..ptg raya pun sempat lagi update blog?wah hebatnye sara!





pasangan aneh di jln TAR

Baru2 nie..sye dan kawan2 pergi bersoping2 di JLN TAR sempena HARI RAYA AIDILFITRI..." owh seronokye " (lagu raya)..kita orang seperti biasa..terlopong..ternganga..n terbeliak melihat himpunan kain, tudung ( especially kat Jakel ), kasut n makanan..tidak terkecuali melihat jejaka - jajaki..* tak kisah la yg single, jual carpet, jual baju, boypren org, waiters ..suami org..opss..hehehe...

melihat jejaka -jejaki demikian, terdetik dlm hati..alahai baiknye cik buypren2 n cik suami2 nie..sanggup teman gf/wife masing2, ade yg sebelah tangan dukong baby..sebelah lagi tolak stroller/troli/plastic bag di tengah lautan pengunjung org ramai..aduhaii.....(bygkan mr xoxo?mm..mst da moncong2)..aneh kan?

dalam tengah berjalan2..tetiba mataku terpaku pd seorg jejaka..mak ngai..hansemnye..*sila jgn jeles mr xoxo,ms yenna yenni pun terpaku melihat beliau bukan sye seorang ( yeaay..ade gang!)..tetiba,disebelah beliau ade seorg wanita????opsss..his girlfriend..n she is very the chubby murukuchan..n cute..tersenyum kami beramai2..

perjalanan di teruskan...tetiba pap!!..ade seorg jejaka metro* don't worry..sye tak terpaku di situ..and his gf is very the biase..terdetik dlm hati...*tik..tik..bagusnye lelaki zaman sekarang nie dah tak pandang paras rupa..maybe serasi n selesa yang menjadi pengikat kasih sayang mereka kan??very positive thingking!!

cuba kalau perempuan cantik, n pasangan beliau biasa..mesti org akan ckp..mesti gf dia suke mamat tue coz,mamat tu orang kaya kan??knp selalu judge perempuan macam tue??tak baik tau..kalau kaya tp tak solat, tak menghormati orang lain, kuku besi, buaya darat..kim salam hokey!..kami (yakni wanita) mencari pasangan yang boleh di jadikan kawan, abang, kekasih, suami dan abah kepada anak2..amin!..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...