Kedegilanku, Kebingungan Ibubapaku

Time breakfast tadi, saya dan kawan-kawan bercerita mengenai kisah masa silam zaman kanak-kanak..Hehe, bagaimana peliknya perangai masing2 sehingga kadang-kala membuatkan ibubapa kita letih dan bingung. Bila dah besar-besar cengini baru faham perasaan mereka,dan amat berterima kasih kepada mereka kerana telah menjaga dan membesarkan saya sehingga menjadi cantik, chumel dan baik begini...*ok..mood perasan!!saya mengaku. :)


Saya di kenali sebagai anak yang degil + garang + berdikari = sara. Saya selalu sahaja membuat keputusan sendiri tanpa pengetahuan ibubapa, contohnya,sekiranya ada persembahan akhir tahun, saya sendiri akan mengambil tempat untuk berlakon tanpa memberitahu mereka ( ibubapa) dahulu. Sekiranya ada sukan di sekolah, saya akan memakai seluar merah kegemaran tanpa meminta Ibu membelikan seluar baru,kerana ketika itu Ibu sibuk menjaga adik dan membuat kuih. Esok tengoklah, tadaaa..seluar merah line kuning telah tersedia di atas katil.hehehe..Sifat berdikari ini di sedari oleh Ibuku di pagi raya, ketika itu abang ku dgn mengada-ngada meminta Ibuku memakaikan butang baju melayu beliau, aku???di hujung sana, dengan mulut yang moncong2 memakai butang baju kurung, sehingga tercucuk jari sendiri.. "Cuba tengok Sara, dia usaha buat sendiri" puji ibuku...Abg???Dia sememangnya amat manja dengan ibuku, ketika di sekolah berasrama dulu, setiap mimggu dia menghantar surat kepada ibuku menceritakan betapa tidak sedapnya kari masakan sekolahnya itu dan rindu dengan kari ibuku..heheheh..cengeng!!mengada2...


Kari mak saya mmg sedap!!!nyummy


Ketika remaja( upsr ), aku mendapat tempat di salah sebuah sekolah kawalan yang mempunyai reputasi baik. Ayah begitu gembira dan memujukku untuk menerima tawaran tersebut, dan beliau meminta aku memasuki kelas bahasa Arab..haiyooo..ankmu ini suka naik pentas, berlakon, menari, pakai baju cantik2..mana mungkin mahu jadi ustazah..heheh. Aku bagi kata dua pada ayah, " Saya boleh masuk sekolah tu, but tak nak amek Kelas Arab,how??..ayah menurut kata ku. Alangkah merananya hidup ini, saya tidak boleh menerima peraturan-peraturan ketika berada di asrama, solat jemaah Subuh, Asar, Magrib dan Isyak. Bangun pukul 5 pagi, just nak parking baldi depan toilet n tunggu turn mandi. Dah tu, akak2 senior main potong2 queue. Memang kepantangan betul orang yang suke potong queue nie, takde sivik lansung!! doesn't matter who u are, beratur tetap beratur! Tapi, time tu kan kanak-kanak hingusan ..redha je.Dalam toilet menangis...sakit hati, Cengeng betol!! heheh. Beratur panjang dari pukul 5.45 ptg just nak dinner. Switch off the light at 11.p.m..excuse me, i'm organizing person, tak payah nak suruh2 ok!!!.ieeuwww..tak boleh tahan.


Tiap2 petang parking diri dekat public phone, call mak..menagis2..nak balik.Tak nak dok asrama, tak nak makan kat asrama, nak kena bangun awal gila..meraung2, agak2 dah bape banyak air mata bertakung dekat gangan talipon tu? ..ehhehe. Namun, uasaha mogok tetap di teruskan..setiap hari tanpa miss,akan meraung dekat ibu...Sampai naik akta baru, junior, kalu nak gune talipon boleh masukan 30 sen je. Amboi2..talipon mak kot, duit sendiri kot. Kalau kakak2 senior talipon bf, bukan main lama.Takpe pulak..mula la sakit hati dengan kakak2 kat situ,bias gilerrrr...errrrrr. Asal balik kampung je, maka berbeg2 la baju busuk, suh mak basuh. Kalau hari Ahad, nak balik asrama, mula la..menyorok dalam bilik mak, tak nak keluar.Tetiba ada surat muncul dari bawah pintu..luahan hati.Taknak balik asrama..aduhaiii,perangai ko...gigih n tabah nak keluar asrama.


Dia lah penyelamat ku..iskisk

Akhirnya, ayah menuruti permintaan ku, tapi ada satu syarat.Wajib masuk class Bahasa Arab??? (@-@)...hahahah..aku pulak yang kena. Dengan pantas, setuju!! dengan gaya2 mengecop surat, mcm dekat pejabat pos tu.Hehehe. Pada hari yang sepatutnya ayah ku datang mengambil barangku di asrama, aku pulang sendirian dengan menaiki bas tanpa menunggu ayahku, kerana aku takut ayahku tidak datang dan mungkir janji.HAhaha,,yang menjadi kemusykilan sekarang kenapa aku membawa baldi bersama ku di atas bas???hahaha..kenapa baldi merah itu menjadi priority?Ini kerana, aku selalu pening dan muntah2 kalau naik bus..di situ la tempat aku parking segala isi perut ku.muehehehe..

Saya la si baldi merah >.<



*****
Haish, apa la rupanya anak aku nanti klu da cengini perangai maknya??adesss...
Terima Kasih Mak & Ayah kerana sudi melayan kerenah anak mu ini.
Love both of u..muahhhh

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...