Apa yg saya ingini...^.^

Wah,lama da senyap..maklum la bz,kalau selalu buat entry, nti ada yang cakap takde keje pulakkan??eheheh...maka,saya bercuti seketika.So hari ni, daripada tdo di siang hari, saya nak buat karangan mengenai "Apa yang saya ingini" dalam tajuk yang lebih biasa di dengari, "Cita-cita saya"...ok, sye mengaku i like to dream..no matter daydream or night-dream..you can conclude me as a dreamer..hehehe.Banyak cita-cita sebenarnya kalo kite imbas dari zaman kanak-kanak,remaja n dah nak kahwin nie:

Sek Ren:

1. Bercita-cita nak menjadi pramugari,alangkah sedihnya tak cukup tinggi,n mak ayah tak restu..tp jgn tak percaya,siap pakai kasut tinggi n baju kebaya warna biru (ala-ala pramugari MAS), jalan tersenggol-senggol..kepala ke depan,ktok-ktak-ktok-ktak bunyi kasot..heh,ada aku kisah??yang pasti confident!!.Mak siap sorokan lagi baju warna biru tue..lepas mandi je,nak pakai baju biru tue..tak ke hangen mak nk melayan anaknye yang sorang nie.Bersiap sedia la sara sok ko ade anak....>.<


2. Bila meningkat besar, cita-cita pun berubah. Agak dah besar sikit dan waras, cita-cita termulia,nak jadi doctor??!!!hahaha..perasan bijak habis la tu.Sila jangan ketawakan sy Mr.xoxo .Ini semua salah cite tibi ER tu..mcm best je jadi mcm Dr.Ross, Dr.Mark Greene..and watak yang teringin nak jadi Dr.Susan Lewis. Dalam banyak-banyak watak dalam cite tue,saya amat suke n terjatuh sinta dengan watak yang botak n tinggi tue..heheh.Comel n very cool :) Jangan tak tahu,siap berlakon pakai baju kemeja sekolah abg, wat baju doctor, and atas meja ada kertas tulis Dr.Sara..ahhaaksss.. mmg mak mander betul.Nie ha..cover drama cite tu. Dan mula simpan angan-angan, tak dapat jadi doc, nak kahwin dengan doctor!!.weeee


See,yang pki baju biru, pki spek,n amot sikit tue,muke penyanyangkan??teeeheee

Sek Men:

1. Ha,mula berangan nak boyfriend lak.Al maklumla da besarkan??Yang tak boley blah,nak bf mcm penyanyi kumpulan Moffatts yang femes dengan lagu "I miss u like crazy "tu..alahai tak boley blah..Korang tak payah la nak gelak lebih2 ok,mesti korang pun ade nak kawen dengan artiskan?backstreet boys, Nsync , 911?uhuhu..handsome2 tu..N now, kalu la saya menjadi remaja zaman sekarang, mst nk bf mcm Justin Beaver kan??wahaha takpun paling kurang dengan Akim..tak pun Dafi,kira masuk akal la sikit nk bf buatan Malaysia??hehehe..malu,malu..

2. Kemudian, bila da ader bf,baru boleh berangan nak kerja ape kan?baru semangat nak belajar bersungguh-sungguh.*Boring!! Cari punye cari,tetiba rasa mcm best kalau dapat jadi secretary heeehee ..and jangan terkejut, saya mmg mintak nak masuk kursus kesetiausahanan tau, apply polyteknik. Siap 1st choice lagi, dah suruh orang pilih,tak pulak bagi pilihan tu,di baginya kusus teknologi pembuatan pastik..apa punya kusus la die bagi aku (sebenarya ada jugak aku mintak kursus tu,coz belajar kimia,kononnye hebat kimia la kan?heheh)..tp kira bersyukur sgt tak amik kursus tu,kalau tidak, memang menyesal seumur hidup.Sebabnya saya adalah pencinta alam..Say No To Plastic Bag!! Aktivis alam sekitar..Kalau tak, sayalah antara penyumbang kepada lambakan plastik-plastik di muka bumi ini * mood pesalah .Akhirnya terjebak pulak dengan engineering..maka terkuburla cita-cita murni ku utk menjadi secretary.Maka berlarutanlah episode derita yang tak berkesudahan..sob..sob

University,

1. Time nie mood tengah bercintan n muda lagi kan.(Tak bermaksud sekarang nie da tua okey!) Teramatlah suke masuk kedai2 mcm Lovely Lace, Memory Lane, Teddy Tales..mood cintan itu terpancar di hati tau.Terasa mcm berbunga2 aje dunia nie..Maka,berangan lah lagi,nak bukak kedai yang ala2 mcm tue..teeheee.Pakai apron jaga kedai alah lah2..macam comel je..

2. Bila makin membesar, cara berangan pun mula berlainan. Berangan nak jadi surirumah dan ikot husband migrate oversea. Sebab utama,tengok akak duduk sana dan membesarkan anak2 dekat sana.Negara pilihan, Sweden!!( sebab negaranya bersih n sukakan nature)Wah!!mcm best, pergi tempat orang.Tapi tengoklah nati.Siapa yang akan meraung kesedihan nak balik Malaysia,nak g pasar malam,nak g bazzar ramadhan, nak g Jalan TAR, nak makan laksa Kak Timah,nak makan mee Tokong Hindu..wahahha. After 15 years,kita balik la Malaysia and give some contribution to our nation kan Mr.xoxo??

3.Penyakit berangan nie semakin berlarutan, nak g holiday ke Hallstatt(Austria), Queens town(New Zealand), Vancouver( Canada), Zurich (Swiss)..muahahahha..maka hidupla aku dalam angan2 yang tak berkesudahan.


Ini la Hallstatt


colorful kan??(Swiss)


seperti yang di nyatakan di atas

*******
Sebenarnya, banyak lagi angan2 dalam hidup ni, nak bukak nursery, nak bukak kedai buku,nak joint WWF, nak mengajar phonics, nak jadi wedding/ event planner,nak pakai kete Volvo xc60..wohohoho..mmg boley menangis la kalu melayan ..heee.Semoga semua angan ku ini menjadi kenyataan.Amin..Doakan saya ye kawan-kawan.




2 comments:

  1. couple of pics of what hallstat looked like when i was there.
    http://tinyurl.com/297qlpn
    http://tinyurl.com/29rjh7x
    http://tinyurl.com/2fwtmcy
    http://tinyurl.com/28l2khb

    may ur wish come true dear!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...