5 & 25 and my life

Ada apa dengan 5 & 25?Setiap orang ada number kegemaran masing-masingkan?Begitu juga saya, Yess..numbernya 5 & 25!!!. Mari kita lihat kes-kes berikut:

- Di lahirkan pada 25-Oct-1985
- Anak ke - 5 dari 6
- Number Id 5*****255
- Umur 25 thn
- Dapat num booth tuk FYP demo day 25
- Ukur lilit pinggang..25...ermm???yeke??ok..sila check
- Selalu dapat num 5 dlm class, num 25??pernah jugeeppp....>.<

Research mengenai num 5..mari lihat:

25 = 5^5 = 3^2 + 4^2
25 per cent means one quarter
It is the smallest base 10 Friedman number as it can be expressed by its own numbers: 5².

Lagi?? Itu je??erm...nati Kalo ade sye sambung lagi..heheh..so?apakah number kegemaran anda??

****25****


Lagi 100??

Lagi 100 tingkat??tak cukup 88 tingkat??Aishhh...Alang2 nak pegang record the highest building in the world, apa salahnya buat terus 500 tingkat??heheh ^.^Lama sikit berada di tangga num 1, kalau tidak, nati ada yang nak teng..tetiba the next year, 101 tingkat??Am i right?? Hmmm...ntah la, nak cakap lebih-lebih, takot di label tak kenang budi..siapa yang bagi loan kamu??siapa yang buat jalan raya?siapa itu..siapa ini??sila jawab....mereka..;(..

Tapi saya sebagai rakyat yang akan bayar tax after this, yang kena bayar pinjaman MARA, yang nak buat loan untuk beli rumah dan kereta. Yang akan kerja siang malam..saya memerlukan better education system, better hospital, better public transport, air yang bersih, sistem saliran yang baik, buku yang lebih murah, keselamat yang terjamin, sistem traffic yang lancar, makanan berkhasiat yang murah...Adakah 100 storey buliding would help me ??Mcm mana dengan makcik n pakcik yang naik beskal g menoreh getah?Mcm mana dengan nelayan yang harga ikan yang tak tentu hala?Bagaimana dengan janda yang ada anak 8-10 org tuk di besarkan??That 100 storey building could help them?? ???hahahehehe..think what would happen to us kalau kita tak berkemampuan??hush!

Apa itu games???


Games??Apa tue??Zuma...? Dynamite? Cooking Academy? Farmville ? Mafia Wars?Apa nie??Sejenis makanankah mereka??atau jenama baju??ngeh..ngeh. Saya kenal mereka, tetapi agak tidak rapat and tak geng, coz tak sehaluan.Selalu saje mereka nak menang, tak bagi chance langsung. Puas mencuba, tetap tak dapat naik level yang baru...mmg semua mereka yang nak menang!!!!Ahh...benci!! :(

Shhhh....Biar saya berterus-terang, saya tak suka main game.Dalam bahasa yang kasar, saya benci game!!!.Sebabnye, saya takkkkk pernnnnnah menangggggg!!!!!Nak naik level one pun susah, main games nie perlukan full concentration dan kecekapan mata dan tangan..Itu masalah saya, susah nak bagi full concentration and mata saya tidak cekap. Sambil2 main, saya masih dengar org dalam radio bagi ucapan dekat boyfriend..( sayang 20 x..dussyummmm) hehehe...mata sempat nengok hp..kot2 ade number baru naik..mueheheh..Tettttt..bukanlah. Kot2 mr.xoxo msg ( nape perlu tengok??bukan tepon tu berbunyi kalu msg masuk kan??).ok,itu alasan sebenarnya...Tangan?cepat letih..lengoh dok menekan keypad..Maka, di sebabkan sifat2 berkenaan..saya menjadi buta games. Bgus jugak tak main game, klu tak..penin rumate sebelah nie. Asik mengamuk je, tak menang..then, salahkan games tue..ehhehe.Mesti dia amat besyukur saya tak main game >.<

Tahukah anda??

- Dalam laptop mahupun handphone saya, tiada satu pun game???
- Saya belum pernah memenangi mane2 game..???
- Saya cuma boley bertahan main game selama 15 minit..???
- Saya lebih suke main permainan kampung...tuju kasotttt..jom la turun petang nie..jom
(sambil memujuk kawannye)
*****
Games yang saya kenali secara, biasa2 je..Hanya Zuma and Dynamite je yang sye pernah main.OK..selamat berGames cara anda!!


Dynamite


Zuma-zuma

Berkebun..>.<

Kedegilanku, Kebingungan Ibubapaku

Time breakfast tadi, saya dan kawan-kawan bercerita mengenai kisah masa silam zaman kanak-kanak..Hehe, bagaimana peliknya perangai masing2 sehingga kadang-kala membuatkan ibubapa kita letih dan bingung. Bila dah besar-besar cengini baru faham perasaan mereka,dan amat berterima kasih kepada mereka kerana telah menjaga dan membesarkan saya sehingga menjadi cantik, chumel dan baik begini...*ok..mood perasan!!saya mengaku. :)


Saya di kenali sebagai anak yang degil + garang + berdikari = sara. Saya selalu sahaja membuat keputusan sendiri tanpa pengetahuan ibubapa, contohnya,sekiranya ada persembahan akhir tahun, saya sendiri akan mengambil tempat untuk berlakon tanpa memberitahu mereka ( ibubapa) dahulu. Sekiranya ada sukan di sekolah, saya akan memakai seluar merah kegemaran tanpa meminta Ibu membelikan seluar baru,kerana ketika itu Ibu sibuk menjaga adik dan membuat kuih. Esok tengoklah, tadaaa..seluar merah line kuning telah tersedia di atas katil.hehehe..Sifat berdikari ini di sedari oleh Ibuku di pagi raya, ketika itu abang ku dgn mengada-ngada meminta Ibuku memakaikan butang baju melayu beliau, aku???di hujung sana, dengan mulut yang moncong2 memakai butang baju kurung, sehingga tercucuk jari sendiri.. "Cuba tengok Sara, dia usaha buat sendiri" puji ibuku...Abg???Dia sememangnya amat manja dengan ibuku, ketika di sekolah berasrama dulu, setiap mimggu dia menghantar surat kepada ibuku menceritakan betapa tidak sedapnya kari masakan sekolahnya itu dan rindu dengan kari ibuku..heheheh..cengeng!!mengada2...


Kari mak saya mmg sedap!!!nyummy


Ketika remaja( upsr ), aku mendapat tempat di salah sebuah sekolah kawalan yang mempunyai reputasi baik. Ayah begitu gembira dan memujukku untuk menerima tawaran tersebut, dan beliau meminta aku memasuki kelas bahasa Arab..haiyooo..ankmu ini suka naik pentas, berlakon, menari, pakai baju cantik2..mana mungkin mahu jadi ustazah..heheh. Aku bagi kata dua pada ayah, " Saya boleh masuk sekolah tu, but tak nak amek Kelas Arab,how??..ayah menurut kata ku. Alangkah merananya hidup ini, saya tidak boleh menerima peraturan-peraturan ketika berada di asrama, solat jemaah Subuh, Asar, Magrib dan Isyak. Bangun pukul 5 pagi, just nak parking baldi depan toilet n tunggu turn mandi. Dah tu, akak2 senior main potong2 queue. Memang kepantangan betul orang yang suke potong queue nie, takde sivik lansung!! doesn't matter who u are, beratur tetap beratur! Tapi, time tu kan kanak-kanak hingusan ..redha je.Dalam toilet menangis...sakit hati, Cengeng betol!! heheh. Beratur panjang dari pukul 5.45 ptg just nak dinner. Switch off the light at 11.p.m..excuse me, i'm organizing person, tak payah nak suruh2 ok!!!.ieeuwww..tak boleh tahan.


Tiap2 petang parking diri dekat public phone, call mak..menagis2..nak balik.Tak nak dok asrama, tak nak makan kat asrama, nak kena bangun awal gila..meraung2, agak2 dah bape banyak air mata bertakung dekat gangan talipon tu? ..ehhehe. Namun, uasaha mogok tetap di teruskan..setiap hari tanpa miss,akan meraung dekat ibu...Sampai naik akta baru, junior, kalu nak gune talipon boleh masukan 30 sen je. Amboi2..talipon mak kot, duit sendiri kot. Kalau kakak2 senior talipon bf, bukan main lama.Takpe pulak..mula la sakit hati dengan kakak2 kat situ,bias gilerrrr...errrrrr. Asal balik kampung je, maka berbeg2 la baju busuk, suh mak basuh. Kalau hari Ahad, nak balik asrama, mula la..menyorok dalam bilik mak, tak nak keluar.Tetiba ada surat muncul dari bawah pintu..luahan hati.Taknak balik asrama..aduhaiii,perangai ko...gigih n tabah nak keluar asrama.


Dia lah penyelamat ku..iskisk

Akhirnya, ayah menuruti permintaan ku, tapi ada satu syarat.Wajib masuk class Bahasa Arab??? (@-@)...hahahah..aku pulak yang kena. Dengan pantas, setuju!! dengan gaya2 mengecop surat, mcm dekat pejabat pos tu.Hehehe. Pada hari yang sepatutnya ayah ku datang mengambil barangku di asrama, aku pulang sendirian dengan menaiki bas tanpa menunggu ayahku, kerana aku takut ayahku tidak datang dan mungkir janji.HAhaha,,yang menjadi kemusykilan sekarang kenapa aku membawa baldi bersama ku di atas bas???hahaha..kenapa baldi merah itu menjadi priority?Ini kerana, aku selalu pening dan muntah2 kalau naik bus..di situ la tempat aku parking segala isi perut ku.muehehehe..

Saya la si baldi merah >.<



*****
Haish, apa la rupanya anak aku nanti klu da cengini perangai maknya??adesss...
Terima Kasih Mak & Ayah kerana sudi melayan kerenah anak mu ini.
Love both of u..muahhhh

Things To Do...( wajib )


Hari ini dah 12/Oct/2010, kira-kira hanya tinggal 4 minggu je lagi nak habiskan sisa-sisa waktu sebagai pelajar universiti...sob,sob,sob *sedey loan Mara da tak dpt lagi pas nie..muehehehe. Sehubungan dengan itu, bertimbunla kerja2 yang perlu disiapkan, 3 jenis report,ermm..+ 1= 4 reports, 2 presentations, 1 event, opsss..event banyak sgt!!Pre-Graduation Nite, birthday party ( perasan ade org nak wat supprise party), majlis perpisahan persatuan "Mak Mander + Run-Omp + Yenna Yenni", majlis Group " GTC - Garang Tapi Comel "-- geng UTM, Cuti-cuti Malaysia Ep 2, Rombongan shopping baju dayang2,hadoi..banyaknye..opsssss..Birthday mr.xoxo ,ape lagi..*pikir2...hah!kenduri kawen kawan2..fuuuyoooo..mmg banyak.

Tapi, sebelum nak selesaikan semuanya tue,banyak lagi yang tertangguh dan masih dalam senarai menunggu

- Kasot dalam baldi, tunggu nak berbasuh (asal la,rajin sgt g rendam kasut tu!)

- 4 buah buku yang masih belum habis di baca :

1. Eat,Pray, Love (teramat liat nak baca buku nie, coz amat boring!)


2. It's Just a Date! (sedap buku nie, but malas)

(*-*) maaf,cover die agak Tut..tuttt

3. Act Like a Lady, Think Like a Man (on may way nak abeskan,totally superb! )

- Buat treatment amot...ieeuwww,,my hair da bercepiau macam hujung penyapu..Hate!!!! Agak2, jenis ramot mcm mane yang sesuai??Tp yang pasti, wajib panjang...harus menurut perintah >.<

1.
wow!!mmg idaman hati nie..mueehhehe

2.

Ini cumel kan??but nk panjang sikit.can??can?

3.
Sexy kan??noody2 but u..

4.
ahakss..agak2 klu pendek mcm nie lulus tak???


- siapkan, homework disaster design!!(@_@)

- design poster for my FYP demo day..

- Prepare baju tuk Pre-Graduation Nite, pki baju sekolah rendah..gaun dark blue, tocang di kiri kanan, botol air bentuk handphone,pencil box Tom n Jerry yang bertingkat2 tue..owh..sweet memory..miss my friend!!

*******
wow...mengigil bile tgk banyak benda belum buat..tp apa yang saya akan utamakan, I' will use this moment to stay, lay, and sleep with all my friends since we have been together for 3 years..( rumate 7 years)...lolololo
sedeynye..i'm gonna miss u all.xoxo.muahh++++



Lagu Kegemaran Ketika Ini

:: Kerna Ku Cinta Kau



:: It's All About You



:: Mine



:: Sungai Lui

Apa yg saya ingini...^.^

Wah,lama da senyap..maklum la bz,kalau selalu buat entry, nti ada yang cakap takde keje pulakkan??eheheh...maka,saya bercuti seketika.So hari ni, daripada tdo di siang hari, saya nak buat karangan mengenai "Apa yang saya ingini" dalam tajuk yang lebih biasa di dengari, "Cita-cita saya"...ok, sye mengaku i like to dream..no matter daydream or night-dream..you can conclude me as a dreamer..hehehe.Banyak cita-cita sebenarnya kalo kite imbas dari zaman kanak-kanak,remaja n dah nak kahwin nie:

Sek Ren:

1. Bercita-cita nak menjadi pramugari,alangkah sedihnya tak cukup tinggi,n mak ayah tak restu..tp jgn tak percaya,siap pakai kasut tinggi n baju kebaya warna biru (ala-ala pramugari MAS), jalan tersenggol-senggol..kepala ke depan,ktok-ktak-ktok-ktak bunyi kasot..heh,ada aku kisah??yang pasti confident!!.Mak siap sorokan lagi baju warna biru tue..lepas mandi je,nak pakai baju biru tue..tak ke hangen mak nk melayan anaknye yang sorang nie.Bersiap sedia la sara sok ko ade anak....>.<


2. Bila meningkat besar, cita-cita pun berubah. Agak dah besar sikit dan waras, cita-cita termulia,nak jadi doctor??!!!hahaha..perasan bijak habis la tu.Sila jangan ketawakan sy Mr.xoxo .Ini semua salah cite tibi ER tu..mcm best je jadi mcm Dr.Ross, Dr.Mark Greene..and watak yang teringin nak jadi Dr.Susan Lewis. Dalam banyak-banyak watak dalam cite tue,saya amat suke n terjatuh sinta dengan watak yang botak n tinggi tue..heheh.Comel n very cool :) Jangan tak tahu,siap berlakon pakai baju kemeja sekolah abg, wat baju doctor, and atas meja ada kertas tulis Dr.Sara..ahhaaksss.. mmg mak mander betul.Nie ha..cover drama cite tu. Dan mula simpan angan-angan, tak dapat jadi doc, nak kahwin dengan doctor!!.weeee


See,yang pki baju biru, pki spek,n amot sikit tue,muke penyanyangkan??teeeheee

Sek Men:

1. Ha,mula berangan nak boyfriend lak.Al maklumla da besarkan??Yang tak boley blah,nak bf mcm penyanyi kumpulan Moffatts yang femes dengan lagu "I miss u like crazy "tu..alahai tak boley blah..Korang tak payah la nak gelak lebih2 ok,mesti korang pun ade nak kawen dengan artiskan?backstreet boys, Nsync , 911?uhuhu..handsome2 tu..N now, kalu la saya menjadi remaja zaman sekarang, mst nk bf mcm Justin Beaver kan??wahaha takpun paling kurang dengan Akim..tak pun Dafi,kira masuk akal la sikit nk bf buatan Malaysia??hehehe..malu,malu..

2. Kemudian, bila da ader bf,baru boleh berangan nak kerja ape kan?baru semangat nak belajar bersungguh-sungguh.*Boring!! Cari punye cari,tetiba rasa mcm best kalau dapat jadi secretary heeehee ..and jangan terkejut, saya mmg mintak nak masuk kursus kesetiausahanan tau, apply polyteknik. Siap 1st choice lagi, dah suruh orang pilih,tak pulak bagi pilihan tu,di baginya kusus teknologi pembuatan pastik..apa punya kusus la die bagi aku (sebenarya ada jugak aku mintak kursus tu,coz belajar kimia,kononnye hebat kimia la kan?heheh)..tp kira bersyukur sgt tak amik kursus tu,kalau tidak, memang menyesal seumur hidup.Sebabnya saya adalah pencinta alam..Say No To Plastic Bag!! Aktivis alam sekitar..Kalau tak, sayalah antara penyumbang kepada lambakan plastik-plastik di muka bumi ini * mood pesalah .Akhirnya terjebak pulak dengan engineering..maka terkuburla cita-cita murni ku utk menjadi secretary.Maka berlarutanlah episode derita yang tak berkesudahan..sob..sob

University,

1. Time nie mood tengah bercintan n muda lagi kan.(Tak bermaksud sekarang nie da tua okey!) Teramatlah suke masuk kedai2 mcm Lovely Lace, Memory Lane, Teddy Tales..mood cintan itu terpancar di hati tau.Terasa mcm berbunga2 aje dunia nie..Maka,berangan lah lagi,nak bukak kedai yang ala2 mcm tue..teeheee.Pakai apron jaga kedai alah lah2..macam comel je..

2. Bila makin membesar, cara berangan pun mula berlainan. Berangan nak jadi surirumah dan ikot husband migrate oversea. Sebab utama,tengok akak duduk sana dan membesarkan anak2 dekat sana.Negara pilihan, Sweden!!( sebab negaranya bersih n sukakan nature)Wah!!mcm best, pergi tempat orang.Tapi tengoklah nati.Siapa yang akan meraung kesedihan nak balik Malaysia,nak g pasar malam,nak g bazzar ramadhan, nak g Jalan TAR, nak makan laksa Kak Timah,nak makan mee Tokong Hindu..wahahha. After 15 years,kita balik la Malaysia and give some contribution to our nation kan Mr.xoxo??

3.Penyakit berangan nie semakin berlarutan, nak g holiday ke Hallstatt(Austria), Queens town(New Zealand), Vancouver( Canada), Zurich (Swiss)..muahahahha..maka hidupla aku dalam angan2 yang tak berkesudahan.


Ini la Hallstatt


colorful kan??(Swiss)


seperti yang di nyatakan di atas

*******
Sebenarnya, banyak lagi angan2 dalam hidup ni, nak bukak nursery, nak bukak kedai buku,nak joint WWF, nak mengajar phonics, nak jadi wedding/ event planner,nak pakai kete Volvo xc60..wohohoho..mmg boley menangis la kalu melayan ..heee.Semoga semua angan ku ini menjadi kenyataan.Amin..Doakan saya ye kawan-kawan.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...