Acehh..tajuk dekat atas tu ayat siapa?Ceteka?Jawapan betul saya bagi hadiah...Hahaha,Lisa Surihati dalam Istanbul Aku Datang. Tapi jangan salah faham, entry kali ini bukan reveiw pasal filem Istanbul Aku Datang ..tapi cerita pasal kucing. Sejak-sejak suami sibuk memanjang dengan exam department baru ni,terasa sunyi sangat di rumah. Tambah kadang-kadang dalam seminggu beliau tiada cuti, maka lagi lah bosan..nak bercakap dengan siapa pun tak ada. Oleh itu saya terfikir untuk membela sesuatu ..aishh, NO..NO.. bukan membela, BELAAN itu..nak bela sesuatu benda hidup dalam rumah ni, boleh la sembang-sembang. Suami suruh tanam pokok, macam ok gak, tak perlu penjagaan yang rapi..letak di sebelah tingkap,kena matahari, jirus air..da hidup.Tapi kalau sembang, memang tak ada feedback la kan?Nak peluk-peluk, nak cubit-cubit tak ade la kan?Takkan nak pokok gelak terkekek-kekek lah..uishh,takottt!Pilihan kedua..ikan,suami suruh bela ikan dalam akuarium.Katanya boleh memberi ketenangan jiwa bila tengok dia berenang..hmmm,tapi nanti nak kena cuci akuarium, nak kena tukar air..leceh la *Banyaklah alasan kau Sarah,cakap je la kau da ada pilihan hati* Yesss.,sebenarnya memamg saya punya pilihan hati *Eceh,macam nak kahwin* iaitu kucing mueheheh..Of course la,dengan kucing boleh gomol-gomol,boleh sembang meoww..,meowww, boleh bawak tidur sekali kalau suami shift malam, pokok ikan tak oleh kan??Takkan nak bawak pasu bunga, akuarium atas katilkan?kan? # nak menang jugak.
Semangat, tak semangat nak bela kucing, siap study jenis-jenis kucing hokey! Tapi ramai orang suka bela Persian Cat kan?Tapi korang perasaan tak, kucing jenis ni, bermuka mashemmm kan?satu lagi muka pemalas...bahahhaha.
Yang ni okay lagi...
Adoii aiii, mashheemnya muka ko!!
Hei,pemalas..bangun!Cari kayu!!!
Dan sudah semestinya kucing jenis ni susah nak jaga bulunya dan kurang sesuai untuk yang ada anak kecil di rumah.Bulunya memang memerlukan penjagaan rapi, kena selalu groooming, selalu mandikan dan make sure keringkan bulunya. Adoi, banyaknya keje.Rambut gua pun gua jarang sikit, inikan pula rambut kucing ;)
Kucing yang comelnya lebih kurang Persian, ialah Maine Coon. Tapi kucing jenis ni, lasak. Suka memburu, dan bukan sejenis "Lap Cat" berbeza dengan cik adik yang kat atas tu, manja dan kuat tido.Hihihi..tapi kalau lihat ekor kucing ni, macam ekor musang..jom tengok gambo.
Perghhh,gagahkan?Gaya mutu keunggulan ni.
Yang jenis ni, muka nak macho aje..tgk yang bawah ni.
Garangkan muka dia. Hmmm...next
Okay, sekarang dah masuk jenis kucing kegemaran saya, iaitu Scottish Fold dan British Shorthair. Kedua -dua jenis kucing ini kelihatan seperti sama, tapi tak serupa..jom tengok.
Scottish fold ni ada dua jenis, satu telinga telungkup macam ni,
Bergaya atas Scottish cushion lagi you!!
Yang ini jenis terbuka.
Owhh..shewwitttt,Tororo main sampai tidur..*Dah ada nama pilihan ok!!*
Kucing jenis ini suka tidur menelentang dan penyanyang,juga cergas berbanding si atasssss..nun.kiki *tak pasal je Persian kan??*Dan kalau korang tahu, ada satu video di YouTube kisah seekor kucing bernama Maru , owner dia cakap dia berbaka Scottish Fold,tapi saya nampak macam jenis British Shorthair..
Rasa macam nak gomol-gomol sampai kena cakar!!
British Shorthair pula, sejenis kucing yang bijak, femes di dalam filem satu ketika dulu, suka bermain,tidak terlalu manja, boleh tolarate dengan haiwan lain dan sesuai jika ada anak dirumah. Penjagaannya tidak seleceh Persian, lebih kurang Scottish Fold..ntahlah..perangai Scottish pun lebih kurang, tak dapat nak beza..jom tengok gambor dia plak.
Grrrr..sexy you!
Kaki pakai socks!!
Anom..nommm
Lihat, kami baikkan??
Macam Maru kan?Tak pandai nak beza lagi..bulu dia mampat dan padat rasanya, macam karpet. Kiki...Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari..apartment aku tinggal ni, NO PETS ALLOWED...berkuburlah hasrat ku nak bersembang dan bergomol dengan kucing. Tunggu duduk rumah atas tanah lah ye Puan Sarah....