Ceritera Sinta Episod 2

Testing..testing 1,2,3...*tengok kiri kanan,make sure hanya saya seorang yang ON lap top*..hehe. Ini berikutan kes pencerobohan En.Hemo terhadap blog saya. Post sebelum ini telah ditulis oleh En.Hemo setelah bangunnya beliau dari tempat tidur berikutan shift malam, malam semalam. Okay kita lupakan perihal En.Hemo seketika, kerana berdasarkan tajuk diatas,jelas menunujukkan ini adalah episod kedua bagi sinetron "Ceritera Sinta"..kiki.

Ok back to our topic, selesai dua perkara untuk hantaran,pertama perfume,kedua toiletries dan ada banyak lagi barang yang harus dibeli. Sebelum lebih banyak persiapan dilakukan, adalah lebih baik sekiranya kita mengikut adat dengan mengikat tali pertunangan,kan? Maka pada, 25 March 2012 termetrailah tali pertunangan antara kami.Bila diingatkan kembali majlis tersebut, memang koboi gila. Majlis berlangsung tanpa persediaan yang teliti, semuanya tangkap muat dan bercelaru kerana terdapat perkara yang lebih penting harus diselesaikan. Tiada photographer, tiada hiasan bilik, tiada rakan-rakan, tapi apa yang penting Arwah Ayah amat gembira ketika berjumpa En.Hemo, itu sudah mencukupi.*Opsss...mood sedih*

Setelah selesai majlis pertunangan yang bertemakan koboi * 1st time di Malaysia hokey*, maka kami pun memulakan persiapan dokumen pernikahan. Mesti korang hairan,kenapa awal sangat, bertunang bulan 3, kenduri bulan 9 tapi dah sebok g ambil HIV test semua bagai? Al maklumlah En.Hemo bertugas di Sabah, nanti bulan 9 pula beliau kembali ke tanah air..so kalau nak tunggu beliau, memang tak siaplah semua dokumen. Next day, buat tempahan baju melayu di Jimmy Tailor, kemudian cari cincin kahwin dan barang hantaran. Hahahah..sebesar-besar Gurney Plaza cuma jumpa satu je barang hantaran yang berkenan, baju lelaki,Itu sahaja. Cincin pun tak jumpa yang berkenanan bayangkan macam mana nak cari hantaran yang berderet-deret tu kalau dah cenggini gayanya?

Ha! Cerita pasal tempahan baju, marraton mencari kain di Alor Setar, cause tak sempat nak cari di KL and to make sure boleh tempah time En.Hemo di Penang. Mangsanya ialah my office mate yang bujang terang tang tang ,ini orangnya, masih bujang dan masih mencari..sesiapa perkenan, please PM me..kihkih

Cik Azranisya, macam Shilpa Shetty kan?

First check point, Jakel. Sebab ramai sangat cite kain di sana cantik-cantik belaka. Tapi bagi saya, kainnya biasa-biasa saja untuk range harga sederhana, dan beadsnya tak shining and very simple. Pilih punya pilih, En. Manager Jakel offer this fabric...



Ala,warna yang sebenar ialah warna hijau dan beads dia amatlah cantik,dan amatlah menawan dan amatttttlahhhh mahallllll dan harga dekat seribu lebih kottt.
* Homaiigoooddd, mau En.Hemo hemo sebulan lebih kalau ambil kain ni.


Akhirnya inilah hasilnya...jeng..jeng..jeng..suspend tak?






Tadaaaa...akhirnya saya beralih arah ke Gulatis Silk Store dan terjumpa, *terjumpa? mcm free je kan?* kain yang putih bersih dan dipenuhi dengan beads yang memutih.Yuhuuuu..lepas satu bab!

Arghhh, da penat.Daaaa
 

 
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...