:: Assalamualaiakum ::
Selamat hari Ahad..sekejap sahaja masa berlalu rasanya.Tup..tup sudah hari Ahad....lolololo * rasa mcm esok keje. Hari ini saya memilih untuk tidak menyambung episod Ceritera Sinta kerana ada cerita lebih penting yang nak diperkataan. Apa tu??......
Selama 27 tahun ini, saya membaca Al-Quran dengan mengunakan Al-Quran versi biasa, maksudnya tiada terjemahan ataupun tafsir. Namun sejak saya mendapat hadiah perkahwinan daripada abang dan kakak ipar saya iaitu senaskah Al-Quran , saya telah merubah tabiat saya dengan membaca terjemahan. Apa yang boleh saya katakan..perasaan membaca Al-Quran terjemahan amat berbeza jika di bandingkan Al-Quran versi biasa. Membaca tanpa memahami isi kandungannya, ternyata sesuatu yang merugikan. Perasaan membaca ayat-ayat suci bersama makna dan kisah yang tersirat membuatkan kita seolah-olah sedang berbicara dan mendengar cerita yang indah sekali dari Allah yang maha agung. Surah pertama yang saya baca ialah surah Al-Kahf, di dalam surah tersebut terdapat pelbagai kisah, antaranya ialah kisah Ashabul Kahfi, kisah Nabi Khidir dan pelbagai lagi. Boleh di katakan juga, dalam setiap surah terdapat ayat-ayat berbentu soalan, apabila soalan diajukan, ternyata satu perasaan malu tiba-tiba menjengah..bertapa kerdilnya kita sebagai hamba, bertapa riaknya kita sebagai manusia, bertapa sombongnya kita dengan nikmat Allah, bertapa berkiranya kita bila melakukan ibadat kepadanya..bertapa angkuhnya kita sesama manusia....Alhamdulliah, akhirnya saya mendapat sesuatu yang baru, dari membaca sahaja tanpa memahami isi kandunganya setiap malam, membaca dengan semangatnya setiap kali Ramadhan..kali ini saya baca dengan memahami setiap bait-bait ayat yang diturunkan oleh Allah..MasyaAllah ia sesuatu yang amat manis, Terima kasih kepada abang dan keluarga di atas hadiah yang bermakna dan syukur kepada Allah. Oleh itu kawan-kawan, marilah kita berubah dari membaca Al-Quran versi biasa kepada Al-Quran yang mempunyai terjemahan, cause it's really sweet!!!
No comments:
Post a Comment