Kerja

::Assalamualaikum::

Alhamdulillah, saya sudah pun mendapat pekerjaan. Walaupun pekerjaan saya tidak sepenting dan sehebat pekerjaan saya dahulu, tapi saya bersyukur kerana ianya tidak menganggu emosi dan masa bersama suami. Gajinya? cukuplah untuk saya beri sedikit wang saku kepada Emak serta buat belanja bila pulang ke Semenanjung. Saya hanya bekerja pada Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Masa yang diperuntukkan hanyalah 2-4jam sehari, jarak dari tempat kerja dekat,mesti anda tertanya-tanya apakah pekerjaan yang saya maksudkan bukan?Tada....Cikgu Tuisyen!! Alhamdulliah akhirnya saya dapat mengajar, kerana saya amat suka mengajar dan pada masa yang sama saya dapat bergaul dengan orang Sabah. Seperti kata suami, "Kalau gaji sikit pun tak apa, yang penting saya nak awak gain the experience, experience work with Sabahan people, be friends with them and  yang penting anggap kerja ni sebagai IBADAH, amal jariah". Terima kasih kerana memahami isteri mu :). Suami pernah berkata, if he not married and plan to have a family, he would joint MAKNA and be a part of MISI KEMANUSIAAN, mungkin sekarang beliau berada di Palestin atau Rohinya, paling tidak di Aceh. Dapat saya bayangkan bagaimana rupa beliau, mesti berjambang-jambang dan berambut seperti sainstis.HAHAHAH... Mahapppp.   



Ala tomei-tomei 

Siapa Kita Dalam Menentu Hak Orang Lain?

::Assalamualikum::

Ingat tak saya pernah menulis entry The Power Of Giving? Saya ada meceritakan bagaimana memberi CINTA kepada seseorang? Hari ini saya faham bagaimana cinta yang di maksudkan. Cinta dengan gembira akan KEHIDUPAN dan KEPUTUSAN yang dilakukan oleh orang lain. Kalaupun tidak menyokong kerana laluan yang mereka ambil tidak seperti yang kita inginkan, relakan mereka and JUST BE HAPPY for them. Jangan membuat andai sendiri, jangan memikir hingga10 tahun kehadapan, jangan memekak melolong atas kelebihan dan rezeki orang lain, seandainya anda TIDAK mengetahui HUJUNG PANGKAL cerita. JUST BE HAPPY FOR THEM. Sekali lagi saya nyatakan, bagaimana untuk kita tahu HUJUNG PANGKAL seseorang itu? Dengan bertanya akan tuan punya badan and make sure he/she is COMFORTABLE with you.  

Setiap keputusan yang diambil oleh seseorang itu sudah semestinya di timbang-tara dengan sebaik-baiknya. Kalau tidak, ianya tidak akan dinamakan "KE-PUTUSAN" oleh itu apa hak kita untuk menentukan hak orang lain? Contohnya seorang wanita yang bergaji RM2000 sanggup berhabis membeli handbag bernilai RM2500? Pada saya, secara peribadinya wanita itu TOLOL..sanggup berhabis gaji sebulan untuk menampung harga sebuah handbag. Tapi SIAPA kita? Ya, saya memang tidak setuju kerana saya hanya memakai handbag berharga RM 150, tapi saya sanggup berhabis untuk bercuti. Oleh itu, apa hak orang lain dalam menentukan keputusan saya? 

Pernah kita terfikir,bagaimana wanita yang membeli handbag berharga RM2500 itu berkerut gaji untuk mendapatkan barangan yang di idamkannya? Mungkin dia tidak makan di luar, mungkin juga dia hanya memesan air kosong ketika makan di restoran, mungkin dia merasakan BIG APPLE adalah sejenis makanan yang mahal. Mungkin bagi mereka menghabiskan beratus-ratus ringgit hanya untuk makanan adalah sesuatu yang membazir kerana akhirnya menjadi tuttt.... Mungkin mereka sudah menyimpan duit gaji selama setahun untuk mendapatkan barangan tersebut?SIAPA kita...??

Untuk manusia yang suka bercuti, mungkin mereka mengumpul wang selama setahun dan mengelak dari bercuti di tempat-tempat yang berdekatan bagi merialisasikan impian percutian ke luar negara. Mungkin mereka tidak membazir dengan membeli makanan di Bazzar ramadhan, mungkin juga mereka menghadkan pengunaan duit dari menonton wayang dan membeli buku.Sekali lagi..SIAPA kita?

Asalkan mereka tidak merompak, mencuri, berhutang dan menyusahkan orang lain RELAKAN mereka..dan BE HAPPY FOR THEM. 

Siapa kita dalam menentukan kereta yang harus mereka miliki ?
Siapa kita dalam menentukan rumah jenis apa yang harus mereka miliki?
Siapa kita dalam menentukan handbag jenis apa yang harus mereka miliki?
Siapa kita dalam menentukan jam tangan apa yang harus mereka miliki?
Siapa kita dalam menentukan kasut sukan apa yang harus mereka miliki?
Siapa kita dalam menentukan jenama stroller apa yang harus mereka miliki?
Siapa kita dalam menentukan majlis perkahwinan apa yang harus mereka miliki?
Siapa kita dalam menentukan seramai mana anak yang harus mereka miliki?

YA, kita tidak setuju kerana PANDANGAN kita berbeza.Kita tidak setuju kerana ianya bukan KEGEMARAN dan KEUTAMAAN kita...Bila tak setuju, susah untuk kita menghulur walau sesen dua bukan? Oleh itu, cukup jika kita GEMBIRA dengan mereka. CUKUP

Tribute to PAPA 1

::Assalamualaikum::


Saya ialah sejenis manusia yang tidak gemar bercerita mengenai sesuatu yang mendukacitakan. Kalau pun saya cerita, hanya pada seseorang yang amat RAPAT, itupun setelah hal itu BERLALU dan telah DISELESAIKAN. Saya tidak pandai bercerita serta mengadu domba mengenai masalah yang saya hadapi. Segalanya akan saya ceritakan apabila segalanya SELESAI. Begitu juga halnya apabila Arwah Ayah saya jatuh sakit dan di diagnose menghidap penyakit kronik pada bulan Januari 2012. Saya adalah orang pertama yang mengetahui hal ini dari bakal suami saya (Suami saya sekarang) berikutan tindakan saya mengambil gambar laporan makmal dan merujuk kepada beliau. Pada ketika itu, hanya doa yang dapat dipanjatkan,semoga segalanya tidak benar dan berharap keajaiban berlaku. Sebelum saya bertunang,sekali lagi, report mengenai penyakit ayah meruntun jiwa di mana segalanya telah terjawab. Saya mendapat pangilan telefon dari kakak ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, ketika itu saya menumpang kereta kawan sekerja. Ketika itu wajah saya kosong, tiada riak wajah sedih mahupun kecewa yang dapat saya paparkan. Sejurus saya sampai ke rumah, saya bergegas mengambil wuduk dan solat. Ketika solat perasaan sedih terus menyelubungi hingga saya menangis teresak-esak. SEDIH. KECEWA & MARAH..Kenapa AYAH?Kenapa AYAH, seorang yang menjaga makannya, tidak merokok serta rajin berkebun mengeluar peluh menjadi mangsa kepada penyakit kejam ini? 


Ketika saya bertunang, ayah masih mampu bercakap,ketawa serta melakukan aktiviti harian beliau. Tapi semakin hari, keadaan ayah semakin teruk..Pada April, ayah hanya mampu terbaring di atas katil. Semakin hari semakin hilang gelak tawa serta senyuman dari bibir ayah. Semakin hari semakin hilang suara ayah yang suka berjenaka dan menyanyi. Semakin hari, hanya isyarat mata saja yang ayah mampu  berikan kepada kami. Ketika itu, saya berada dalam keadaan serba salah, sebok dengan proses penyediaan untuk menempuh hari bahagia serta sedih melihat keadaan ayah. Apa yang harus saya lakukan dalam memastikan ayah cukup selesa di hari perkahwinan saya nanti? Kerana ayah terlalu letih untuk menerima pelawat serta tidak selesa dengan bunyi hingar bingar  nanti. Dan ibu, pastinya letih menguruskan urusan kenduri serta urusan ayah. 

ALLAH maha mengetahui dan hanya DIA sebaik-baik perancang. Tanggal 1 June 2012 ayah telah kembali mengadap Ilahi.Kami redha dengan pemergian ayah serta bersyukur diberi peluang menerima kehilangan ayah secara perlahan-lahan,serta diberi peluang menjaga ayah ketika sakit. Kami bagaikan telah bersedia disaat menerima berita pemergian beliau. Kami REDHA ayah. AL-FATIHAH


******
Arwah ayah saya seorang yang KELAKAR dan very SUPPORTIVE. Arwah suka melayan dan menyakat cucu-cucunya, serta tidak pernah meletakkan high standard pada anak-anak beliau. Cukup kalau anak-anaknya gembira dan mampu hidup tanpa menyusahakan orang lain. Saya mempunya koleksi cerita mengenai peribadi beliau,di mana akan saya ceritakan pada next post. Tribute to PAPA 2.Sekian.


Menagih "LIKE"

Like..Jika anda sayangkan ibu bapa anda. 
Like... Jika anda ingin admin upload episod ke-24.
Like...Jika anda berperikemanusiaan. 
Like...Jika anda sayangkan ISLAM.

Saya: What??/!!!%43%#@

Pada mulanya saya "termakan" juga dengan ayat tersebut. Perasaan serba salah mula menyelubungi diri. Rasa super duper kering hati, kejam, tak sensitif, sombong dan bermacam perasaan JAHAT. Namun apabila perkara ini makin hebat digunakan dalam proses memancing "LIKE" terutamanya  berkaitan AGAMA, saya mula bersikap KEJAM. Saya cuma "LIKE" di dalam hati sahaja. Because to me, YOU JUST A LIKER SEEKER, adik beradik kepada ATTENTION SEEKER.

Kalau niat nak letak gambar KA'ABAH untuk menagih "LIKE", apa maksudnya? People would like your photo,statement or status if it's DESERVE to be like.No need to mention..Like jika anda ada hati dan perasaan, LIKE jika anda sayangkan Rasulullah. Paling saya pantang bila gunakan agama untuk kutip "LIKE", bukan dengan niat nak berkongsi maklumat, tapi untuk kepuasan melihat bendera NOTIFICATION!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...