::Assalamualaikum::
Saya ialah sejenis manusia yang tidak gemar bercerita mengenai sesuatu yang mendukacitakan. Kalau pun saya cerita, hanya pada seseorang yang amat RAPAT, itupun setelah hal itu BERLALU dan telah DISELESAIKAN. Saya tidak pandai bercerita serta mengadu domba mengenai masalah yang saya hadapi. Segalanya akan saya ceritakan apabila segalanya SELESAI. Begitu juga halnya apabila Arwah Ayah saya jatuh sakit dan di diagnose menghidap penyakit kronik pada bulan Januari 2012. Saya adalah orang pertama yang mengetahui hal ini dari bakal suami saya (Suami saya sekarang) berikutan tindakan saya mengambil gambar laporan makmal dan merujuk kepada beliau. Pada ketika itu, hanya doa yang dapat dipanjatkan,semoga segalanya tidak benar dan berharap keajaiban berlaku. Sebelum saya bertunang,sekali lagi, report mengenai penyakit ayah meruntun jiwa di mana segalanya telah terjawab. Saya mendapat pangilan telefon dari kakak ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, ketika itu saya menumpang kereta kawan sekerja. Ketika itu wajah saya kosong, tiada riak wajah sedih mahupun kecewa yang dapat saya paparkan. Sejurus saya sampai ke rumah, saya bergegas mengambil wuduk dan solat. Ketika solat perasaan sedih terus menyelubungi hingga saya menangis teresak-esak. SEDIH. KECEWA & MARAH..Kenapa AYAH?Kenapa AYAH, seorang yang menjaga makannya, tidak merokok serta rajin berkebun mengeluar peluh menjadi mangsa kepada penyakit kejam ini?
Ketika saya bertunang, ayah masih mampu bercakap,ketawa serta melakukan aktiviti harian beliau. Tapi semakin hari, keadaan ayah semakin teruk..Pada April, ayah hanya mampu terbaring di atas katil. Semakin hari semakin hilang gelak tawa serta senyuman dari bibir ayah. Semakin hari semakin hilang suara ayah yang suka berjenaka dan menyanyi. Semakin hari, hanya isyarat mata saja yang ayah mampu berikan kepada kami. Ketika itu, saya berada dalam keadaan serba salah, sebok dengan proses penyediaan untuk menempuh hari bahagia serta sedih melihat keadaan ayah. Apa yang harus saya lakukan dalam memastikan ayah cukup selesa di hari perkahwinan saya nanti? Kerana ayah terlalu letih untuk menerima pelawat serta tidak selesa dengan bunyi hingar bingar nanti. Dan ibu, pastinya letih menguruskan urusan kenduri serta urusan ayah.
ALLAH maha mengetahui dan hanya DIA sebaik-baik perancang. Tanggal 1 June 2012 ayah telah kembali mengadap Ilahi.Kami redha dengan pemergian ayah serta bersyukur diberi peluang menerima kehilangan ayah secara perlahan-lahan,serta diberi peluang menjaga ayah ketika sakit. Kami bagaikan telah bersedia disaat menerima berita pemergian beliau. Kami REDHA ayah. AL-FATIHAH
******
Arwah ayah saya seorang yang KELAKAR dan very SUPPORTIVE. Arwah suka melayan dan menyakat cucu-cucunya, serta tidak pernah meletakkan high standard pada anak-anak beliau. Cukup kalau anak-anaknya gembira dan mampu hidup tanpa menyusahakan orang lain. Saya mempunya koleksi cerita mengenai peribadi beliau,di mana akan saya ceritakan pada next post. Tribute to PAPA 2.Sekian.
No comments:
Post a Comment