::Assalamualaikum::
Alhamdulillah, saya sudah pun mendapat pekerjaan. Walaupun pekerjaan saya tidak sepenting dan sehebat pekerjaan saya dahulu, tapi saya bersyukur kerana ianya tidak menganggu emosi dan masa bersama suami. Gajinya? cukuplah untuk saya beri sedikit wang saku kepada Emak serta buat belanja bila pulang ke Semenanjung. Saya hanya bekerja pada Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Masa yang diperuntukkan hanyalah 2-4jam sehari, jarak dari tempat kerja dekat,mesti anda tertanya-tanya apakah pekerjaan yang saya maksudkan bukan?Tada....Cikgu Tuisyen!! Alhamdulliah akhirnya saya dapat mengajar, kerana saya amat suka mengajar dan pada masa yang sama saya dapat bergaul dengan orang Sabah. Seperti kata suami, "Kalau gaji sikit pun tak apa, yang penting saya nak awak gain the experience, experience work with Sabahan people, be friends with them and yang penting anggap kerja ni sebagai IBADAH, amal jariah". Terima kasih kerana memahami isteri mu :). Suami pernah berkata, if he not married and plan to have a family, he would joint MAKNA and be a part of MISI KEMANUSIAAN, mungkin sekarang beliau berada di Palestin atau Rohinya, paling tidak di Aceh. Dapat saya bayangkan bagaimana rupa beliau, mesti berjambang-jambang dan berambut seperti sainstis.HAHAHAH... Mahapppp.
Ala tomei-tomei
No comments:
Post a Comment