Suami Isteri Lengkap Melengkapi...

::Assalamualaikum::

Kau begitu sempurna, di mataku kau begitu indah. Kau membuat  trretttttt..Nampak sangat menipu lagu ni. Mana ada yang sempurnakan? Hidung reben, dagu pisang, gigi macam jagung tua,macam ni dikatakan sempurna?Hmm..mungkin saya tak sempurna di mata Hugh Jackman, tapi saya sempurna di mata suami saya,itu sudah memadai! ngeh..ngeh*En.Suami sila back up isteri anda.

Hahahah, sebenarnya saya nak ulas mengenai character suami isteri yang tingal dibawah satu bumbung dan bagaimana kita saling lengkap melengkapi. Baru-baru ini saya ada terjumpa satu web yang megulas mengenai  character manusia berdasarkan WARNA, rasanya web ini ada kaitan dengan buku The People Code by Dr Taylor Hartman, nama web ini ialah Color Code . Sebelum saya pergi lebih jauh, mari saya terangkan sedikit apa yang dimaksudkan character dan warna. Di dalam buku The People Code, penulis mengaitkan peribadi / karakter manusia ini berbeza dan unik mengikut warna tertentu melalui ujian personaliti. Warnanya ialah MERAH, BIRU, PUTIH dan KUNING *jangan nak mintak warna selain warna ini ok, hijau pucuk pisang, merah-merah delima semua tak layan!*, masing-masing punyai sifat-sifat tersendiri antaranya ialah: 

RED Motive (Power) : Need to look good technically, be right, and be respected. They are strong leaders and love challenges.Red are the power wielders.The ability to move from point A to point B and get things done, is what motivates and drives these people. They bring great gifts of vision and leadership and generally are responsible, decisive, proactive and assertive.
BLUE Motive (Intimacy) : Need to have integrity and be appreciated. They are focused on quality and creating strong relationships.Blue are the do-gooders. Intimacy: connecting, creating quality relationships and having purpose, is what motivates and drives these people. They bring great gifts of quality and service and are generally loyal, sincere, and thoughtful. 
WHITE Motive (Peace) : Need to be accepted and treated with kindness. They are logical, objective, and tolerant of others. White are the peacekeepers. Peace: the ability to stay calm and balanced even in the midst of conflict, is what motivates and drives these people. They bring great gifts of clarity and tolerance and are generally kind, adaptable, and good-listeners.
YELLOW Motive (Fun): Need to be noticed and have fun. They love life, social connections, and being positive and spontaneous.Yellow are the fun lovers. Fun: the joy of living life in the moment, is what motivates and drives these people. They bring great gifts of enthusiasm and optimism and are generally charismatic, spontaneous, and sociable.


*Maaf saya tak translate, takut maksudnya tak sampai. 

Okay, dari ke empat-empat warna tersebut?Apakah warna anda dan bakal/suami anda? In my case, my husband is YELLOW and I am BLUE. Kalau di lihat locker zaman saya belajar dulu, semuanya teratur, baju kuliah, seluar, t-shirt, baju tidur, tudung semua tersusun rapi mengikut barisan masing-masing, sampai ada rakan-rakan yang menegur almari saya kemas.Petua saya mudah, dah ambil simpan semula di tempat asal, pasti KEMAS .Namun saya tidaklah sekritikal sesetengah BIRU * iaitu Mak saya..Bagi saya cukup kelihatan kemas dan tersusun.Saya juga sejenis yang merancang setiap aktiviti harian saya, seperti esok nak pergi kerja nak pakai baju apa, sedangkan baru keluar pergi keje, tak pun saya sudah memikirkan tengahari esok nak masak apa, sedangkan baru lepas masak makanan tengahari untuk hari ini. Suami saya sendiri letih dengan sikap saya, sehinggakan beliau mengelar saya Puan 10 Tahun Akan Datang.Heheheh. Manakala sikap suami saya pula..let's go with the flow, no worries, let's wait the mood come.... *Muka tunggu mood macam Pou...hahaha funny.Oleh itu, kami saling lengkap melengkapi..suami suka buat SEMAK, saya tukang KEMAS, suami suka buat LAWAK saya tukang KETAWA, saya jenis yang nak semua SEMPURNA, suami tolong COOL DOWN, saya jenis semua nak kena CEPAT dan ON TIME, suami tolong LENGAHKAN, saya jenis cepat TENSION, suami tolong REDAKAN keadaan, saya jenis semua nak TERANCANG, suami tolong cetuskan idea-idea yang SPONTAN . Dan kalau diamati, saya melengkapi jadual dan perancangan harian suami yang sentiasa sibuk, manakala suami mengajar saya tu have fun in life and appreciate everything in life!!

So,kawan-kawan diluar sana, apa lagi?Cepat analisa warna karakter anda dan suami supaya kita lebih memahami dan menghargai kelebihan masing-masing. Selamat melengkapi pasangan anda. Sekian.


 
Muka POU tunggu mood..*Come to me mood, come to PAPA.

. 


Majlis Perkahwinan

Selamat Pengantin Baru kepada kawan-kawan saya yang baru berkahwin atau bakal berkahwin tidak lama lagi. Taniah bertemu jodoh dan semoga kekal ke akhir hayat.

Cuti sekolah bulan 5 bakal menjelma, kanak-kanak, ibubapa dan semua orang *termasuk yang BUJANG telah merancang aktiviti masing-masing. Ada yang pergi bercuti, ada yang balik ke kampung, ada yang menghantar anak ke kelas tambahan dan tidak kurang juga yang mengambil kesempatan untuk melansungkan perkahwinan. Rupanya Malaysia ini mempunyai banyak musim, antaranya musim RAYA, musim CUTI, musim BUAH serta musim KAHWIN.heheheh..

Saya telah menerima banyak undangan perkahwinan dari rakan-rakan seuniversiti . Tapi....apakan daya, saya tidak dapat menghadiri majlis tersebut,kerana kita terpisah oleh jarak dan waktu...eceehhh. Maaf ya kawan-kawan. Kalau nak di ikutkan, last saya makan nasi kenduri ialah pada  7 bulan  lepas, di majlis perkahwinan saya sendiri..sob..sob..*nangis sedih* Sebabnya, saya macam sudah lupa rasa nasi kenduri,nasi kawah, nasi minyak..huhuhu* T.T

Okay, bila berbicara mengenai majlis perkahwinan, setiap orang mempunyai impian masing-masing. Ada yang nak buat di pantai, ada yang di taman, ada yang nak tukar baju sehingga 5-6 helai, ada yang tidak, ada yang nak bersanding, ada yang tidak..masing-masing punya impian bukan? Oleh itu, kita sebagai TETAMU hanya perlu pergi makan, senyum..dan mendoakan kebahagian mereka sahaja.SENANGKAN??

Seperti saya sendiri, perkara yang saya utamakan ialah BAJU PENGANTIN dan JURUGAMBAR * selain makanan semua*. Ini kerana, saya hanya mengunakan SEHELAI baju sahaja, baju itu lah baju AKAD NIKAH dan baju itu lah juga baju di PELAMIN. Ini kerana majlis saya sehari sahaja sesuai dengan perkataan RAJA SEHARI gitewww kan?Hahahha..Oleh yang demikian, kain yang saya gunakan agak $$$, begitu juga sampin si pengantin lelaki. Saya berkeras ingin membeli sampin bercorak bunga-bungaan dan berwarna-warni kerana ini akan dipakai selama mungkin, mungkin sehingga 10 tahun akan datang, dan ianya secocok dengan apa saja warna baju melayu.Tambahan pula,si suami ini memang tiada sampin, kalau ada pun sampin ketika beliau di MRSM dulu..yang warna hitam silver tu??Hmmm entah muat,entah tak.Hahhaha

Pelamin saya adalah hanya untuk mengambil GAMBAR dan yang penting ialah gambar KELUARGA. Alang-alang mengambil jurugambarkan? Saya juga tiada majlis BERSANDING, kerana memang tradisi keluarga saya begitu. Bilik pengantin hanya berhias biasa, tetamu tidak perlu mengjengah ke dalam bilik kerana saya berada dipelamin sepanjang hari *selepas akad nikah* dan hantaran disusun di hadapan pelamin untuk tatapan umum. Tiada acara potong kek, tiada silat, tiada yang pelik-pelik. Semuanya perkara asas dalam satu majlis perkahwinan. Alasan saya mudah, saya mahu mengurangkan KOS serta saya TIDAK BERKESEMPATAN untuk semua itu. Bagi sesiapa yang menguruskan majlis perkahwinan sendiri dengan mengunakan wang sepencarian, anda akan faham bagaimana penat, stress serta banyaknya duit dibelanjakan untuk hari bahagia itu. Bagi yang mendapat sponser dari KELUARGA atau SUAMI. BERSYUKURLAH..

Oleh yang demikian, apabila kita menghadiri sesebuah majlis perkahwinan, kawallah diri anda dari MENGKRITIK mahupun bercakap perkara yang menyakitkan hati si pengantin. SENYUMLAH dan gembirakanlah mereka.  THAT IS HER/HIS DAY...make them HAPPY.

*Nak buat ucapan sikit*

Terima kasih kepada kaum keluarga yang membantu menjayakan majlis.


Terima kasih kepada anak sedaraku!



Terima kasih kepada rakan-rakan

SABAR & SYUKUR Ada Masanya.

::Assalamualaikum::


Merujuk pada tajuk diatas, susah untuk saya uraikan apa yang terpendam di dalam hati ini. Kita kadang kala terlalu obses dengan sifat di atas sehingga menampakkan kebodohan diri sendiri. Ini kerana kita mahu nampak cool!!Saya akui,sifat SABAR itu adalah separuh dari iman??Tapi sabar yang bagaimana? Adakah dengan setiap kali kita pergi melakukan urusan di kaunter kerajaan dan keraninya bersembang pok pek pok pek dibelakang tapi hanya 2 kaunter dibuka instead of 4 counter that they have? Atau kita harus bersabar apabila menunggu number dipanggil sedangkan si berkenaan sedang bermesyuarat walaupun kaunter sudah dibuka?Apa yang harus saya klasifikasikan situasi sebegini?Samada SABAR atau DIPERBODOHKAN??Masih tak dapat?Mari saya berikan kes studi
 " Seorang isteri yang mempunyai suami kaki pukul dan kaki perempuan tetapi tetap menjalankan tugas dalam memberi nafkah.Masih perlukah si isteri ini BERSABAR demi mengharapkan syurga dan redha si suami?"


Begitu juga halnya dengan BERSYUKUR, ya..kita harus bersyukur. Tapi dalam Islam tidak mengajar kita bersyukur sehingga lupa untuk menaikkan potensi diri dan berjaya. Bersyukur dengan keputusan SPM 9C, kerana ada yang lebih teruk, keputusannya 9E!! Apakah dengan membandingkan keputusan kita dengan keputusan 9A+ itu mencerminkan bahawasanya kita ini spesis yang TIDAK BERSYUKUR?? Oleh itu rakan-rakan sakalian, saya sarankan, janganlah kita kita mengisi borang kenaikan gaji pada setiap tahun, kerana kita harus taat dengan prinsip bersyukur *Bahahhaah..nak tengok korang melenting ke tak! Konsep bersyukur ini perlu ada masa dan ketikanya. Dalam kita mengejar kemajuan dan penambahbaikkan dari segi ekonomi, modal insan dan pembagunan, seharusnya kita melihat negara yang jauh lebih maju dari kita. Lihat JEPUN, lihat KOREA lihat SINGAPURA..lihatlah sesiapa sahaja yang lebih tinggi dari kita.Namun apabila kita merasakan kita terlampau mendongak ke langit..turunkan sikit pandanganmu.Lihat ,PALESTINE, lihat IRAN..bersyukur dan berusahan ke arah lebih baik.Bukankah dalam Islam  terdapat kata-kata "Carilah harta seolah-olah kamu hidup selama 1000 tahun lagi, tetapi beramalah seolah-olah kamu akan mati keesokkan harinya..."-Rasulullah S.A.W  Bila terasa dirimu terlalu mengejar keduniaan, lihat yang berada dibawahmu..bila terasa dirimu terlalu lemah dan negatif, lihat siapa yang berada diatas mu. Baru berjaya.


Ini bila ada saja penambaikkan,pembaharuan..BERSYUKUR dengan apa yang ada. Mari saya ceritakan betapa bersyukurnya saya di dalam MALAYSIA ini terdapat pelbagai syarikat telekomunikasi. Dahulunya saya dan suami mengunakan MAXIS, servisnya teruk di Titi Teras mahupun di Shah Alam. Tambahan pula terlampau banyak hidden charge, tetiba bill melonjak sehingga RM300, dan lebih menyakitka hati mereka suka-suka hati block my line without any notice. Tiba-tiba tak boleh call out and send SMS.They treat me like an idiot, di sebabkan saya TIDAK BERSYUKUR, saya bertukar kepada DiGi. Walaupun pada dasarnya saya tidak yakin dengan DiGi , saya tetap juga meneruskan niat saya itu. Alhamdulillah..setiap kali pengunaan bill melebihi 50% mereka menghantar SMS untuk mengingatkan pengguna. Yang lebih penting tiada lagi masej-mesej sampah seperti:


"Jika ingin mengetahui jantina anak sila hantar ke 32999!! Mesej nak block line tak boleh pulak hantar...fgffftfkkk"
Jika selepas ini DiGi juga buat hal..saya akan berubah kepada CELCOM. Lihat..betapa untungnya kita jika terdapat pilihan dalam hidup.Betapa TIDAK BERSYUKURNYA saya menaiki penerbangan AIR ASIA sedangkan kita ada MAS. Betapa tidak bersyukurnya kita melanggan Hypp TV sedangkan kita ada ASTRO..bahahahhahahah..Oleh itu,akhir kata buatlah pilihan bijak!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...