Merujuk pada tajuk diatas, susah untuk saya uraikan apa yang terpendam di dalam hati ini. Kita kadang kala terlalu obses dengan sifat di atas sehingga menampakkan kebodohan diri sendiri. Ini kerana kita mahu nampak cool!!Saya akui,sifat SABAR itu adalah separuh dari iman??Tapi sabar yang bagaimana? Adakah dengan setiap kali kita pergi melakukan urusan di kaunter kerajaan dan keraninya bersembang pok pek pok pek dibelakang tapi hanya 2 kaunter dibuka instead of 4 counter that they have? Atau kita harus bersabar apabila menunggu number dipanggil sedangkan si berkenaan sedang bermesyuarat walaupun kaunter sudah dibuka?Apa yang harus saya klasifikasikan situasi sebegini?Samada SABAR atau DIPERBODOHKAN??Masih tak dapat?Mari saya berikan kes studi
" Seorang isteri yang mempunyai suami kaki pukul dan kaki perempuan tetapi tetap menjalankan tugas dalam memberi nafkah.Masih perlukah si isteri ini BERSABAR demi mengharapkan syurga dan redha si suami?"
Begitu juga halnya dengan BERSYUKUR, ya..kita harus bersyukur. Tapi dalam Islam tidak mengajar kita bersyukur sehingga lupa untuk menaikkan potensi diri dan berjaya. Bersyukur dengan keputusan SPM 9C, kerana ada yang lebih teruk, keputusannya 9E!! Apakah dengan membandingkan keputusan kita dengan keputusan 9A+ itu mencerminkan bahawasanya kita ini spesis yang TIDAK BERSYUKUR?? Oleh itu rakan-rakan sakalian, saya sarankan, janganlah kita kita mengisi borang kenaikan gaji pada setiap tahun, kerana kita harus taat dengan prinsip bersyukur *Bahahhaah..nak tengok korang melenting ke tak! Konsep bersyukur ini perlu ada masa dan ketikanya. Dalam kita mengejar kemajuan dan penambahbaikkan dari segi ekonomi, modal insan dan pembagunan, seharusnya kita melihat negara yang jauh lebih maju dari kita. Lihat JEPUN, lihat KOREA lihat SINGAPURA..lihatlah sesiapa sahaja yang lebih tinggi dari kita.Namun apabila kita merasakan kita terlampau mendongak ke langit..turunkan sikit pandanganmu.Lihat ,PALESTINE, lihat IRAN..bersyukur dan berusahan ke arah lebih baik.Bukankah dalam Islam terdapat kata-kata "Carilah harta seolah-olah kamu hidup selama 1000 tahun lagi, tetapi beramalah seolah-olah kamu akan mati keesokkan harinya..."-Rasulullah S.A.W Bila terasa dirimu terlalu mengejar keduniaan, lihat yang berada dibawahmu..bila terasa dirimu terlalu lemah dan negatif, lihat siapa yang berada diatas mu. Baru berjaya.
Ini bila ada saja penambaikkan,pembaharuan..BERSYUKUR dengan apa yang ada. Mari saya ceritakan betapa bersyukurnya saya di dalam MALAYSIA ini terdapat pelbagai syarikat telekomunikasi. Dahulunya saya dan suami mengunakan MAXIS, servisnya teruk di Titi Teras mahupun di Shah Alam. Tambahan pula terlampau banyak hidden charge, tetiba bill melonjak sehingga RM300, dan lebih menyakitka hati mereka suka-suka hati block my line without any notice. Tiba-tiba tak boleh call out and send SMS.They treat me like an idiot, di sebabkan saya TIDAK BERSYUKUR, saya bertukar kepada DiGi. Walaupun pada dasarnya saya tidak yakin dengan DiGi , saya tetap juga meneruskan niat saya itu. Alhamdulillah..setiap kali pengunaan bill melebihi 50% mereka menghantar SMS untuk mengingatkan pengguna. Yang lebih penting tiada lagi masej-mesej sampah seperti:
"Jika ingin mengetahui jantina anak sila hantar ke 32999!! Mesej nak block line tak boleh pulak hantar...fgffftfkkk"
Jika selepas ini DiGi juga buat hal..saya akan berubah kepada CELCOM. Lihat..betapa untungnya kita jika terdapat pilihan dalam hidup.Betapa TIDAK BERSYUKURNYA saya menaiki penerbangan AIR ASIA sedangkan kita ada MAS. Betapa tidak bersyukurnya kita melanggan Hypp TV sedangkan kita ada ASTRO..bahahahhahahah..Oleh itu,akhir kata buatlah pilihan bijak!!
No comments:
Post a Comment