::Assalamualaikum::
Kau begitu sempurna, di mataku kau begitu indah. Kau membuat trretttttt..Nampak sangat menipu lagu ni. Mana ada yang sempurnakan? Hidung reben, dagu pisang, gigi macam jagung tua,macam ni dikatakan sempurna?Hmm..mungkin saya tak sempurna di mata Hugh Jackman, tapi saya sempurna di mata suami saya,itu sudah memadai! ngeh..ngeh*En.Suami sila back up isteri anda.
Hahahah, sebenarnya saya nak ulas mengenai character suami isteri yang tingal dibawah satu bumbung dan bagaimana kita saling lengkap melengkapi. Baru-baru ini saya ada terjumpa satu web yang megulas mengenai character manusia berdasarkan WARNA, rasanya web ini ada kaitan dengan buku The People Code by Dr Taylor Hartman, nama web ini ialah Color Code . Sebelum saya pergi lebih jauh, mari saya terangkan sedikit apa yang dimaksudkan character dan warna. Di dalam buku The People Code, penulis mengaitkan peribadi / karakter manusia ini berbeza dan unik mengikut warna tertentu melalui ujian personaliti. Warnanya ialah MERAH, BIRU, PUTIH dan KUNING *jangan nak mintak warna selain warna ini ok, hijau pucuk pisang, merah-merah delima semua tak layan!*, masing-masing punyai sifat-sifat tersendiri antaranya ialah:
RED Motive (Power) : Need to look good technically, be right, and be respected. They are strong leaders and love challenges.Red are the power wielders.The ability to move from point A to point B and get things done, is what motivates and drives these people. They bring great gifts of vision and leadership and generally are responsible, decisive, proactive and assertive.
BLUE Motive (Intimacy) : Need to have integrity and be appreciated. They are focused on quality and creating strong relationships.Blue are the do-gooders. Intimacy: connecting, creating quality relationships and having purpose, is what motivates and drives these people. They bring great gifts of quality and service and are generally loyal, sincere, and thoughtful.
WHITE Motive (Peace) : Need to be accepted and treated with kindness. They are logical, objective, and tolerant of others. White are the peacekeepers. Peace: the ability to stay calm and balanced even in the midst of conflict, is what motivates and drives these people. They bring great gifts of clarity and tolerance and are generally kind, adaptable, and good-listeners.
YELLOW Motive (Fun): Need to be noticed and have fun. They love life, social connections, and being positive and spontaneous.Yellow are the fun lovers. Fun: the joy of living life in the moment, is what motivates and drives these people. They bring great gifts of enthusiasm and optimism and are generally charismatic, spontaneous, and sociable.
*Maaf saya tak translate, takut maksudnya tak sampai.
Okay, dari ke empat-empat warna tersebut?Apakah warna anda dan bakal/suami anda? In my case, my husband is YELLOW and I am BLUE. Kalau di lihat locker zaman saya belajar dulu, semuanya teratur, baju kuliah, seluar, t-shirt, baju tidur, tudung semua tersusun rapi mengikut barisan masing-masing, sampai ada rakan-rakan yang menegur almari saya kemas.Petua saya mudah, dah ambil simpan semula di tempat asal, pasti KEMAS .Namun saya tidaklah sekritikal sesetengah BIRU * iaitu Mak saya..Bagi saya cukup kelihatan kemas dan tersusun.Saya juga sejenis yang merancang setiap aktiviti harian saya, seperti esok nak pergi kerja nak pakai baju apa, sedangkan baru keluar pergi keje, tak pun saya sudah memikirkan tengahari esok nak masak apa, sedangkan baru lepas masak makanan tengahari untuk hari ini. Suami saya sendiri letih dengan sikap saya, sehinggakan beliau mengelar saya Puan 10 Tahun Akan Datang.Heheheh. Manakala sikap suami saya pula..let's go with the flow, no worries, let's wait the mood come.... *Muka tunggu mood macam Pou...hahaha funny.Oleh itu, kami saling lengkap melengkapi..suami suka buat SEMAK, saya tukang KEMAS, suami suka buat LAWAK saya tukang KETAWA, saya jenis yang nak semua SEMPURNA, suami tolong COOL DOWN, saya jenis semua nak kena CEPAT dan ON TIME, suami tolong LENGAHKAN, saya jenis cepat TENSION, suami tolong REDAKAN keadaan, saya jenis semua nak TERANCANG, suami tolong cetuskan idea-idea yang SPONTAN . Dan kalau diamati, saya melengkapi jadual dan perancangan harian suami yang sentiasa sibuk, manakala suami mengajar saya tu have fun in life and appreciate everything in life!!
So,kawan-kawan diluar sana, apa lagi?Cepat analisa warna karakter anda dan suami supaya kita lebih memahami dan menghargai kelebihan masing-masing. Selamat melengkapi pasangan anda. Sekian.
Muka POU tunggu mood..*Come to me mood, come to PAPA.
.
No comments:
Post a Comment