Assalamualikum
Maaf, agak lama saya tidak mengemaskini blog..maklum lah, sibuk berkempen sempena pilihanraya. Secara jujurnya, saya agak terkilan dengan keputusan pilihanraya kali ini, kerana ini kali pertama saya mengikuti secara serius kempen pilihanraya dari parti "sebelahnya". Mungkin ramai yang tidak berpuas hati kenapa saya memilih parti yang satu lagi. Kenapa?? Kerana secara jujurnya saya ingin melihat Malaysia yang "baru" setelah 55 tahun diperintah oleh parti yang sama. Saya ingin melihat kredibiliti dan corak pemerintahan mereka yang baru. Mungkin akan ada yang berkata..apa jaminan pimpinan "mereka" itu bagus? Ya..tiada jaminan yang dapat saya berikan, kerana semuanya bergantung kepada kepimpinan parti dan keredhaan Allah. Namun saya tidak takut untuk mencuba.
- Please stop using media as your own weapon. Kami mahu keterbukaan dalam penyampaian maklumat. Sila jemput pihak pencadang dan pembangkang dalam setiap forum yang anda bincangkan. Maka,biarkan kami rakyat Malaysia meneliti ,menilai serta mempersoalkan setiap hujah yang disampaikan samada ianya logik mahupun tidak.
- TELUS!Telus dalam menyampaikan maklumat contohnya pada hari keputusan pilihanraya, hanya kerusi yang dimenangi BN dan DAP sahaja yang disiarkan, sedangkan merujuk kepada malaysia.kini dan website lain, PKR serta PAS telah memenangi kerusi mereka sendiri, cuma ianya tidak disiarkan. Nampak tak permainannya di situ?
- Sila lakukan research atau survey dari setiap lapisan masyarakat sebelum sesuatu dasar dilaksanakan. Contohnya pada tahun 2011, kadar cukai 6% kad prabayar telefon bimbit diumumkan pada perbentangan belanjawan 2012 dan kemudianya dimansuhkan setelah mendapat tentangan daripada pelbagai lapisan masyarakat, khasnya yang berpendapatan rendah. Contoh yang lain, kebenaran pelajar membawa telefon bimbit..selang 3 bulan, diwartakan pula larangan pelajar membawa telefon bimbit????!!
- Tolong berhenti dari memberi kenyataan-kenyataan bodoh seperti :
Kebodohan apakah ini?? Setelah berpuluh-puluh tahun anda mencanang parti ini komunis, anti-melayu, anti-Islam, anti-virus,anti-bacteria tetiba nak bergabung??kah..kah..kah. Sekali lagi saya ingatkan..untuk memansuhkan hak keistimewaan orang melayu dan menukar agama Islam ke agama Kristian tidak semudah yang disangka..Mereka harus mendapat 2/3 kerusi parlimen dan mendapat perkenan Agong serta pelbagai proses .Mari kita mengkaji perlembagaan Malaysia!!
- Sila berhemah dalam membelanjakan wang rakyat *malas nak komen panjang-panjang..emo!!!
- Sila bagi ruang kepada pihak pembangkang mengunakan media untuk menjelaskan perkara yang berbangkit, so takdelah diorang terpaksa buat perhimpunan dan menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Realiti pilihanraya Malaysia, "Anda diberi pilihan samada untuk memilih biru atau hijau, namun jika anda memilih hijau, anda adalah sejahat-jahat manusia!!!!?" Lepas pilihanraya, TORCHER mereka yang tak menyokong Tsunami Cina, Pembunuh, jangan buat rumah mampu milik..balas dedam!!Terserlah KEMATANGAN!!
Kami mampu menerima kekalahan, tapi tidak penipuan yang dilakukan.SEKIAN!!
Link untuk melihat penipuan!
Selamat Menonton.
No comments:
Post a Comment