Assalamualaikum
Lama sungguh saya tidak mencecehkan? Pasti anda sudah rindu..kikiki *perasan. Okay, tajuk kali ini kelihatanya kurang sesuai memandangkan saya masih belum mempunyai anak bukan?Tapi, sebenarnya ini adalah hasil dari pemerhatian saya terhadap didikan yang abang dan kakak saya berikan kepada anak-anak mereka .Bagaimana memupuk sikap membaca dalam keluarga?
1. Pertama,ibubapa haruslah memainkan peranan dan contoh yang terbaik. Seperti kata perpatah, " Kids will do what they see, instead of what they listen". Kalau anak-anak selalu melihat kita mengadap Candy Crush dan Senetron , do you think they will get the book and read it? if yes!! (sah tertukar anak orang lain!!!LOL). So, parents need to change, bacalah apa saja buku kegemaran anda, samada novel cintan cintun , komik, buku seri penyiasatan, seri kemuning atau apa saja. Kalaupun anda rasa dengan membeli buku merupakan satu pelaburan yang merugikan,sekurang-kurangya bacalah suratkhabar ataupun Al-Quran . Dengan ini anak-anak akan melihat aktiviti membaca ini bukan satu perkara janggal dalam kehidupan mereka.
2. Didik anak dengan mengunjungi kedai buku setiap kali keluar membeli belah..MESTI!! Ini jatuh hukum WAJIB, seperti wajibnya anda mendapatkan STARBUCKS setiap kali ke mall, seperti wajibnya anda mendapatkan McFlurry di McD, seperti wajibnya anda ke tandas. Wajib jengah dan singgah ke kedai buku,tak kiralah apa jenama kedai buku tersebut, MPH,POPULAR,TIMES,Kedai Muafakat, Kedai Muhibbah (kenapa nama macam kedai mamak je?). Singgah bukan bermakna beli, WAJIB singgah tapi tak WAJIB beli. Aktiviti ini untuk membiasakan anak-anak dengan persekitaran di kedai buku serta ianya merupakan sesi suai kenal dengan pelbagai jenis buku. Tapi sebelum itu, anak-anak harus diterapkan dengan ilmu, tak semua boleh dibeli. Ini kerana,terdapat kanak-kanak yang akan meraung bergolek-golek jika apa yang dihajati tidak diunaikan. Pengalaman saya bersama anak-anak saudara saya di kedai buku amat mengembirakan. Bagaimana Fahim, pada ketika itu baru berusia 3 tahun akan mengendong buku BEN10 kegemaran beliau ke hulu hilir dengan harapan ayahnya akan membelikan buku tersebut walaupun pada ketika itu beliau masih belum boleh membaca. Bagaimana Faris dan Farhana akan mencari sudut paling terpencil untuk membaca buku kegemaran mereka sehingga habis.
3. Sediakan rak buku kanak-kanak
Sediakan rak buku khas bagi anak-anak anda, sebaiknya di bilik tidur. Ini kerana, anak-anak boleh memperuntukan 10-15 minit masa untuk membaca sebelum mereka tidur.
4. Bekalkan Buku
Bekalkan buku pada mereka, selitkan senaskah buku ke dalam bag mereka ketika pulang ke kampung, pergi bercuti mahupun ke rumah pengasuh.
5.Bercerita
Galakkan anak-anak bercerita mengenai buku yang mereka baca dan tanyakan soalan bagi merangsang kebolehan mereka berfikir secara kreatif dan kritis. Seperti mana yang pernah diceritakan oleh kakak saya, apabila ditanya kepada Farhana, "Kalau Farhana ada banyak duit, Farhana nak buat apa?". Jawapanya " Farhana nak pergi ke hutan Amazon"..Amazon???Ok, Che A'a Google....
6.Akhir sekali, hargai dan banggalah dengan anak-anak anda.
Dahulunya saya tidak gemar membaca, namun setelah usia meningkat dewasa dan melihat bagaimana abang dan kakak saya mempunyai anak yang gemar membaca,(Akmal telah membaca buku mengenai pahlawan Islam, Muhammad Al-Fatih pada usia 11 tahun) maka saya tekad...saya tekad untuk mencari pasangan yang gemar membaca..bahahaha. Alhamdulillah, Allah kurniakan saya seorang suami yang gemar membaca, bukan setakat buku..namun semuanya.Semua yang menyerupai teks,karangan serta yang berupa tulisan. Pada awal perkahwinan, saya agak pelik, kenapa suami saya gemar membaca Wikipedia ketika menonton TV. Rupanya, setiap kali ada info baru tersiar di televisyen, beliau dengan pantas akan mencari maklumat mengenainya.(Sungguh pelik!) Suami juga berjaya mendidik saya dengan mengunakan TIP nombor 2, dari seorang yang gemar bersuai kenal dengan barangan di parkson/metrojaya, kini berubah kepada seorang yang wajib mengunjungi Times. Sekarang saya harus berubah, berubah dari seorang yang membaca buku mengenai politik,self-help dan philosophy kepada buku parenting. Walaupun saya belum mengandung, tapi saya harus bersiap sedia dari sekarang. 9 bulan bagi saya adalah tidak mencukupi bagi memenuhi info mengenai keibubapaan. Itu belum tolak morning sickness, bengkak kaki, sakit belakang, mood swing, product hunting dan segala macam (maklumlah Pn.10 tahun akan datang). Sekiranya anda masih lagi dibelenggu dengan fahaman sesat membeli buku itu membazir,anda boleh membaca laman sesawang yang menerangkan rencana-rencana menarik dan percuma seperti Minda Tajdid, Anas Alam Faizli, The Color Code, Projek Dialog dan bermacam lagi. Selamat membaca!!
p/s: Pssst resit pembelian buku boleh ditolak cukai pendapatan,jadi membeli buku tidaklah merugikan!
No comments:
Post a Comment