::Assalamualaikum::
Korang suka barang mewah dan berjenama tak?Tak suka??Eleh tak payah nak tipulah. Mesti suka kan?Kan?Tak dinafikan, siapa sahaja pasti inginkan barangan berjenama dan mewah, rumah mewah, kereta mewah, telefon bimbit terkini, baju berjenama, bak kata semuanya harus ada nama. Saya juga begitu, malah saya akui perangai ini kadang kala sukar dikawal kerana ketika itu nafsu menguasai diri. Tapi kita sebagai manusia harus bijak, bijak dalam menentukan yang mana harus ada NAMA atau yang mana kita boleh...hantam saja.
Setiap orang mempunyai pandangan berbeza, bagi saya, barangan yang berjenama harus diperuntukkan kepada barangan yang kita akan pakai selama mungkin (anggaran minimum 5 tahun). Contoh perabot, stroller yang akan diguna dari anak pertama hingga terakhir, barangan elektrik, kasut sukan,sunglasess, jam tangan, sampin (setakat ini, ini saja yang mampu saya fikir). Saya tidak memerlukan beg tangan mewah seperti CHANEL, LV, PRADA,FENDI,COACH memandangkan saya hanya berurusan dengan rakan sepejabat, kaunter pertanyaan, kaunter pos dan bank,pakcik parking,adik McD dan Tesco staff. Saya tidak memerlukan kasut yang macam durian (Louboutin), untuk diambil gambar pose OOTD di Instagram (Outfit Of The Day...thanks Mak Ander Group untuk pencerahan ini), saya tidak memerlukan ini semua memandangkan saya tidak berurusan dengan orang kenamaan serta ahli selebriti. Dan yang paling penting, saya tidak MAMPU untuk semua ini. Oppss..sebelum itu kita harus fahami apa itu maksud mampu, mampu membawa maksud, untuk membeli semua barang berjenama mewah tersebut, kita tidak perlu mengikat perut untuk makan, kita tidak perlu berkira-kira dengan elaun bulanan ibubapa kita dan kita tidak perlu pinjam meminjam/creditcard. Mungkin akan ada yang cakap saya dengki, "Biarlah..duit kami, Siapa Anda Dalam Menentukan Hak Orang Lain"..Maaf, itu tidak termasuk dalam kategori yang harus saya dengki. Kalau anda adalah salah seorang dari activist Dapur Jalanan , Telekung Project mahupun TFTN saya akan dengki. Kalau anda telah menjelajah seluruh Asia dan Eropah, saya akan dengki. Kalau anda boleh membaca 50 naskah buku dalam setahun, saya akan dengki. Kalau anda mampu melakukan solat Dhuha setiap pagi, saya akan dengki.
Pada pandangan saya, mereka yang terlampau obses dengan barangan mewah (bagi golongan bawahan, golongan pertengahan seperti article di bawah) adalah mereka yang lack of self esteem.People who seek attention, acknowledge and appreciation from the high class society. Namun,kita tidak dapat menyalahkan mereka seratus peratus dalam hal ini, ini kerana masyarakat kita terlampau memandang kepada material daripada ilmu/pengalaman yang ada pada seseorang itu. Kita lebih melihat kepada rupa paras seseorang sebelum memulakan salam perkenalan, kita lebih memandang kepada bag apa yang dikendong sebelum melayan pelanggan, kita lebih memandang kepada kereta apa yang dibawa sebelum membuka pintu hotel. Kita memandang sinis mereka yang menaiki bus dari mereka yang berkereta . Ini adalah realiti rakyat Malaysia.
Golongan apakah anda?
Jelas sekali,kaum wanita lebih ramai terjerumus dalam masalah sebegini berbanding kaum lelaki, ini mungkin selaras dengan anggapan bahawa nafsu perempuan itu sembilan,akalnya satu.Nafsunya suka bercerita, nafsunya suka menunjuk, nafsunya suka dipuji dan pelbagai nafsu lagi. Sehinggakan kadang kala mencetus pergaduhan di Instagram. Yang tidak dapat saya terima ialah, bila barangan tersebut terpampang sebesar alam JENAMAnya, siap blink blink and sometime it's come with brand printed skin. Seolah-olah...aku KAYA,aku KAYA..TREAT ME WELL AS ORANG KAYA.OMG!!!.Hidup ini bukan setakat kerja, dapat gaji, shopping, minum Starbucks and tidur. Come on, we need more than this to our beloved MALAYSIA. Get a life!
Manusia paling tinggi self esteem yang pernah saya kenali ialah suami saya, mengayuh basikal pak tua dari tingkatan 1 hingga 3, membawa bekal air botol coca-cola, jelajah Europe dengan hanya berselipar jepun,bag,baju,seluar,kasut sukan semua product of Giant. Somehow, I think I need to groom him...hmmmm and that the beginning of the argument. "Kat Giant pun tahan lama"," Kat Giant lagi murah" semua Giant. Haahhahah.. dan di sebabkan saya mempunyai kelebihan, iaitu power of persuasion beliau telah termakan hasutan saya dengan membeli kasut sukan ADIDAS. Akibatnya, beliau melompat tidak berhenti - henti, sehingga kadang-kala melakukan aksi terlarang seperti menekan butang lift dengan mengunakan kaki akibat terlampau teruja dengan keselesaan kasut tersebut. Muahahahha..such a big kid.
Akhir kata, tak semua barang mewah itu perlu dan tak semua barang itu perlu mewah. Rancanglah keperluan anda, dan apa pun pilihan yang anda lakukan. I'm HAPPY for you.
No comments:
Post a Comment