Tak sabar..Tak sabar..Tak sabar..Tak sabar

Acehh..tajuk dekat atas tu ayat siapa?Ceteka?Jawapan betul saya bagi hadiah...Hahaha,Lisa Surihati dalam Istanbul Aku Datang. Tapi jangan salah faham, entry kali ini bukan reveiw pasal filem Istanbul Aku Datang ..tapi cerita pasal kucing. Sejak-sejak suami sibuk memanjang dengan exam department baru ni,terasa sunyi sangat di rumah. Tambah kadang-kadang dalam seminggu beliau tiada cuti, maka lagi lah bosan..nak bercakap dengan siapa pun tak ada. Oleh itu saya terfikir untuk membela sesuatu ..aishh, NO..NO.. bukan membela, BELAAN itu..nak bela sesuatu benda hidup dalam rumah ni, boleh la sembang-sembang. Suami suruh tanam pokok, macam ok gak, tak perlu penjagaan yang rapi..letak di sebelah tingkap,kena matahari, jirus air..da hidup.Tapi kalau sembang, memang tak ada feedback la kan?Nak peluk-peluk, nak cubit-cubit tak ade la kan?Takkan nak pokok gelak terkekek-kekek lah..uishh,takottt!Pilihan kedua..ikan,suami suruh bela ikan dalam akuarium.Katanya boleh memberi ketenangan jiwa bila tengok dia berenang..hmmm,tapi nanti nak kena cuci akuarium, nak kena tukar air..leceh la *Banyaklah alasan kau Sarah,cakap je la kau da ada pilihan hati* Yesss.,sebenarnya memamg saya punya pilihan hati *Eceh,macam nak kahwin* iaitu kucing  mueheheh..Of course la,dengan kucing boleh gomol-gomol,boleh sembang meoww..,meowww, boleh bawak tidur sekali kalau suami shift malam, pokok ikan tak oleh kan??Takkan nak bawak pasu bunga, akuarium atas katilkan?kan? # nak menang jugak. 

Semangat, tak semangat nak bela kucing, siap study jenis-jenis kucing hokey! Tapi ramai orang suka bela Persian Cat kan?Tapi korang perasaan tak, kucing jenis ni, bermuka mashemmm kan?satu lagi muka pemalas...bahahhaha.


Yang ni okay lagi...


Adoii aiii, mashheemnya muka ko!!



Hei,pemalas..bangun!Cari kayu!!!

Dan sudah semestinya kucing jenis ni susah nak jaga bulunya dan kurang sesuai untuk yang ada anak kecil di rumah.Bulunya memang memerlukan penjagaan rapi, kena selalu groooming, selalu mandikan dan make sure keringkan bulunya. Adoi, banyaknya keje.Rambut gua pun gua jarang sikit, inikan pula rambut kucing ;)

Kucing yang comelnya lebih kurang Persian, ialah Maine Coon. Tapi kucing jenis ni, lasak. Suka memburu, dan bukan sejenis "Lap Cat" berbeza dengan cik adik yang kat atas tu, manja dan kuat tido.Hihihi..tapi kalau lihat ekor kucing ni, macam ekor musang..jom tengok gambo.

Maine Coon cat by Tomitheos.JPG
Perghhh,gagahkan?Gaya mutu keunggulan ni.


Yang jenis ni, muka nak macho aje..tgk yang bawah ni.


Garangkan muka dia. Hmmm...next

Okay, sekarang dah masuk jenis kucing kegemaran saya, iaitu Scottish Fold dan British Shorthair. Kedua -dua jenis kucing ini kelihatan seperti sama, tapi tak serupa..jom tengok.

Scottish fold ni ada dua jenis, satu telinga telungkup macam ni,

Bergaya atas Scottish cushion lagi you!!

  

Yang ini jenis terbuka.


Owhh..shewwitttt,Tororo main sampai tidur..*Dah ada nama pilihan ok!!*

Kucing jenis ini suka tidur menelentang dan penyanyang,juga cergas berbanding si atasssss..nun.kiki *tak pasal je Persian kan??*Dan kalau korang tahu, ada satu video di YouTube kisah seekor kucing bernama Maru , owner dia cakap dia berbaka Scottish Fold,tapi saya nampak macam jenis British Shorthair..


Rasa macam nak gomol-gomol sampai kena cakar!!

British Shorthair pula, sejenis  kucing yang bijak, femes  di dalam filem satu ketika dulu, suka bermain,tidak terlalu manja,  boleh tolarate dengan haiwan lain dan sesuai jika ada anak dirumah. Penjagaannya tidak seleceh Persian, lebih kurang Scottish Fold..ntahlah..perangai Scottish pun lebih kurang, tak dapat nak beza..jom tengok gambor dia plak.

File:Catbalu Cuddleton british shorthair.jpg
Grrrr..sexy you!


File:Jack Flash blue bicolour.jpg
Kaki pakai socks!!


File:Dilute calico British Shorthair.jpg
Anom..nommm

Lihat, kami baikkan??

Macam Maru kan?Tak pandai nak beza lagi..bulu dia mampat dan padat rasanya, macam karpet. Kiki...Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari..apartment aku tinggal ni, NO PETS ALLOWED...berkuburlah hasrat ku nak bersembang dan bergomol dengan kucing. Tunggu duduk rumah atas tanah lah ye Puan Sarah....


Siapa cakap surirumah asyik tengok TV?

Siapa cakap??Meh nak cili mulut dia orang. Tengok tajuk je dah tahu penulis ni jenis emotional kan??Hemo..hemo..kiki. Betul, walaupun saya suri rumah sepanjang masa, namun jarang sekali saya menonton TV,,,mungkin sebab rumah saya tiada ASTRO?? mungkin juga la..kami pernah terfikir nak pasang ASTRO..tapi bila memikirkan semua channel nak tengok..tambah dengan bayaran tidak berpatutan, ditambah cerita asyik ulang 300 juta kali * ayat suami*, coverage yang tak pernah nak upgrade time hujan...dan paling tak boleh blah...prime time untuk channel RIA, pukul 9 p.m - 11 p.m cerita INDON what the?....cerita best-best, dia simpan dalam MUSTIKA, contoh..Adam & Hawa...sekali lagi, what the?...membuatkan kami hold this. Oleh itu, hadap aje lah channel yang ado...da sombong sangat kan??Di sebabkan hal demikian, kekerapan saya menonton TV hanyalah pada kadar 3-4 jam sehari..saya ulangi,sebagai seorang suri rumah. Jangan di bandingkan dengan orang yang kerja okay!!! Rutin harian, bangun pukul 5.30 pagi, solat dan sediakan sarapan untuk suami, pukul 6.15 hantar suami di pintu..Pastu ,aktiviti bebas...ngehhh..ngehhh..kalau time rajin..iron baju untuk stock 2 minggu, kalau lagi rajin
,lap lantai, kalau super rajin..cuci peti ais...Kalau malas, jangan di tanya...ZzzZzzZZz ...cause dalam hati *mane aci, kat semenanjung pukul 6.30 a.m ni..gelap gulita lagi.... tdooo...kesimpulannya TV OFF. Pukul 12 p.m saya ON kan TV sebab ada cerita " Oh, My Lady" di NTV 7, lepas tu OFF...aktiviti bebas...Sampai pukul  5 p.m, ON semula..cerita Korea TV2 *dah habis dah cerita tu semalam,sampai ke akhir tak tahu tajuk cerita tu*. Kemuadian OFF sampai la pukul 9.p.m..berita TV 3 jangan cakaplah..dah tak rasa ianya sejenis berita, sebab banyak sangat slot. Tengah-tengah berita, ada dokumentari pembuatan bola sepak takraw, tak pun dokumentari mari melawat Langkawi...dah rasa macam menonton Majalah 3.Dan sudah semestinya waktu malam my husband's turn..

So, boleh dikira..berapa jam sangatlah waktu yang saya peruntukan untuk menonton TV..itu belum tolak iklan bagai * Gila berkira kau Sarah...*. TAPI!!! jangan ditanya berapa jam saya peruntukan dalam sehari dengan INTERNET...tettt..tettt...tak terkira.So, bila husband saya buat lawak nak pindah ke kampung pendalaman Sabah, soalan pertama yang terpacul " ADA INTERNET COVERAGE TAK?".......

Penyejuk Hati

:: Assalamualaiakum ::

Selamat hari Ahad..sekejap sahaja masa berlalu rasanya.Tup..tup sudah hari Ahad....lolololo * rasa mcm esok keje. Hari ini saya memilih untuk tidak menyambung episod Ceritera Sinta kerana ada cerita lebih penting yang nak diperkataan. Apa tu??......

Selama 27 tahun ini, saya membaca Al-Quran dengan mengunakan Al-Quran versi biasa, maksudnya tiada terjemahan ataupun tafsir. Namun sejak saya mendapat hadiah perkahwinan daripada abang dan kakak ipar saya iaitu senaskah Al-Quran , saya telah merubah tabiat saya dengan membaca terjemahan. Apa yang boleh saya katakan..perasaan membaca Al-Quran terjemahan amat berbeza jika di bandingkan Al-Quran versi biasa. Membaca tanpa memahami isi kandungannya, ternyata sesuatu yang merugikan. Perasaan membaca ayat-ayat suci bersama makna dan kisah yang tersirat membuatkan kita seolah-olah sedang berbicara dan mendengar cerita yang indah sekali dari Allah yang maha agung. Surah pertama yang saya baca ialah surah Al-Kahf, di dalam surah tersebut terdapat pelbagai kisah, antaranya ialah kisah Ashabul Kahfi, kisah Nabi Khidir dan pelbagai lagi. Boleh di katakan juga, dalam setiap surah terdapat ayat-ayat berbentu soalan, apabila soalan diajukan, ternyata satu perasaan malu tiba-tiba menjengah..bertapa kerdilnya kita sebagai hamba, bertapa riaknya kita sebagai manusia, bertapa sombongnya kita dengan nikmat Allah, bertapa berkiranya kita bila melakukan ibadat kepadanya..bertapa angkuhnya kita sesama manusia....Alhamdulliah, akhirnya saya mendapat sesuatu yang baru, dari membaca sahaja tanpa memahami isi kandunganya setiap malam, membaca dengan semangatnya setiap kali Ramadhan..kali ini saya baca dengan memahami setiap bait-bait ayat yang diturunkan oleh Allah..MasyaAllah ia sesuatu yang amat manis, Terima kasih kepada abang dan keluarga di atas hadiah yang bermakna dan syukur kepada Allah. Oleh itu kawan-kawan, marilah kita berubah dari membaca Al-Quran versi biasa kepada Al-Quran yang mempunyai terjemahan, cause it's really sweet!!!

Ceritera Sinta Episod 3

Wahhh...siap berepisod-episod siot* Owh My Malay* dah macam sinetron lak ai rasanya, kih..kih. Ha!hari ni nak cerita mengenai apa ya??Kita cerita pasal goodies bag..apa barang yang nak letak dalam bag tu, apakah fashionnya dan bagaimanakah rupa kad kahwin nanti. Okay, first of all, kita mesti kena pilih warna tema,kan?Untuk majlis ni, warna tema saya ialah Tiffany Blue..wah, perasan Mat Saleh. Warna ini telah dipilih sekian lama sebelum adanya calon untuk berkahwin teeheee..biru + putih. Tapi masa tu belum pilih secara specific what type of blue. Maklumlah biru ni banyak jenis, biru muda, biru tua, biru air laut, biru langit biru mata hitamku..kehkeh. Setelah research dilakukan, maka I decide Tiffany Blue..mesti kengkawan nak tahu macam manakah warna tersebutkan?Okay mari saya tunjukkan...






Ha..macam inilah,sejuk je mata. I Loikeee

Okay, now looking for something that have this type of color...balik keje google, cuti tak balik kampung google..google, hantar email dekat tunang, buat proposal..siap harga semua dan tunggu approval from him. Tapi ada je yang tak di approve pun kita beli..keh..keh. Dah cantik sangat..mahap :) Saya akan lekatkan gambar bersama link website kedai tersebut okay. Mari ikut saya..


with this ring favor boxes

with this ring elegant icon favor box

wedding favor box

Kotak untuk isi telur, siap dapat cincin lagi you!!
Next..

kotak cenderahati perkahwinan
Kotak putih bersih untuk isi kerepek, wajid dan lain..kotak itu akan dilekatkan sticker di tengahnya.Nanti lihat hasilnya ok.
Next...



Kotak comel pinky ini untuk isi sweets dan diberi pada kanak-kanak.Maaf gambar original from website dah tak ada. Semuanya anda boleh dapati di http://www.house-of-favors.com/index.asp

Now we move to, yassin booklet and sticker Semuanya boleh didapati di http://www.ceriakadkahwin.com/#

Sticker utuk dilekatkan pada kotak putih  ;) macam ni

Maaf gambar senget ;)


Design yassin yang menjadi pilihan kami, semestinya putih + biru :)



Owh..ada warna coklat sikit..xpe kan?

Semuanya boleh didapati di http://www.facebook.com/ceriakadkahwin


Bahagian akhir bagi episod kali ini ialah kad kahwin,harga sekeping kad kahwin ini ialah RM0.35 sen, murah..I loikeee. Tak kisah lah tak vogue da boom ke, apa ke..janji murah..lepas ni orang buang gak kan?Tapi yang tak bestnya terlebih order..ha hamek ko, tak bincang baik-baik dengan mak kan??



Tak jelaskan, baik saya upload dari website ya..


Aik, aganknya suatu ketika dulu saya telah menukar colornya..kihkih. Rugi lak tak ambil warna ni ^.^ *Usah dikenang....

Whattttttt...masuknya saya di website ni http://www.kadlawo.com/ dah ada design yang selama ini saya cari. tapi tak jumpa...Auuwaaaaaa!!! Penat google..and search...sekali lagi Auuuuwaaaaa.Sampai terfikir untuk print sendiri...yang ini..yang ini..


Kenapa dulu tak ada, kenapa sekarang ada??Siap dengan Yassin lagi sama design???Kenapa..kenapa?? *Usah dikenang Sarah!!

Tapi saya ada ini...penunjuk arah * suara doremon

Nak jelas sikit, kat bawah ni..ini yang dalam website. Saya punya ntah ke mana menghilang..hihi

Apa-apa pun saya amat suka dengan kedai Kad Lawo ni * Agaknya owner dia orang timur apa* website very profesional, design cantik, customer service baik *walaupun ada kesilapan kecil* dikendalikan oleh anak-anak muda berbangsa melayu dan  baru-baru ini pelakon terkenal Farid Kamil & pasangan Diana Dianelle telah mengunakan perkhidmatan mereka juga. Taniah Kad Lawo..semoga lebih berjaya!




I'm proud to be your customer.Keep it up!!! * Eceh..macam aku pulak Diana


::Selesai untuk babak ini...daaa:: *serius letih!!

Ceritera Sinta Episod 2

Testing..testing 1,2,3...*tengok kiri kanan,make sure hanya saya seorang yang ON lap top*..hehe. Ini berikutan kes pencerobohan En.Hemo terhadap blog saya. Post sebelum ini telah ditulis oleh En.Hemo setelah bangunnya beliau dari tempat tidur berikutan shift malam, malam semalam. Okay kita lupakan perihal En.Hemo seketika, kerana berdasarkan tajuk diatas,jelas menunujukkan ini adalah episod kedua bagi sinetron "Ceritera Sinta"..kiki.

Ok back to our topic, selesai dua perkara untuk hantaran,pertama perfume,kedua toiletries dan ada banyak lagi barang yang harus dibeli. Sebelum lebih banyak persiapan dilakukan, adalah lebih baik sekiranya kita mengikut adat dengan mengikat tali pertunangan,kan? Maka pada, 25 March 2012 termetrailah tali pertunangan antara kami.Bila diingatkan kembali majlis tersebut, memang koboi gila. Majlis berlangsung tanpa persediaan yang teliti, semuanya tangkap muat dan bercelaru kerana terdapat perkara yang lebih penting harus diselesaikan. Tiada photographer, tiada hiasan bilik, tiada rakan-rakan, tapi apa yang penting Arwah Ayah amat gembira ketika berjumpa En.Hemo, itu sudah mencukupi.*Opsss...mood sedih*

Setelah selesai majlis pertunangan yang bertemakan koboi * 1st time di Malaysia hokey*, maka kami pun memulakan persiapan dokumen pernikahan. Mesti korang hairan,kenapa awal sangat, bertunang bulan 3, kenduri bulan 9 tapi dah sebok g ambil HIV test semua bagai? Al maklumlah En.Hemo bertugas di Sabah, nanti bulan 9 pula beliau kembali ke tanah air..so kalau nak tunggu beliau, memang tak siaplah semua dokumen. Next day, buat tempahan baju melayu di Jimmy Tailor, kemudian cari cincin kahwin dan barang hantaran. Hahahah..sebesar-besar Gurney Plaza cuma jumpa satu je barang hantaran yang berkenan, baju lelaki,Itu sahaja. Cincin pun tak jumpa yang berkenanan bayangkan macam mana nak cari hantaran yang berderet-deret tu kalau dah cenggini gayanya?

Ha! Cerita pasal tempahan baju, marraton mencari kain di Alor Setar, cause tak sempat nak cari di KL and to make sure boleh tempah time En.Hemo di Penang. Mangsanya ialah my office mate yang bujang terang tang tang ,ini orangnya, masih bujang dan masih mencari..sesiapa perkenan, please PM me..kihkih

Cik Azranisya, macam Shilpa Shetty kan?

First check point, Jakel. Sebab ramai sangat cite kain di sana cantik-cantik belaka. Tapi bagi saya, kainnya biasa-biasa saja untuk range harga sederhana, dan beadsnya tak shining and very simple. Pilih punya pilih, En. Manager Jakel offer this fabric...



Ala,warna yang sebenar ialah warna hijau dan beads dia amatlah cantik,dan amatlah menawan dan amatttttlahhhh mahallllll dan harga dekat seribu lebih kottt.
* Homaiigoooddd, mau En.Hemo hemo sebulan lebih kalau ambil kain ni.


Akhirnya inilah hasilnya...jeng..jeng..jeng..suspend tak?






Tadaaaa...akhirnya saya beralih arah ke Gulatis Silk Store dan terjumpa, *terjumpa? mcm free je kan?* kain yang putih bersih dan dipenuhi dengan beads yang memutih.Yuhuuuu..lepas satu bab!

Arghhh, da penat.Daaaa
 

 
 

Blog di cerobohi!!!

aku hemo betoi la. hemo hemo hemo. balik keje je tido. bedengkoq! gerak xmao mangkit.

Perhatian: Maaf di atas segala kesulitan,blog saya telah di cerobohi oleh en.suami,and it's not post by me (Puan Emo).

Ceritera Sinta

Aceehhh..tajuk,bukan main kau!! Sepatutnya Ceritera Sinta ni ditulis di saat persiapan hari bahagia..mulanya itulah plan-nya *owh My Malay* namum apakan daya..masa tidak mengizinkan.Oleh demikian saya ceritakanlah semula segala persiapan dalam menanti hari bahagia sebagai Ratu Sehari.Bermulalah kisah....


Oct  2011
Persiapan telah dilakukan lebih setahun sebelum majlis berlangsung, bermula dengan membeli barangan hantaran seperti perfume dan toiletries. Okay bila bercerita mengenai perfume,sememangnya menjadi habit saya apabila membeli barang, saya gemar untuk membuat "survey"...setiap pelusuk shopping complex saya masuk untuk mencuba perfume. Perkara pertama yang menjadi kereteria saya ialah "Couple Perfume", maksudnya perfume dari kedua-dua pihak adalah dari jenama yg sama. Bermula dengan jenama Calvin Klein tak berkenan, Hugo Boss..wangian perempuan macam kurang best, DKNY..nothing special, Gucci..ada set untuk lelaki ke?, Solverte Ferragamo *sumpah susah nak eja* mostly semua eu de toilette..nak cari eu de perfume, cause bau tahan lama,apa lagi ekk...jap,maklumlah cerita setahun yang lalu..ntah tak igt dah..tapi memang banyak la. Sampai sanggup pergi 1st Evenue di Penang seorang diri demi nak decide perfume,kesian kalau pergi dengan kawan atau family members ,penat menunggukan?At last, I decided Issey Miyake,kenapa? First, agak jarang orang guna, kedua, wangian lelaki itu...fuhhhh amat sedap mcm rasa nak gigit...and it's true..bila my husband used it,feel like want to bite him!hahahah...*gatal* serious bau kulit kayu manis itu amatlah manis!! Pour Homme tajuk beliau, manakala haruman wanita Issey Miyake Florale. Third, this perfume quite exclusive cause tak banyak keluaran and tak semua shopping complex ada jual this type of perfume. Okay dari tadi kita asyik mengumpat Abdul Issey dan Siti Miyake ni kan,apa kata kita tengok cemane ghupenya..


 
Abdul Issey


 
Siti Miyake

Akhirnya...habis satu bab setelah hampir 6 bulan decide what to choose. Datang bab lain iaitu toiletries. Bab ini tidak banyak membawa masalah sebab setelah memandang Cik Siti ini, maka saya telah jatuh sinta pandang pertama. Bukan pada produknya * Oh My Malay, tetapi kotaknya..muehehhehe...ceteka-ceteke?siapakah gerangannya???

 
Cik Siti  Crabtree & Evelyn 
* sumpah ini je gambar yang sebijik sebijan dlm kotak google ni!

Satu bab dah habis...ada banyak bab lagi ni. Sanggup ke nak baca 7+9-2 = 14+ kad kahwin + goodies bag + baju kahwin + lagu kahwin semua bagai ni???Kalau sanggup sila tunggu next entry...daaaaa

Housewife @ housemaker ??

:: Post ini adalah post zaman dulu kala yang berhabuk di dalam draft:: Sekian
 
Last week saya hadiri kelas berkaitan banking and law,and the speaker memang hebat lah!!Tabik springgg..toing..toingg. Ada PhD, Dr, lawyer, penulis buku,ade rumah di luar negara, ada ank perempuan yang cantik..and bla..bla.Sepanjang course, i am happy, because she is very knowledgeable and banyak pengalaman. Tapi apa yang buat saya tercelik dalam kelas,bila beliau bercakap mengenai housewife, buat apa belajar tinggi-tinggi kalau jadi surirumah?And dia tak setuju dengan ayat housemaker, housemaker itu "org buat rumah" & housewife "isteri kepada rumah"..hihihi.Funny..tapi ok ape jadi housewife??Yeah..housewife di mana suami mampu untuk menyara kehidupan kita?Bersyukur lah. :) Kalau kita perlu bekerja untuk membantu kewangan keluarga, anda adalah wanita yang tinggi darjatnya. Berbalik kepada housewife, jadi la housewife yang educated, baca banyak buku, buat hobi berguna, menanam pokok bunga ke?jahit manik ke?mencuba resepi-resepi baru?Joint aktiviti anak di sekolah??Buat free tuisyen untuk anak + anak2 jiran? Buat kerja amal, kumpul barang recycle?Ehh..banyak je aktiviti lain selain jaga rumah,pakai kain batik, tempek bedak sejuk, buat sanggul tinggi-tinggi, melepak depan rumah sambil mencicah jeruk Mak Bee, tak pun mengayam ketupat yang tak masak-masak, yang macam-macam lagi la.

Suri Rumah Vs Suri Kerja

Kebelakangan ini sering kita lihat di dalam Facebook banyak kata-kata hikmah di paparkan, antaranya mengenai kelebihan menjadi surirumah.Seperti di bawah ini, 








Saya baru 2 bulan menjadi isteri + surirumah sepenuh masa, apabila membaca "ayat" di atas, tipu jika saya katakan bahawa saya tidak bangga menjadi surirumah. Namun, adalah tidak adil jika kita menidakkan kelebihan dan kebaikkan isteri yang bekerja demi untuk membantu suami tercinta dan menaikkan ekonomi keluarga. Jika di beri pilihan samada menjadi surirumah sepenuh masa dan (suri rumah separuh masa + bekerja separuh masa) pasti ramai akan memilih untuk menjadi surirumah separuh masa. Maka isu pahala siapa lebih bayak, samada surirumah sepenuh @ separuh masa adalah tidak wajar dinyatakan. Banyak atau sikit pahala itu bukan urusan kita sebagai manusia. Saya pasti wanita yang bekerja dan pada masa yang sama menjaga rumahtangganya pasti sedih/ terkilan apabila membaca "ayat" di atas. Malah tugas wanita bekerjaya + surirumah adalah lebih banyak cabaranya serta wajar kita hormati. Mereka bekerja seawal pagi untuk menyediakan kelengkapan suami dan anak-anak dan tidur selewat mungkin bagi memastikan tugas pada keesokkan harinya berjalan lebih lancar. Malah, mereka memikul 1-3 watak lebih daripada kita sebagai surirumah + isteri dan ibu. Oleh itu, surirumah yang bekerja di luar sana, usahlah anda berduka dan sedih kerana setiap apa yang kita kerjakan hanya selayaknya mendapat pengiktirafan dan perhitungan daripada Allah S.W.T...asalkan kita ikhlas dan tidak mengabaikan keluarga.Daaa.....

Suami Isteri Mangsa Iklan!!y

:: Assalamualikum ::

Seperti yang pernah saya katakan dulu, saya baru sahaja mendirikan rumah tangga. Baru sebulan lebih, masih banyak yang perlu saya pelajari untuk memahami husband saya. Persamaan yang ketara between us is, we can easily get excited and happy for something!Selalu menjadi mangsa iklan mahupun promosi, barangan dan makanan. Bila menyentuh mengenai makanan husband saya amat sukakan western food,terutamanya burger!He love burger so much..kalau dapat burger bertingkat-tingkat tu lagi dia suka yang macam dalam cite Man v Food.


So nak dijadikan cerita, pada suatu malam yang dingin,sedang beliau membaca wikipedia * his favourite activities* tiba-tiba ada satu iklan di tv telah membuntangkan mata beliau. Macam ini..


Guess what? Iklan Burger King with RM 5.95 offer.


So kami pun decide nak makan burger ni last nite. Sanggup miss Kelantan vs Selangor..pas Isya' kami pun membawa hati yang gembira ke Burger King. Bila sampai disana..saya terpisat-pisat mencari iklan RM5.95..bila ditanya pada adik kaunter, dia cakap promosi ini hanya di semenanjung! What??hahha...dengan malu-malu kami pun pesan saja ape yg ade.Ini bukan sekali dua kami terkena..masuk ni dah 3 kali.

Pertama: Apabila kami merancang for our pre-honeymoon. Ceh! org lain buat pre-wedding photographer,,kami pre-honeymoon hihi.Pre-honeymoon ni because my husband susah nak cuti. So cuti kawen yang dapat seminggu ni,kami curi 2 hari untuk pre-honeymoon. And pre-honeymoonnya adalah di Penang juga *dah la suami isteri orang Penang,honeymoon pun Penang?* since honeymoon tempat yang dekat, we decide to stay  hotel banyak bintang la sikitkan?Google punya google...dapat la hotelnya dalam Agoda.com, And the amount display about 7 hundred something for 2days.So kira ok lah...and we proceed to the payment process. Sekali key in credit card number bagai semua..rupaanya 7 hundred itu utk seorang..so,kalau dah honeymoon mst la berduakan?pandai math kan???Ha,,amek ko..lebih baik g Bali,siap dapat villa with private swimming pool for 4days/3ninght lagi...hahahah. so for the real honeymoon...tggu je lah bila semua da settle down, ada duit and dapat cuti.


Kedua: Kami suami isteri memang suka berangan..heheh.So kalau pergi kedai..ha,mula la ber"dreaming"   nak beli itu,nak letak di sana, nak masak itu nak masak ini.Oleh kerana sifat sedemikian, kami berangan untuk pergi bercuti ke luar negara walaupun tak cukup pitis and tak ada masa. Siap log in Air Asia and check flight rate lagi..bila masukan tarikh and tempat dituju..tada RM600  utk pergi dan pulang.Sekali lagi kami bersorak kegirangan!!!Hoyee..xde la mahal sgt kan Bie??Tapi.............disebabkan pengalaman lalu, kami meneleah setiap huruf dan tulisan yang terdapat dalam website tersebut.Tadaaaa....per/pax ok!!.hahhahaha sekali lagi. Gottcha!!!

Moral Value: Jangan mudah terpedaya and easily get excited!.Hahaha..



Sedarilah,Tak Semua Orang Seperti Anda.

:: Assalamualaikum ::

Mood menulis telah menyerang urat saraf tanggan ku...mauhahaha *ketawa dengan nada yang bangga. Dalam hidup ni, kadang-kadang kita harapkan orang bertindak seperti kita, berfikiran seperti kita, bersetuju dengan kita, bersependapat dengan kita, tapi kita tak sedar lain orang lain keadaan, lain jalan hidup, lain kemampuan, lain keperluan... 

  1. ....rupa paras yang cantik serta tubuh badan yang menawan.
  2. ....otak yang cerdas & cantik tanpa perlu bersekang mata
  3. ....lahir dalam keluarga yang sempurna serba ada
  4. ....dikurniakan anak-anak yang cantik/segak serta berjaya
  5. ....dijodohkan suami yang memahami dan mampu segalanya
  6. ....mendapat peluang belajar dengan mudahnya
  7. ....mendapat peluang kerja dan kerjaya yang mudah dan sesuai dengan jiwa
  8. ....berbelanja tanpa perlu memikira satu dua atau tiga
  9. ....mampu menjadikan barang kemahuan sebagai keperluan
  10. ....punyai kesihatan badan
  11. ....diberi perhatian dan kasih sayang secukupnya
  12. ....mampu melancong ke dalam dan luar negara
  13. ....mendapat peluang/pendedahan yang secukupnya
  14. ....punyai masa untuk bersama-sama,berdua-dua
  15. ....punyai cita-cita setinggi gunung sebesar naga
  16. ....bergaji besar tambah mewahnya
  17. ....semanis dan semudah dipertemukan jodohnya

Job Hunting....

:: Assalamualaikum ::

Setelah mengambil mood pada bulan September yang lepas, baru hari ini saya menulis kembali..dan pikir-pikir punya pikir,akhirya saya memilih untuk berblog mengenai "Job Hunting". ..hehhe..maklumlah dah sebulan jadi penganggur terhormatkan...mula dah rasa bosan yang meluap-luap di dalam hati ni. Duduk rumah sensorang pulak..nak bercakap, tunggu suami balik keje...nak call kengkawan/adik beradik bill mahal (maklumlah suami bayar semuanya), seminggu sekali je call mak..nasib baik ade whatsup!boleh gak melayan kawan-kawan dengan free. Astro pulak xde, ngadap lah TV 1,2,3,7 & Hijrah. Planning tahun depan nak cari rumah lain, coz rumah ni mahal sgt sewanya almost RM1000 dengan banyak lipas n cicak!! Memang musuh utama lah..Pepagi berlaku sesi kejar-mengejar,pukul lipas...malam kira cicak ade bape ekor. See... betapa seriusnya pergaduhan aku dengan si cicak ni.! Husband balik je..aku report bape cicak yang menghuni di dalam rumah ni. Kalau dapat rumah sewa yang murah sikit boleh lah nak pasang ASTRO and STREAMYX and boleh la call and gayut tanpa rasa bersalahnya, cause it's free!!

Berbalik kepada tajuk utama nak cari keje! Memang nak cari keje,tapi biarlah keje yang tak bagi effect sampai balik rumah jadi murung.Macam my previous work,,,and if u ask me nyesal ke tak? I will say NO..even kena bayar bonding!! Cause working with bank and to be a MANAGER is not my dream. And every time I joint course and meeting, and event and gathering, people keep saying that " To be a good manager u have to do this..do that, wear this...wear that, talk like this..like that..bla..bla...that makes me hate of myself, coz I lives in people dream. This is their dreams, not mine..I just want to be an ordinary person..pegi keje pukul 8, balik pukul 5..weekend lepak rumah..tak perlu risau sales target, tak comply with rules, tak ikut compliance..tak perlu risau duit tu lepas ke tak,sign ke tak...arghhhh! When people around you keep talking about money..masuk saham ni, masuk saham tu, beli yang ni..beli yang tu, masuk pakej ini, masuk pakej itu...I just sick with it!!! From 8.45a.m we start talking and dealing with money..until 5.45 p.m...time rehat pun nak cakap pasal saham lagi?Come on la...and the worst thing is, lunch time makan sensorang coz kengkawan kena relief tempat officer lain,and honestly my truly friend kat opis tu ada 3 orang je..yang lain da pangkat makcik and pakcik da. Masa 1jam tu mmg di gunakan sehabis and sebaik mungkin,untuk makan,solat and pegi toilet. Tak sampai hati nak masuk lambat, coz officer lain plak nak keluar..ganti-ganti jaga frontline.Itu pun orang ATAS suruh jual credit card time lunch hour?!!!!?? &8%%$. Sorry, tapi gua memang tak tahan..tak kisah lah gaji sikit pun..tak dpt bonus 3 bulan pun..sekurang-kurangnya balik tak rasa nak kurungkan diri dalam bilik. Dalam masa setahun tu mmg saya mengaku..mmg saya tak get involve sgt dengan kawan-kawan..even dengan family sendiri, and saya mengaku..kalau ada kwn yang text or massage me through FB or YM saya tak balas...coz saya letih nak bersembang n nak melayan n nak gosip. It's enough for me melayan kerenah manusia/customers selama 8 jam kat bank, sampai rumah pukul 8, balik nak sambung lagi...owhh..my battery is LOW!!!

Aik...dah banyak yang saya bebel!! Tapi belum masuk tajuk lagi...teheee.Kan???..ini sesi luahan perasaan sejak setahun yang lalu.Yang saya pendam yang tak sempat saya tulis..untuk isi - isi bagi tajuk di atas...bersambunglah.Nak g BANK!!!!! Daaaa~~

Blupp...bluppp

Bluppp......bluppp!!!!Saya kembali!

Hai, rasanya dah setahun saya tidak memblogkan diri sendiri * owh my malay!Hehehe..sejak menjebakkan diri dalam dunia koprat!( ecehh...itu yang sering digembar-gemburkan oleh my trainer).Eveything have to look profesional!Money! But that's not me...I am not kind of people who always think about money!Keuntungan!hingga abaikan yang lain.Ishhh...entry kali ni bukan nak membebel pasal mende ni, cuma nak ambil mood cause nak buat satu lagi blog for my Boss..untuk business beliau. So mulai hari ni, saya akan rajinkan diri untuk cover balik semua himpunan sorotan setahun saya!

  • Kerjaya & Hidup
  • Dugaan
  • My new life (Saya dah taweeeennnn)
  • Job Hunting
Okay, bertemu lagi di lain hari...heheheh...*jap nak masak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...