Pernah Tak Kita Rasa Tak Sedar Diri?

Saya pernah! *menjawab soalan di atas


Pernah sangat. Bila doa dimakbulkan Allah dan bila tak ditimpa musibah. 


::Assalamualiakum:

Wahh..mcm suspen gitu kan?Hahaha...Sebenarnya ini kisah hati saya. Suami saya baru sahaja baik dari demam. Demam beliau lain dari selalu, badan kembali panas selepas tindakbalas ubat berakhir. Sakit belakang, sakit kepala dan batuk. Nak ikutkan saya tak perlu risau kerana sebetulnya suami saya lebih mengetahui mengenai hal demam semua bagai ni. Beliau lebih pakar tentang ubat apa yang perlu dimakan dan bagaimana penjagaannya.Namun setelah beberapa kali menelan ubat dan merujuk kepada rakan dan bos beliau, demam tak juga pulih. Tambahan pula dengan pekerjaan beliau, tiada masa duduk dan tiada masa rehat. Berjalan sepanjang hari merawat pesakit, turun naik tangga menghantar specimen darah, itu yang merisaukan saya. Hati isteri mana yang tak risau, sekiranya suami yang gemar menyanyi di bilik kecil tiba-tiba sahaja sunyi, suami yang pulang dari kerja dengan senyuman riang tiba-tiba sahaja pulang dalam keadaan suram, suami yang gemar menari-nari gelek dengan memakai towel sebelum mandi tiba-tiba sahaja berjalan terus ke bilik mandi, suami yang semangat makan tanpa sebarang komen negatif tiba-tiba sahaja kurang seleranya. 

***** 

Tiada sesiapa yang mampu menenangkan hati kita selain yang maha SATU. Maka ketika inilah, saya sebagai manusia sering membuat janji dengan ALLAH. Ketika suami sakitlah kita berjanji untuk BERSEDEKAH sekiranya beliau sihat. Kita kita belum mendapat pekerjaan lah kita berjanji untuk BERPUASA NAZAR selepas mendapat pekerjaan. Ketika kita di timpa musibahlah kita berjanji untuk MENUTUP AURAT setalah musiabah hilang. Ketika dalam keadaan sempitlah kita berjanji untuk memperbanyakkan AMALAN apabila sudah lapang. Ketika keadaan terdesaklah kita berjanji berbuat KEBAJIKAN. Semuanya ketika kita ditarik NIKMATNYA

Namun setelelah nikmat DIKEMBALIKAN, sering kita berdolak dalik dengan janji yang pernah kita TABURI dulu kan? 
Gaji ni beli HANDBAG lah...dah SIHAT pergi makan sedap-sedap dululah *sehingga berminggu-minggu makan SEDAP. Dah takde masalah solat pun tak menyempat-nyempat, sehinggakan nak BERDOA pun tak sempat . Tak ada musibah..aurat ke tidak hantam sajalah. 


Tunggu...bila NIKMAT ditarik semula..berkoyan-koyanlah janji yang akan kita taburi. 


MEMANG TAK SEDAR DIRI!!!




# kita = saya

Kos Hidup

:: Assalamualaikum::

Hai,bangun solat subuh terus dapat ilham nak menulis di blog.Wahahaha..perasan penulis/pengubah lagu gitu. Dapat ilham bagai!! Bukan macam tu, cuma saya terus memikirkan bagaimana warga Sabah negeri di bawah bayu ni meneruskan kehidupan dengan KOS HIDUP yang TINGGI di sini?? Ramai orang beranggapan bahan mentah seperti ikan, udang, sotong dan sayur-sayuran murah, sudah semestinya makanan di kedai murah??Owhh..TIDAK sama sekali. Benar, barang mentah murah, mungkin hasil dari sumber bumi yang banyak. Kalau beli sayur RM 2 ringgit boleh tahan seminggu. Tapi apabila di masak..costnya berlipat kali ganda. Sesenduk sayur RM 3 ringgit? Itu belum lauk?Ada sesetengah kedai yang charge sesenduk nasi bersamaan RM 2 ringgit? What the @#$%^? Takkan nak makan sesenduk nasi saja kan? 

 Berbalik makanan di kedai makan. Secara jujur saya tidak gemar singgah makan di kedai yang menyajikan makanan panas dan goreng-goreng seperti di semenanjung. PERTAMA kerana harganya MEREPEK!! KEDUA kerana rasanya MENDUKACITAKAN!! KETIGA kerana akhirnya saya akan dihantui RASA KECHEWA dan MARAH!! Marah kerana masakannya tidak sama seperti di Semenanjung, marah kerana sepinggan kuey toew goreng berharga RM 6 ringgit ke atas, yang ada cuma telur pecah dan isi ayam. TIADA sayur, tiada RASA..yang ada MARAH dan KECEWA.  Itu belum kuih..saya pernah bersarapan di sebuah kedai makan, seketul kuih apom berharga 50 sen?? Boleh? Apom standard KLCC agaknya? Nasi Lemak cawan di tamu berharga RM 1.50, hanya berlaukkan dua tiga urat ikan bilis, secubit ikan masin dan telur rebus yang dibelah 6! Oleh yang demikian saya memilih untuk MASAK, masak selagi saya mampu, masak selagi rasa boleh makan, masak selagi ada barang, masak selagi rasa boleh masak..kecuali bila rasa macam dah tak boleh makan masakan sendiri, then baru saya makan di luar. Dan..makan makanan yang saya tak mampu dan tak pandai masak. Berbaloiiii walaupun mahal!!!

SEDIH,  kerana jika dilihat pada tangga gaji, gaji yang ditawarkan amatlah sedikit. Sales girls..jaga kedai dari pukul 10pagi - 9mlm gaji RM 600 . Pekerja Ayamas jaga kedai dari pukul 9pagi - 10 malam , 6 hari seminggu bergaji RM 700. Technician RM 900. Kerani RM 700, how can u survive dengan harga makan yang mahal? Ini belum tolak duit sewa rumah bagi mereka yang datang dari daerah lain seperti Ranau, Kudat, Sandakan dan selainnya. Sewa rumah paling murah dalam lingkungan RM 500, itu pun kawasan perumahan yang macam tempat pembiakan nyamuk Aedes dan perlupusan sampah. No wonder ramai orang di sini lebih gemar membawa bekal dan masak di office atau kedai, kerana keadaan memaksa.

Dengan menghadiahkan Gelangang Futsal bertaraf FIFA pada rakyat SABAH langsung tidak menyelesaikan masalah KOS HIDUP ala-ala KUALA LUMPUR yang dihadapi oleh mereka. Malah di sini terdapat banyak tanah kosong yang boleh dijadikan tempat bermain. Mereka bukan seperti penduduk yang tinggal di KUALA LUMPUR yang dahagakan tempat melepaskan stress dan mengeluarkan peluh. Mereka perlukan perkara asas dalam kehidupan iaitu MAKANAN dan TEMPAT TINGGAL.


Rumpai Laut Asli Sabah

::Assalamuaaikum::

Mari adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, rapat-rapat biar dekat.*dialog meniaga pasar malam.mueheheh...Hai kengkawan, setelah lebih dari 4 bulan menetap di Sabah, saya mengambil kesempatan untuk berniaga makanan kesihatan asli dari Sabah, iaitu Rumpai Laut a.k.a Collagen. Saya sendiri telah mengamalkan makanan kesihatan ini lebih dua bulan, dan kesannya kulit lebih halus, parut cepat pudar dan mengurangkan keletihan badan.Jom kita lihat,apa kelebihannya:




Merupakan 100% Collagen asli tanpa pewarna,perisa,pengawet dan steroid. Sesuai diamalkan lelaki dan wanita untuk semua peringkat usia.

KOLAGEN - 10 kali ganda lebih tinggi daripada sirip ikan yu dan 24% kolagen ini bersamaan denggan 2 keping sarang burung layang-layang.
KALSIUM - 37 kali ganda lebih tinggi daripada hati ikan.

ANTIOKSIDA - 550 kali lebih kuat dari vitamin C.

VITAMIN A - 40 kali lebih hebat dari Beta Carotine atau 638 kali lebih hebat dari daging lembu.

PROTEIN - 21 kali lebih banyak dari susu.

OMEGA 3 DANOMEGA 6 - 2326 kali lebih banyak dari ikan



KEBAIKAN COLLAGEN RUMPAI LAUT:



-Melaraskan BERAT badan dan menstabilkan HORMON
-Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan
-Memejalkan PAYUDARA, OTOT dan PUNGGUNG
-Menyihatkan RAMBUT dan KUKU
-Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kalenjar tiroid
-MENGURANGI PENUAAN pramatang seperti kedutan dan kulit kendur
-MENGURANGI SELULIT
- MEMBERI TENAGA
-Melancarkan peredaran darah, mengurangi sakit bahu dan belakang
-Menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis
-Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot
-Merawat penyakit GOUT
-Mencegah KANSER/TUMOR
-MENURUNKAN tekanan DARAH TINGGI
-Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan, merawat gastrik

-Anti bakteria/kulaT

-Merawat ANEMIA

-MENURUNKAN tahap kolesterol dalam tubuh

-Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)
-MELICIN, MENEGANG, dan MENGHALUSKAN KULIT-Mempercepatkan PENGECUTAN JERAWAT dan MEMUDARKAN PARUT-Merangsang penghasilan sel2 baru kulit, menyembuhkan luka-MENSTABILKAN kandungan GULA dalam darah (kencing manis)-Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas-Menberikan rasa kekenyangan (diet)-Memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit/buasir


CARA PENYEDIAAN

- Basuh sebungkus/separuh rumpai laut seperti kita membasuh beras *Rumpai laut akan          mengembang.
- Basuh beberapa kali sebelum merendam semalaman.
- Tukar airnya 5-6 kali sepanjang rendaman tersebut bagi menghilangkan rasa masin dan bau hanyir air laut.
- Toskan airnya dan rebus bersama 2.5liter air selama 10-25 minit
- Rumpai laut akan mencair dan sejukkan rumpai laut di dalam bekas simpanan.
- Apabila rumpai laut telah sejuk, rupa dan texturenya seperti agar-agar
- Simpan di dalam peti sejuk (bukan tempat beku/ais)

CARA PENGAMBILAN

- Ambil 2-3 sudu besar kolagen yang disimpan selepas bangun tidur (sebelum gosok gigi) atau setengah jam sebelum sarapan (waktu terbaik kolagen diserap tubuh tika perut kosong) dan sebelum masuk tidur (malam).

- Boleh dimakan begitu sahaja atau dicampur dalam jus minuman/buah untuk memberikan perisa yang enak/lazat.


- Boleh dibuat pudding *elakkan mengunakan perisa teh,kopi dan soda

Puding Prune
- Elakkan pengambilan kopi, teh dan minuman yang berkafein/berkarbonat dalam tempoh 3 jam selepas pengambilan. Ini kerana ia boleh menyerap vitamin C, kolagen dan glutathione (agen pencerah) dalam badan kita.

-Perlu perbanyakkan minum air kosong (sekurang-kurangnya 2.5-3 liter sehari) bagi melancarkan pembuangan toksin dan mengoptimumkan penyerapan kolagen oleh badan dan mengurangkan ketidak selesaan pada tekak.


HARGA JUALAN

Rumpai Laut Asli Sabah Gred AAA
(PURPLE)

RM18 / 100gm *termasuk postage
RM100 / 1kg   *Free postage
*100 gm tahan untuk 2 Minggu

Untuk Menempah:

Secara Online Sila Hubungi (Seluruh Malaysia):
Sarah : 012-4773161 (SMS/WhatsApp)

By Hand Penang Area:
Zul : 017-5382495

P/S: Juga boleh dibuat masker muka dan disapu pada kaki yang merekah.
Sila berjumpa doktor jika terdapat kesan yang buruk yang berterusan, kerana tindak balasnya berbeza mengikut sistem biology badan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...