Saya pernah! *menjawab soalan di atas
Pernah sangat. Bila doa dimakbulkan Allah dan bila tak ditimpa musibah.
::Assalamualiakum:
Wahh..mcm suspen gitu kan?Hahaha...Sebenarnya ini kisah hati saya. Suami saya baru sahaja baik dari demam. Demam beliau lain dari selalu, badan kembali panas selepas tindakbalas ubat berakhir. Sakit belakang, sakit kepala dan batuk. Nak ikutkan saya tak perlu risau kerana sebetulnya suami saya lebih mengetahui mengenai hal demam semua bagai ni. Beliau lebih pakar tentang ubat apa yang perlu dimakan dan bagaimana penjagaannya.Namun setelah beberapa kali menelan ubat dan merujuk kepada rakan dan bos beliau, demam tak juga pulih. Tambahan pula dengan pekerjaan beliau, tiada masa duduk dan tiada masa rehat. Berjalan sepanjang hari merawat pesakit, turun naik tangga menghantar specimen darah, itu yang merisaukan saya. Hati isteri mana yang tak risau, sekiranya suami yang gemar menyanyi di bilik kecil tiba-tiba sahaja sunyi, suami yang pulang dari kerja dengan senyuman riang tiba-tiba sahaja pulang dalam keadaan suram, suami yang gemar menari-nari gelek dengan memakai towel sebelum mandi tiba-tiba sahaja berjalan terus ke bilik mandi, suami yang semangat makan tanpa sebarang komen negatif tiba-tiba sahaja kurang seleranya.
*****
Tiada sesiapa yang mampu menenangkan hati kita selain yang maha SATU. Maka ketika inilah, saya sebagai manusia sering membuat janji dengan ALLAH. Ketika suami sakitlah kita berjanji untuk BERSEDEKAH sekiranya beliau sihat. Kita kita belum mendapat pekerjaan lah kita berjanji untuk BERPUASA NAZAR selepas mendapat pekerjaan. Ketika kita di timpa musibahlah kita berjanji untuk MENUTUP AURAT setalah musiabah hilang. Ketika dalam keadaan sempitlah kita berjanji untuk memperbanyakkan AMALAN apabila sudah lapang. Ketika keadaan terdesaklah kita berjanji berbuat KEBAJIKAN. Semuanya ketika kita ditarik NIKMATNYA.
Namun setelelah nikmat DIKEMBALIKAN, sering kita berdolak dalik dengan janji yang pernah kita TABURI dulu kan?
Gaji ni beli HANDBAG lah...dah SIHAT pergi makan sedap-sedap dululah *sehingga berminggu-minggu makan SEDAP. Dah takde masalah solat pun tak menyempat-nyempat, sehinggakan nak BERDOA pun tak sempat . Tak ada musibah..aurat ke tidak hantam sajalah.
Tunggu...bila NIKMAT ditarik semula..berkoyan-koyanlah janji yang akan kita taburi.
MEMANG TAK SEDAR DIRI!!!
# kita = saya
No comments:
Post a Comment