:: Assalamualaikum::
Hai,bangun solat subuh terus dapat ilham nak menulis di blog.Wahahaha..perasan penulis/pengubah lagu gitu. Dapat ilham bagai!! Bukan macam tu, cuma saya terus memikirkan bagaimana warga Sabah negeri di bawah bayu ni meneruskan kehidupan dengan KOS HIDUP yang TINGGI di sini?? Ramai orang beranggapan bahan mentah seperti ikan, udang, sotong dan sayur-sayuran murah, sudah semestinya makanan di kedai murah??Owhh..TIDAK sama sekali. Benar, barang mentah murah, mungkin hasil dari sumber bumi yang banyak. Kalau beli sayur RM 2 ringgit boleh tahan seminggu. Tapi apabila di masak..costnya berlipat kali ganda. Sesenduk sayur RM 3 ringgit? Itu belum lauk?Ada sesetengah kedai yang charge sesenduk nasi bersamaan RM 2 ringgit? What the @#$%^? Takkan nak makan sesenduk nasi saja kan?
Berbalik makanan di kedai makan. Secara jujur saya tidak gemar singgah makan di kedai yang menyajikan makanan panas dan goreng-goreng seperti di semenanjung. PERTAMA kerana harganya MEREPEK!! KEDUA kerana rasanya MENDUKACITAKAN!! KETIGA kerana akhirnya saya akan dihantui RASA KECHEWA dan MARAH!! Marah kerana masakannya tidak sama seperti di Semenanjung, marah kerana sepinggan kuey toew goreng berharga RM 6 ringgit ke atas, yang ada cuma telur pecah dan isi ayam. TIADA sayur, tiada RASA..yang ada MARAH dan KECEWA. Itu belum kuih..saya pernah bersarapan di sebuah kedai makan, seketul kuih apom berharga 50 sen?? Boleh? Apom standard KLCC agaknya? Nasi Lemak cawan di tamu berharga RM 1.50, hanya berlaukkan dua tiga urat ikan bilis, secubit ikan masin dan telur rebus yang dibelah 6! Oleh yang demikian saya memilih untuk MASAK, masak selagi saya mampu, masak selagi rasa boleh makan, masak selagi ada barang, masak selagi rasa boleh masak..kecuali bila rasa macam dah tak boleh makan masakan sendiri, then baru saya makan di luar. Dan..makan makanan yang saya tak mampu dan tak pandai masak. Berbaloiiii walaupun mahal!!!
SEDIH, kerana jika dilihat pada tangga gaji, gaji yang ditawarkan amatlah sedikit. Sales girls..jaga kedai dari pukul 10pagi - 9mlm gaji RM 600 . Pekerja Ayamas jaga kedai dari pukul 9pagi - 10 malam , 6 hari seminggu bergaji RM 700. Technician RM 900. Kerani RM 700, how can u survive dengan harga makan yang mahal? Ini belum tolak duit sewa rumah bagi mereka yang datang dari daerah lain seperti Ranau, Kudat, Sandakan dan selainnya. Sewa rumah paling murah dalam lingkungan RM 500, itu pun kawasan perumahan yang macam tempat pembiakan nyamuk Aedes dan perlupusan sampah. No wonder ramai orang di sini lebih gemar membawa bekal dan masak di office atau kedai, kerana keadaan memaksa.
Dengan menghadiahkan Gelangang Futsal bertaraf FIFA pada rakyat SABAH langsung tidak menyelesaikan masalah KOS HIDUP ala-ala KUALA LUMPUR yang dihadapi oleh mereka. Malah di sini terdapat banyak tanah kosong yang boleh dijadikan tempat bermain. Mereka bukan seperti penduduk yang tinggal di KUALA LUMPUR yang dahagakan tempat melepaskan stress dan mengeluarkan peluh. Mereka perlukan perkara asas dalam kehidupan iaitu MAKANAN dan TEMPAT TINGGAL.
No comments:
Post a Comment