Barangan Mewah dan Berjenama

::Assalamualaikum::

Korang suka barang mewah dan berjenama tak?Tak suka??Eleh tak payah nak tipulah. Mesti suka kan?Kan?Tak dinafikan, siapa sahaja pasti inginkan barangan berjenama dan mewah, rumah mewah, kereta mewah, telefon bimbit terkini, baju berjenama, bak kata semuanya harus ada nama. Saya juga begitu, malah saya akui perangai ini kadang kala sukar dikawal kerana ketika itu nafsu menguasai diri. Tapi kita sebagai manusia harus bijak, bijak dalam menentukan yang mana harus ada NAMA atau yang mana kita boleh...hantam saja.

Setiap orang mempunyai pandangan berbeza, bagi saya, barangan yang berjenama harus diperuntukkan kepada barangan yang kita akan pakai selama mungkin (anggaran minimum 5 tahun). Contoh perabot, stroller yang akan diguna dari anak pertama hingga terakhir, barangan elektrik, kasut sukan,sunglasess, jam tangan, sampin (setakat ini, ini saja yang mampu saya fikir). Saya tidak memerlukan beg tangan mewah seperti CHANEL, LV, PRADA,FENDI,COACH memandangkan saya hanya berurusan dengan rakan sepejabat, kaunter pertanyaan, kaunter pos dan bank,pakcik parking,adik McD dan Tesco staff. Saya tidak memerlukan kasut yang macam durian (Louboutin), untuk diambil gambar pose OOTD di Instagram (Outfit Of The Day...thanks Mak Ander Group untuk pencerahan ini), saya tidak memerlukan ini semua memandangkan saya tidak berurusan dengan orang kenamaan serta ahli selebriti. Dan yang paling penting, saya tidak MAMPU untuk semua ini. Oppss..sebelum itu kita harus fahami apa itu maksud mampu, mampu membawa maksud, untuk membeli semua barang berjenama mewah tersebut, kita tidak perlu mengikat perut untuk makan, kita tidak perlu berkira-kira dengan elaun bulanan ibubapa kita dan kita tidak perlu pinjam meminjam/creditcard. Mungkin akan ada yang cakap saya dengki, "Biarlah..duit kami, Siapa Anda Dalam Menentukan Hak Orang Lain"..Maaf, itu tidak termasuk dalam kategori yang harus saya dengki. Kalau anda adalah salah seorang dari activist Dapur Jalanan , Telekung Project mahupun TFTN saya akan dengki. Kalau anda telah menjelajah seluruh Asia dan Eropah, saya akan dengki. Kalau anda boleh membaca 50 naskah buku dalam setahun, saya akan dengki. Kalau anda mampu melakukan solat Dhuha setiap pagi, saya akan dengki. 

Pada pandangan saya, mereka yang terlampau obses dengan barangan mewah (bagi golongan bawahan, golongan pertengahan seperti article di bawah) adalah mereka yang lack of self esteem.People who seek attention, acknowledge and appreciation from the high class society. Namun,kita tidak dapat menyalahkan mereka seratus peratus dalam hal ini, ini kerana masyarakat kita terlampau memandang kepada material daripada ilmu/pengalaman yang ada pada seseorang itu. Kita lebih melihat kepada rupa paras seseorang sebelum memulakan salam perkenalan, kita lebih memandang kepada bag apa yang dikendong sebelum melayan pelanggan, kita lebih memandang kepada kereta apa yang dibawa sebelum membuka pintu hotel. Kita memandang sinis mereka yang menaiki bus dari mereka yang berkereta . Ini adalah realiti rakyat Malaysia.

Golongan apakah anda?

Jelas sekali,kaum wanita lebih ramai terjerumus dalam masalah sebegini berbanding kaum lelaki, ini mungkin selaras dengan anggapan bahawa nafsu perempuan itu sembilan,akalnya satu.Nafsunya suka bercerita, nafsunya suka menunjuk, nafsunya suka dipuji dan pelbagai nafsu lagi. Sehinggakan kadang kala mencetus pergaduhan di Instagram. Yang tidak dapat saya terima ialah, bila barangan tersebut terpampang sebesar alam JENAMAnya, siap blink blink and sometime it's come with brand printed skin. Seolah-olah...aku KAYA,aku KAYA..TREAT ME WELL AS ORANG KAYA.OMG!!!.Hidup ini bukan setakat kerja, dapat gaji, shopping, minum Starbucks and tidur. Come on, we need more than this to our beloved MALAYSIA. Get a life!

Manusia paling tinggi self esteem yang pernah saya kenali ialah suami saya, mengayuh basikal pak tua dari tingkatan 1 hingga 3, membawa bekal air botol coca-cola, jelajah Europe dengan hanya berselipar jepun,bag,baju,seluar,kasut sukan semua product of Giant. Somehow, I think I need to groom him...hmmmm and that the beginning of the argument. "Kat Giant pun tahan lama"," Kat Giant lagi murah" semua Giant. Haahhahah.. dan di sebabkan saya mempunyai kelebihan, iaitu power of persuasion  beliau telah termakan hasutan saya dengan membeli kasut sukan ADIDAS. Akibatnya, beliau melompat tidak berhenti - henti, sehingga kadang-kala melakukan aksi terlarang seperti menekan butang lift dengan mengunakan kaki akibat terlampau teruja dengan keselesaan kasut tersebut. Muahahahha..such a big kid.

Akhir kata, tak semua barang mewah itu perlu dan tak semua barang itu perlu mewah. Rancanglah keperluan anda, dan apa pun pilihan yang anda lakukan. I'm HAPPY for you.

Memupuk Sikap Membaca Pada Anak-Anak

Assalamualaikum

Lama sungguh saya tidak mencecehkan? Pasti anda sudah rindu..kikiki *perasan. Okay, tajuk kali ini kelihatanya kurang sesuai memandangkan saya masih belum mempunyai anak bukan?Tapi, sebenarnya ini adalah hasil dari pemerhatian saya terhadap didikan yang abang dan kakak saya berikan kepada anak-anak mereka .Bagaimana memupuk sikap membaca dalam keluarga?

1. Pertama,ibubapa haruslah memainkan peranan dan contoh yang terbaik. Seperti kata perpatah, " Kids will do what they see, instead of what they listen". Kalau anak-anak selalu melihat kita mengadap Candy Crush dan  Senetron , do you think they will  get the book and read it? if yes!! (sah tertukar anak orang lain!!!LOL). So, parents need to change, bacalah apa saja buku kegemaran anda, samada novel cintan cintun , komik, buku seri penyiasatan, seri kemuning atau apa saja. Kalaupun anda rasa dengan membeli buku merupakan satu pelaburan yang merugikan,sekurang-kurangya bacalah suratkhabar ataupun Al-Quran . Dengan ini anak-anak akan melihat aktiviti membaca ini bukan satu perkara janggal dalam kehidupan mereka.

2. Didik anak dengan mengunjungi kedai buku setiap kali keluar membeli belah..MESTI!! Ini jatuh hukum WAJIB, seperti wajibnya anda mendapatkan STARBUCKS setiap kali ke mall, seperti wajibnya anda mendapatkan McFlurry di McD, seperti wajibnya anda ke tandas. Wajib jengah dan singgah ke kedai buku,tak kiralah apa jenama kedai buku tersebut, MPH,POPULAR,TIMES,Kedai Muafakat, Kedai Muhibbah (kenapa nama macam kedai mamak je?). Singgah bukan bermakna beli, WAJIB singgah tapi tak WAJIB beli. Aktiviti ini untuk membiasakan anak-anak dengan persekitaran di kedai buku serta ianya merupakan sesi suai kenal dengan pelbagai jenis buku. Tapi sebelum itu, anak-anak harus diterapkan dengan ilmu, tak semua boleh dibeli. Ini kerana,terdapat kanak-kanak yang akan meraung bergolek-golek jika apa yang dihajati tidak diunaikan. Pengalaman saya bersama anak-anak saudara saya di kedai buku amat mengembirakan. Bagaimana Fahim, pada ketika itu baru berusia 3 tahun akan mengendong buku BEN10 kegemaran beliau ke hulu hilir dengan harapan ayahnya akan membelikan buku tersebut walaupun pada ketika itu beliau masih belum boleh membaca. Bagaimana Faris dan Farhana akan mencari sudut paling terpencil untuk membaca buku kegemaran mereka sehingga habis.

3. Sediakan rak buku kanak-kanak
Sediakan rak buku khas bagi anak-anak anda, sebaiknya di bilik tidur. Ini kerana, anak-anak boleh memperuntukan 10-15 minit masa untuk membaca sebelum mereka tidur.

4. Bekalkan Buku
Bekalkan buku pada mereka, selitkan senaskah buku ke dalam bag mereka  ketika pulang ke kampung, pergi bercuti mahupun ke rumah pengasuh. 

5.Bercerita
Galakkan anak-anak bercerita mengenai buku yang mereka baca dan tanyakan soalan bagi merangsang kebolehan mereka berfikir secara kreatif dan kritis. Seperti mana yang pernah diceritakan oleh kakak saya, apabila ditanya kepada Farhana, "Kalau Farhana ada banyak duit, Farhana nak buat apa?". Jawapanya " Farhana nak pergi ke hutan Amazon"..Amazon???Ok, Che A'a Google....

6.Akhir sekali, hargai dan banggalah dengan anak-anak anda.



Dahulunya saya tidak gemar membaca, namun setelah usia meningkat dewasa dan melihat bagaimana abang dan kakak saya mempunyai anak yang gemar membaca,(Akmal telah membaca buku mengenai pahlawan Islam, Muhammad Al-Fatih pada usia 11 tahun) maka saya tekad...saya tekad untuk mencari pasangan yang gemar membaca..bahahaha. Alhamdulillah, Allah kurniakan saya seorang suami yang gemar membaca, bukan setakat buku..namun semuanya.Semua yang menyerupai teks,karangan serta yang berupa tulisan. Pada awal perkahwinan, saya agak pelik, kenapa suami saya gemar membaca Wikipedia ketika menonton TV. Rupanya, setiap kali ada info baru tersiar di televisyen, beliau dengan pantas akan mencari maklumat mengenainya.(Sungguh pelik!) Suami juga berjaya mendidik saya dengan mengunakan TIP nombor 2, dari seorang yang gemar bersuai kenal dengan barangan di parkson/metrojaya, kini berubah kepada seorang yang wajib mengunjungi Times. Sekarang saya harus berubah, berubah dari seorang yang membaca buku mengenai politik,self-help dan philosophy kepada buku parenting. Walaupun saya belum mengandung, tapi saya harus bersiap sedia dari sekarang. 9 bulan bagi saya adalah tidak mencukupi bagi memenuhi info mengenai keibubapaan. Itu belum tolak morning sickness, bengkak kaki, sakit belakang, mood swing, product hunting dan segala macam (maklumlah Pn.10 tahun akan datang). Sekiranya anda masih lagi dibelenggu dengan fahaman sesat membeli buku itu membazir,anda boleh membaca laman sesawang yang menerangkan rencana-rencana menarik dan percuma seperti Minda Tajdid, Anas Alam Faizli, The Color Code, Projek Dialog dan bermacam lagi. Selamat membaca!!




p/s: Pssst resit pembelian buku boleh ditolak cukai pendapatan,jadi membeli buku tidaklah merugikan!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...