Assalamualaikum..
Hari ini, saya akan membongkarkan satu rahsia penting sebelum kaum hawa di luar sana mengambil keputusan untuk menjadi surirumah sepenuh masa. Kerjaya surirumah bagi saya merupakan satu pilian bagi kaum hawa, namun tak semua mempunyai peluang untuk memilihnya lantaran kos hidup yang semakin meninggi. Dan bukan semua yang menyertainya bersuamikan, suami yang kaya dan mampu dalam segala aspek. Dalam hal ini SYARAT UTAMA ialah, KEIZINAN SANG SUAMI. Suami yang bersetuju anda bekerja sebagai pembantu peribadinya tak kira masa, suami yang bersetuju berkongsi rezekinya bersama anda, suami yang setuju berbincang perihal kewangan bersama anda, suami yang hormat dan bangga anda adalah surirumahtangganya dan syarat kedua ialah ISTERI YANG TAHU DIRI.
Sekiranya kedua-dua syarat ini diterima pakai dalam kehidupan sehari-hari, anda tidak perlu risau akan syarat yang ditentukan oleh pihak lain.Walaupun kadangkala pendirian anda mungkin sedikit goyah takala melihat rakan-rakan seuniversiti anda menghadiri majlis koprat, melihat orang di sekeliling anda mendapat imbuhan bonus berbulan-bulan atau anda sering diperli oleh orang lain, yakinlah rezeki manusia berbeza. Di sini, saya pernah mencuba pelbagai pekerjaan, sebagai guru tuisyen, jurutera dan yang terkini baby sitter. Ketika saya bekerja sebagai jurutera, ternyata ianya satu kepuasan apabila ada yang bertanya apakah pekerjaan saya? Malah penerimaan manusia di sekeliling saya juga berbeza, tiada lagi suara-suara perli kedengaran, tiada lagi yang sinis bertanya buat apa dirumah? Malah lebih mengejutkan tiada langsung soalan ditanya berkaitan kerjaya saya oleh "mereka" yang dahulunya amat gemar akan soalan itu. Menjadi jurutera elektrik dan mekanikal di tempat saya bekerja dahulu bukanlah sesuatu yang mudah, ini kerana saya berkelulusan dalam bidang elektronik yang mana agak jauh skopnya dalam bidang elektrik binaan, ditambah lagi dengan mekanikal. Saya juga telah meninggalkan bidang elektronik lebih dari dua tahun memandangkan saya sebelum ini terjebak dengan bidang perbankan. Saya akui, saya agak "kura-kura" ketika diberi tugasan, belum pun seminggu saya bekerja, pihak atasan telah menyerahkan tiga tugasan projek kepada saya. Entah apa yang membuatkan mereka percaya kepada si "kura-kura" ini, adakah disebabkan CGPA atau rekod pekerjaan saya di bank dahulu, saya tidak pasti. "Kekuraan" saya makin terserlah apabila saya ditugaskan untuk design electrical dan mechanical layout in building structure. Hahahahaha..lebih "kura", apabila tiada jurutera wanita dalam jabatan saya dan tapak projek saya terletak di Lahad Datu, Semporna dan Beaufort, Sabah. Saya juga tiada kelebihan seperti wanita bekerjaya lain yang boleh mengatur kedai makan saban hari untuk menapau makanan atau makan di kedai, kerana kawasan pejabat saya di kelilingi restoran cina, malah nasi sejuk bekal dari rumah adalah bekal tengahari saya. Suami saya sudah berkerut dahi setiap kali saya bercerita kepada beliau. Saya pula, berat hati setiap kali ke tempat kerja kerana rasa bersalah yang menebal jika tidak menyediakan kelengkapan sebelum beliau berangkat kerja, terutamya shift malam dan tidak bersua muka dengan suami 2-3 hari.
Akhirnya saya kembali menjadi surirumah dan menjaga anak kepada rakan suami. Saya tidak pernah memandang serong kepada wanita bekerjaya jika rumah mereka lintang pukang, saya juga tidak hirau jika mereka kerap makan diluar walaupun pada hari cuti, saya juga tidak tercuit jika mereka mampu bercuti 3 kali setahun, malah saya juga tidak memandang sinis kepada mereka kerana bekerja ketika anak sedang sakit atau meletakkan semua kepercayaan kepada guru dan pusat tusiyen dalam hal akademik .Saya memahami perasaan mereka, kerana keadaan memaksa.
Sebagai surirumah, saya sedar diri..saya tidak boleh dengan senang hati mengajak suami makan diluar setiap hari, saya tidak boleh meminta gelang emas ketika suami menerima bonus tahunan kerana terdapat perkara lebih penting harus diselesaikan, saya tidak mengharapkan percutian 3 kali setahun..Langkawi, Pangkor dan Singapura. Saya juga tidak merengek nakkan beg tangan Coach mahupun barang mewah setiap kali hari lahir. Saya tidak mengomel terpaksa mengunakan mesin basuh semi auto dan kadang-kala membasuh baju kerja suami dengan air panas, kemudian detol dan akhir sekali dinamo secara berasingan mengikut keadaan tertentu. Saya tidak merasa terbeban untuk menyediakan bekal makanan kepada beliau. Kerana itu pilihan saya. Kami tidak membeli sesuatu yang kami sukai dengan hanya sekelip mata, malah seingat saya, sudah hampir setahun kami merancang untuk membeli televisyen baru..masih lagi bertangguh..hahaha. Menjadi surirumah banyak mengajar saya tentang merujuk kepada suami dalam semua perihal, wang ringgit, keputusan, kekeluargaan dan pada masa yang sama untuk punyai harga diri dan hak bersuara.
Saya mungkin tidak membantu suami dari segi kewangan melalui gaji yang diterima, tetapi saya menjaga makan minum beliau dengan memasak tanpa jemu, saya menjaga imej serta pakaian beliau, saya menjadi makcik kantin jika beliau tidak makan sayur dan banyak minum air tin, saya sediakan vitamin sebelum beliau masuk tidur, saya menjadi jam loceng dalam hal ehwal agama kami,saya menjadi bibik mengemas rumah dan peti ais, saya menjadi wakil kepada beliau dalam hal kejiranan, menjadi guru dan driver kepada anak-anak kami, and yet I'm still not good enough as good as working wife who have their own money for certain group of people. Haish -___-
Oleh itu, fikir dahulu sebelum terjebak...Teheehee
Terima kasih MR.XOXO.... *Hugs*