Jenis Percutian Anda

::Assalamualaikum::

Hi, lama tidak ketemu, maklumlah minggu lepas dapat kerja tak bergaji dengan menjadi tourist guide kepada abang ipar, busy bangat dong!Heheheh..

Jadi bila ada kelapangan seperti ini, mula gatal tangan nak menekan keyboard. Ini juga berikutan dengan siri lawatan yang bakal menyusul selepas ini. Bulan April nanti, ADIK saya dan geng kampungnya akan menyerang, selepas raya nanti berkemungkinan GENG MAK MANDIR pula akan menyusul. Maka hari-hari ku di isi dengan melakukan research mengenai SABAH negeri di bawah bayu serta kemudahan yang diperlukan apabila mereka tiba di sini nanti.

Okay, sebelum anda memilih Sabah sebagai destinasi percutian, satu SOALAN yang akan saya tanya ialah: "Apakah jenis percutian yang anda idamkan?"

a. Kota metropolitan yang berteknologi tinggi
b. Pusat membeli-belah dengan barangan berjenama
c. Keindahan alam serta budaya penduduknya
d. Aktiviti alam 

Sekiranya anda memilih jawapan a&b, saya nasihatkan anda bercuti di "CONCRETE JUNGLE" yang menyedaikan hotel-hotel mewah serta bangunan TEBAL seperti Singapore, Hong Kong, Tokyo, Kuala Lumpur dan sebagainya. Kerana di Sabah, apa yang menarik ialah BUDAYA, TRADISI serta KEINDAHAN ALAMNYA.

Di sini terdapat pelbagai aktiviti luar seperti water rafting, snorkeling, diving , rock climbing, meniti janbatan gantung, mandi air panas, mandi air terjun dan shopping!Shopping yang saya maksudkan bukan di Megamall tapi di pasar malam dan Philippine Market. PEARL..PEARL..PEARL,*Gaya Lisa dalam Istanbul*mesti orang perempuan naik meroyan nih!!!

Okay sekian dari saya. Oleh itu rancanglah percutian anda!

Beger Cerdik Vs Beger Bodo

::Assalamualaikum::

Haa!..Jangan ada yang berkecil hati pula bila baca tajuk di atas. Manalah tahu, si pencinta beger tegar terasa hati pula, nanti cakap saya mendiskriminasi spesis beger cerdik dan bodo thehehehhe. Even BURGERS HAVE PROBLEM TOOOOO!!!Muahahhahah....*Opss terlebih suda*

Sebelum kita pergi dengan lebih panjang lebar,biar saya definisikan beger yang saya maksudkan di atas. 

BEGER CERDIK yang saya maksudkan adalah beger modern, beger yang mempunyai rangkaian francais seperti :





Mungkin boleh juga dipanggil sebagai beger KAYA atau beger MODERN


BEGER BODO pula membawa maksud beger di gerai-gerai, beger yang di masak oleh mat/abang beger yang kebanyakkannya menggunakan produk :


Boleh juga digelar sebagai beger MISKIN atau beger KAMPUNG


Up to you lah nak beri panggilan apa, tapi korang fahamkan perbezaan antara dua beger ni? Soalannya sekarang, sampai  bila kita akan terlampau bergantung harap terhadap beger-beger KAYA dan CERDIK ni hinggakan setiap kali kita keluar ke shopping complex atau setiap kali kita buntu untuk membuat keputusan apa yang harus kita makan, acap kali beger CERDIK lah yang menjadi penyelesaiannya. Call saja, delivery sampai..dengan hanya RM10 ringgit kita mampu menjamah sebiji beger, fries serta soft drink dengan cepat serta tepat. Tapi,bila mulanya operasi BOIKOT-MEMBOIKOT semua gelabah..*termasuk saya :)

So, I'm just wondering, why don't we MALAYSIAN, especially pengusaha produk beger  terbesar Malaysia En.Ramly menubuhkan sebuah RESTAURANT/Francais yang menjual beger-beger hebat hasil daripada produk beliau. Kita kumpulkan semua mat-mat/abang-abang beger di luar sana dan buat satu reality TV untuk mencari 4-5 resipi yang paling sedap! Kemudian kita standardize kan rasanya dan kita buka restaurant FAST FOOD MALAYSIA!!!! *Semangat-semangat* 

Setiap setahun, kita adakan sesi pencarian resepi baru untuk kita tambah resipi yang sedia ada. Dan semestinya pemenang mendapat hadiah yang setimpal bukan?! See..oleh itu kita tidak perlu bergantung harap pada Uncel McDonald setiap masa sampai bergaduh sana-sini. Sesungguhnya beger BODO atau KAMPUNG ini lebih KAYA dari segi hasilannya. Mana nak dapat beger sooo called... KAYA dan MODERN tu ada BAKED BEANS?APPELS? PURPLE CABBAGE??PINEAPPLES? Ko ade?? (^.^)

Slurrrppp Sedpanyeeee...










Owhh...stresss, I miss Beger Mat'e in Kongsi Balik Pulau,

Hidup Ibarat Memasak Sotong Goreng Tepung

:: Assalamualaikum::

Alamak!!! tajuk tak boleh blah, bahahahha..Nak tahu kenapa? Sebabnya.. setelah percubaan kali ketiga, baru sotong goreng tepung ku menjadi!! Yeayyy * tepuk tangan* . Nak tgk gambar??Tunggu akhir sekali ok :) 

Sejak kebelakangan ini, saya sering post benda-benda yang agak berat dan seriuskan?OK hari ni kita santai sikit, kita cerita mengenai sotong goreng tepung. Saya sememangnya meminati sotong, lagi-lagi kalu digoreng ranggup, kebetulan pula si suami juga mempunyai kegemaran yang sama, yang lebih serius, beliau hanya makan SOTONG GORENG TEPUNG SAHAJA!!!Sotong gulai, sotong tom yam, sotong cili, sotong kunyit semua REJECT.Di sebabkan sifat kasih yang menebal dari seorang isteri kepada suaminya *ahhaksss...,maka aku pun GIGIH memasak si sotong. 


Percubaan PERTAMA:

Ikut resepi di belakang kotak tepung ADABI, eheheh...mcm biasalah. Celupkan sotong bersama telur yang telah dipukul kembang, kemudian gaulkan sotong dengan tepung ADABI.Goreng.

KEPUTUSANNYA: Sotong berminyak,tidak ranggup dan minyak rosak.


Percubaan KEDUA:

Ikut resepi dalam rancangan "Dapur Nonya TV3" ( Sila nyanyi seperti dalam rancangan tersebut...Dapur-dapur  Nonya). Gaulkan sotong bersama putih telur, kemudian celupkan sotong ke dalam campuran tepung gandum dan tepung beras serta sedikit garam.Goreng.

KEPUTUSANNYA: Sotong keras, rasanya seperti nak tercabut gigi.


Percubaan KETIGA:

Ubah suai dari resipi CUCUR UDANG MEE MAMAK, di mana... campurkan tepung gandum bersama sedikit garam, lada putih,serbuk SODA BIKARBONAT serta sedikit BAKING POWDER, *sukatan, hujung sudu kecil. Gaulkan sotong bersama tepung.Goreng

KEPUTUSANNYA: Memberangsangkan...hehehe.Ranggup, lembut dan tidak berminyak.     LULUS!!!


MORAL OF STORY:  Lakukan sesuatu yang kita SUKAI, walau seberapa lama masa di ambil, sebanyak mana kita gagal, seteruk mana kita jatuh. Kita tidak akan menyesal, mengeluh dan letih, kerana kita SUKA. Lihat saja  Mr. Thomas Edison, pencipta "light bulb", berapa lama masa di ambil untuk menyiapkan sebutir mentol? Berapa banyak mentol yang meletup sehingga menjejaskan pendengaran beliau? Dan bagaimana beliau boleh bertahan dan berjaya? Kerana.... beliau SUKAKANNYA. Kalau la, kita paksa Mr. Thomsa Edison masak sotong goreng tepung...agak-agak success tak?Bahahhahah...ok.Da....



Tadaaaa...Sotong Goreng Tepung Success!



Social Network

::Assalamualikum::

Hai, apa khabar warga blog..hari ni kita cerita pasal Facebook, Instagram dan Twitter, semuanya adalah dari species Social Network.  Mesti anda mempunyai sekurang-kurang satu daripada senarai di atas bukan? Paling common Facebook, saya? Saya ada semuanya!Muahahah..am i I addicted to Social Network?Hmm...ada for sake of ada. Dulu semasa zaman muda-mudi sering saya update status di FB, dan post gambar. But, sejak dewasa ni..mula malu nak post gambar sendiri. Mula rasa it's my personal life..mula nak sorok gambar husband.hahah.

My facebook is open for all my friends, sebab time tu GILA nak kumpul kawan,sesape je ADD FRIEND, APPROVED!!! Nak kumpul kawan siapa lagi ramai. Even 1 mutual friend pun approved.HAHAHA.. Tapi bila dah lama, start confuse..belek gambar dan profile, mula hilang ingatan, SIAPA mamat ni?,siapa minah ni?..maka misi mengUNFRIEND dimulakan untuk orang yang tak dikenali. Sorry ya..tapi untuk melakukan aktiviti UNFRIEND-UNFRIEND nie memakan masa yang lama. Then i decide to use INSTAGRAM...



My INSTAGRAM are strictly to my truly friends, yang saya rasa  tak kisah untuk share my photos and I'm a bit selective with my follower and who that I follow.Cause, photos  may describe my lifestyle and my daily activities.So, for those who feel ANNOYED/RIMAS/JELIK/MENYAMPAH please feel free to UNFOLLOW me. Kalau gambar saya mengundang ketidak senangan di hati, rasa saya RIAK, rasa saya MENUNJUK-NUNJUK sekali lagi sila UNFOLLOW saya. Jangan jadikan gambar saya sebagai pencetus perasaan tidak selesa kerana ianya mengundang dosa kepada kedua-dua pihak. I will do the same thing too, kalau saya rasa gambar anda (rakan/artis) mengundang perasaan yang saya sebutkan tadi, saya akan berhenti dari melanggani gambar-gambar cantik anda. My RULE is simple, tak suka jangan FOLLOW, tak sakit MATA, tak sakit HATI.



TWITTER pula, hanya suka-suka.Sekadar ada,untuk follow quote-quote yang sedap serta public figure yang saya suka.Kalau dia orang buat hal, gaduh sana sini, provoke sini sana..., I just UNFOLLOW them, as simple as that.Mueheheheh...


Opss lupa, and i just twit with my husband *ahakss 

Zakat

:: Assalamualaikum ::

Marilah..mari, kita berzakat, tunaikan kewajipan pada agama..hihi. Hari ni saya nak bercerita mengenai zakat. Sudahkah anda menunaikan zakat? Zakat merupakan rukun Islam ke-4, di mana wajib kita sebagai yang mengaku Islam menunaikannya. Entry ni bukan untuk mencanang bahwa saya telah membayar zakat, jauh sekali menunjuk alim, tapi ianya sebagai  peringatan dan kesedaran. Kenapa saya katakan sebagai peringatan? Kerana saya juga pernah tersasar dan langsung tak aware pasal ni. Setelah saya berkahwin, dan suami menerangkan kepada saya, baru saya sedar akan perkara ini.  Saya yakin, ramai dari kita tidak pernah miss dari menunaikan zakat fitrah, zakat time hari raya tu. Tapi kita miss zakat harta, iaitu zakat PENDAPATAN serta zakat SIMPANAN. Kenapa saya petik zakat pendapatan dan simpanan? Kerana saya yakin semua dari kita mempunyai pendapatan tetap * bagi yang bekerja , serta simpanan. Simpanan yang saya maksudkan ialah selain dari Tabung Haji, kerana Tabung Haji mengenakan potongan zakat pada setiap tahun. Selain daripada zakat harta yang saya nyatakan di atas, berikut adalah jenis zakat yang tergolong dalam lingkungan zakat harta.Iaitu: 

  • Zakat Perniagaan
  • Zakat KWSP
  • Zakat Saham
  • Zakat Ternakan
  • Zakat Emas & Perak
  • Zakat Pertanian                                    


Zakat merupakan salah satu cara untuk membersihkan harta, tapi jangan kita salah anggap dengan ayat tersebut. Nanti si cerdik pandai buat smuggling activities, money laundering pastu bayar zakat, " Bersihkan harta katanya"..mueheheh. Di sini saya sertakan sekali, dalil serta soal jawab mengenai zakat:


Zakat adalah satu daripada Rukun Islam yang lima. Zakat diertikan sebagai tumbuh dan bertambah. Ianya juga bererti berkat,bersih,suci,subur dan berkembang maju.

DALIL WAJIB MENGELUARKAN ZAKAT
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kamu kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat."
(Surah An-Nur : 56)
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Ambillah zakat dari harta mereka yang berada bagi membersihkan diri dan harta mereka dan doakan mereka setelah menerimanya."
(Surah At-Taubah : 103)
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Dan di dalam harta benda mereka ada hak untuk yang meminta dan orang yang tidak memperolehi belanja hidupnya."
(Surah Adz-Dzariat : 19)

Dari ayat-ayat di atas amat jelas tentang kewajipan berzakat dan sesiapa yang mengingkari atau meragui kefardhuannya maka ianya terkeluar dari agama islam. Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-orang yang mengingkari membayar zakat. Mereka yang kaya dan berada juga harus menyedari bahawa wujudnya hak orang-orang fakir dan miskin di dalam harta yang mereka miliki.


Dalil Wajib Zakat Pendapatan
Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
"Wahai orang-orang yang beriman! Berzakatlah sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu."
(Surah Al-Baqarah : 267)
Di dalam ayat di atas, Allah menjelaskan segala hasil usaha yang baik-baik wajib dizakatkan, dan bagi mereka yang menjadikan makan gaji itu sebagai satu profesion maka ianya juga termasuk sebagai hasil usaha. Begitu juga Imam Ar-Razi menegaskan dalam konsep menyeluruhnya yang dihasilkan oleh kegiatan manusia.


Syarat-Syarat Wajib Zakat Pendapatan
1. Islam
2. Merdeka
3. Sempurna Milik
4. Hasil usaha yang baik sebagai sumber zakat
(Hasil usaha tersebut termasuklah pendapatan dan elaun tetap (tidak berubah).
5. Cukup Nisab
Nisab bagi zakat pendapatan adalah berasaskan kepada nilai 85 gram emas harga semasa, memandangkan pendapatan biasanya diterima dalam bentuk matawang yang kadar nisabnya disandarkan kepada kadar nisab emas.
6. Cukup Haul
Mengikut kaedah umum pengiraan harta-harta zakat maka dalam konteks zakat pendapatan, jangkamasa setahun adalah merupakan jarak masa bagi mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatannya. Dalam hal ini, apa yang lebih penting seharusnya zakat pendapatan ini dilihat dari segi persoalan harta perolehan atau penghasilan dan bukannya persoalan harta wang simpanan. Ini bersesuaian dengan tuntutan dan roh Islam terhadap kewajipan berzakat.





 4. Adakah seorang isteri yang berkerja wajib menunaikan zakatnya? Atau cukup sekadar suaminya sahaja yang menunaikan zakat?

Zakat adalah tertakluk kepada INDIVIDU. SUAMI yang berkerja maka zakat wajib ke atasnya, maka ISTERI yang berkerja juga wajib zakat ke atasnya. Begitu juga, wang simpanan isteri milik isteri dan wajib dizakatkan, wang simpanan suami milik suami maka wajib dizakatkan. Ia adalah harta individu. Maka, suami dan isteri hendaklah mengira sendiri, sama ada pendapatan tahunan mereka wajib dizakatkan atau tidak. Sekiranya wajib, maka masing-masing wajib mengeluarkan zakat. Ia berbeza dengan zakat fitrah pada bulan Ramadan, kerana ia dikeluarkan oleh ketua keluarga untuk semua tanggungannya.

Islam Untuk Semua

:: Assalamualaikum::

Hamboi..rajin pulak sejak dua menjak ni kan?Asyik mengupdate je *Owh My Malay* Dah update, tajuknya pulak mcm serius je kan?Mood memikir sudah sampai (*.*) Today,tajuk saya macam ala-ala ustazah sikit.Teehee..saya ingatkan ini hanya pandangan saya sahaja, saya bukan ilmuan, saya bukan ustazah, saya bukan ahli agama..cuma manusia biasa, yang imannya bagaikan buih di tepi pantai, kadang-kadang naik..kadang-kadang turun. Harap entry ini dapat dibaca dengan hati yang lapang tanpa ada sentimen perkauman mahupun agama.

Kita sering mendengar sentimen agama sering menjadi paparan hangat di dada akbar tidak kurang juga sering dipolitikkan. Kononnya terdapat gerakkan agama lain untuk memurtadkan kita, yakni yang beragama Islam. Dan sering kita lihat, golongan Melayu ini, menganggap agama Islam ini adalah hak mutlak mereka, sehingga tidak boleh di cuit sedikit pun oleh manusia beragama lain. Kita juga sering melihat, bagaimana SEGELINTIR golongan-golongan Islamic ini bergaul, mereka lebih gemar berada dalam kelompok mereka sahaja sehingga membuatkan kita, yakni saya yang imannya turun naik ini berasa malu untuk bersama-sama mereka. Mereka lebih gemar untuk menyebar dan berkongsi tentang manisnya Islam dengan orang yang sebulu / sepakaian mereka sahaja. Maaf saya katakan, tiada sifat friendly sesama manusia sejagat. Ini secara tidak langsung, memberi persepsi malu untuk saya mendekati mereka kerana saya tidak berjubah dan bertudung labuh. Tiada senyuman dari wajah yang dapat menghilangkan malu dan gentarnya saya berpakaian jeans + blouse + tudung indon. Mungkin ayat pertama untuk memulakan perbualan adalah dengan bertanya
 " Apa khabar Iman di dada?" * Ayat Suami* Kalau iman kita sama tinggi maka boleh lah kita berkawan, if not try to find someone else at your level. Mungkin saya agak sinis, dan mungkin tidak semua, tapi inilah acap kali saya hadapi. Saya cuma hanya ingin berkawan..kalau Iman anda lebih tinggi dari saya, tidak salah kalau anda didik saya supaya Iman saya juga tinggi seperti anda? Kalau Iman kita sama level, jom kita sama-sama tingkatkan Iman kita. Simple kan?

Suami sering bercerita perihal kisah-kisah di hospital dan kadang-kadang dia mengeluh kenapa kita orang Islam tidak menghargai manusia dari agama lain, mahupun manusia yang baru memeluk Islam. Pernah ketika suami singgah di Masjid, ada seorang lelaki Mualaf datang meminta sedekah kerana sudah beberapa hari tidak makan. Kenapa kita tidak menghargai suadara baru yang diberi hidayah oleh Allah untuk memeluk agama yang suci ini? Bukankah kita terlampau sensitif bila ada orang Islam yang murtad? Kenapa bila ada suadara baru, kita membiarkan mereka terumbang ambing?Pada ketika ini, mereka amat memerlukan sokongan dari segi emosi dan kewangan kerana besar kemungkinan mereka dibuang oleh kaum keluarga., hilang pekerjaan dan hilang tempat berteduh. Kita tidak mahu mereka berasa menyesal setelah memeluk agama suci ini dan kemudian mencari agama lain yang mampu memberi sokongan emosi dan kewangan. Kita lihat sahaja gerakkan agama lain yang menyebarkan agama mereka, apa yang mereka beri? Sokongan emosi, bantuan dari segi kewangan dan tenaga. Mereka sanggup berhijrah dan menetap di kawasan pendalaman,kawasan daif dan bencana. Kita? Apa yang kita buat?Ceramah di TV, ceramah di Masjid, ceramah di rumah kenamaan, ceramah kepada mereka yang sudah tebal imannya. Tidak mahu mengotorkan kaki kerana Islam itu terlalu special? Bagaimana dengan  mereka yang tinggal di pendalaman? Mereka orang asli? Mereka yang dari negara miskin? Saya tidak menunding jari pada sesiapa, malah saya juga bersalah, mungkin akan ada yang berkata, "Ahhh cakap macam tin kosong!!" Apa yang telah kau buat?? Ini yang saya mampu buat, hanya dengan menulis dan elakkan untuk menilai manusia lain tak kira bangsa dan agama.

Lagi cerita daripada suami saya, di mana ketika beliau bertugas di jabatan bedah. Sebelum pembedahan dilakukan, akan ada seorang Paderi datang untuk membacakan doa, memohon agar pembedahan selamat dilakukan dan memohon agar pesakit sembuh, seterusnya diAminkan oleh kaum kerabat pesakit. Alangkah manisnya kalau setiap hospital di Malaysia ini mempunyai ahli-ahli agama/ ustaz yang bisa melakukan tugas sedemikian. Memberi kata-kata semangat, dorongan dan sokongan agar si pesakit ini kuat dan menerima dugaan Allah. Jangan disebok pasal hukum meletak gambar perkahwinan di facebook kerana mengundang fitnah.*Kalau taknak diundang fitnah jangan ada akaun Facebook langsung.Manusia ni kalau letak gambar monyet sekali pun akan jadi isu.* Jangan disebok dengan tarian Gangnam style. Jangan dikecoh suami isteri berpelukan dikhalayak ramai..ada benda lebih penting yang harus kita ambil perhatian.

Berada di Sabah, di mana majoritinya adalah beragama Kristian membuatkan saya celik, betapa kita sebagai umat Islam jauh ketinggalan dalam memaparkan imej yang baik dan masih di belenggu dengan sifat pentingkan tembolok sendiri. SEKIAN


* Ini merupakan post yang amat berat bagi saya, maaf jika menyinggung perasaan kerana sesuatu yang BENAR itu amat PAHIT untuk kita terima.

The Power of Giving

:: Assalamualiakum::

The Power of Giving by Azim Jamal & Harvey McKinnon ya..bukan The Power of Love, itu lagu Celine Dion..haha. Saya masih dalam proses menghabiskan buku tersebut. Ini adalah buku paling lama masa yang saya ambil untuk habiskan. Sejak berkahwin ni, malasnya nak membaca, nak ikutkan ada je masa terluang. Tapi saya ulangi MALAS. Ini tidak boleh..tidak boleh* Lagu Yuna. 

Okay buku ini menceritakan mengenai manisnya jika kita MEMBERI a.k.a Beauty of Giving. Bak kata pepatah " Memberi Lebih Baik Dari Menerima". Bagaimana hendak memupuk minat MEMBERI? Apa yang boleh kita BERI? Kepada siapa harus kita BERI? MEMBERI dengan IKHLAS. Sejak kecil saya dan keluarga dididik oleh Ibu dan ayah tentang nikmatnya memberi. Ibu sering memasak makanan dengan kuantiti yang banyak untuk diberikan pada jiran dan kaum keluarga, terutamnaya pada bulan Ramadhan. Pada ketika itu saya masih kecil, masih tidak faham akan nikmatnya memberi, nikmatnya melihat orang lain gembira. Pernah pada suatu petang, saya disuruh untuk menghantar cucur udang ke rumah Arwah Tok untuk berbuka puasa, apa yang saya lakukan ialah mengambil sebahagian dari cucur itu dan menyorokkannya di dalam raga basikal. Hahahha..kerana sifat tamak,lapar dan sumpah, kuantiti cucur itu amat banyak pada pandangan mata lapar saya ini *Cucur udang Ibu saya super sedap!!! Ibu mendidik kami, jika mendapat sesuatu yang kita hajati jangan lokek untuk bersedekah, walaupun hanya dengan seikat pisang. Oleh itu, setiap kali keputusan peperiksaan dikeluarkan Ibu akan membuat kenduri pisang, nasi lemak,kuih, bihun dan macam-macam lagi di masjid. Arwah ayah sebagai penghantar, kami anak-anak sebagai asisstant di dapur. Lama kelamaan sifat ini sebati dalam diri..

Oleh itu sejak saya membaca buku tersebut, timbul konflik dalam diri.. fikiran saya masih stuck menganggap memberi berkait rapat dengan WANG. Saya adalah surirumah sepenuh masa, tiada gaji RASMI cuma gaji khas.Teheee..Oleh itu untuk saya memberi adalah satu perkara yang sukar kerana minda saya masih tersekat   MEMBERI = WANG. Akhirnya saya mengerti ianya tidak terbatas hanya pada wang, berikan masa untuk mendengar masalah orang lain, berikan ruang untuk menerangkan keadaan, berikan doa untuk orang yang kita kasihi, berikan kata-kata semangat untuk yang memerlukan, berikan senyuman pada pak cik guard atau cashier, berikan penyelesaian dan option untuk yang mereka yang buntu, berikan masa memikirkan masa depan orang lain * dikira ey?? beri kasih sayang sesama manusia sejagat, memberi perhatian pada isu semasa dan pelbagai.

Namun,dalam banyak-banyak perkara yang dapat kita beri ini, ada satu perkara yang sukar untuk kita terima, iaitu memberi tanpa mengharapkan BALASAN. Bagaimana untuk memberi dengan ikhlas?* Tak boleh nak ulas, belum habis baca buku.Bahahah.. Bila saya sudah khatam buku ini, akan saya ulas dengan panjang lebar. Sekian.

* Nikmatnya lebih terasa apabila kita memberi pada mereka yang langsung tidak dijangka, contohnya Pak Guard, Makcik Cleaner dan adik jaga parking. They will smile all the time :)

Rezeki

:: Assalamualaikum ::

Selamat Tahun Baru, Happy New Year!! Lama menyepikan?Semua gara-gara terminate Maxis Broadband dan tunggu TM Streamxy dimasukkan,makan masa selama 3-4 hari juga lah.Kemudian sebuk memanjang dengan hal keluarga..Hidup ni memang tak dapat diramal. Kadang-kadang Allah telah berikan petunjuk, namun kita sebagai manusia lemah tak dapat nak kenal pasti, samada ianya adalah petunjuk mahupun hanya mainan perasaan atau khayalan. Sama juga dalam hal rezeki..rezeki Allah ini luas..tak dapat diduga,saya akui..rezeki saya untuk menjadi seorang engineer tiada. Mungkin juga saya salah kerana terlalu yakin bahawa ia bukanlah kerjaya yang saya impikan sehingga tidak memberi peluang pada diri.Terlalu takut untuk menerima cabaran serta tiada sifat tolak ansur dalam diri ini.Saya telah melalui pebagai proses interview, kebanyakanya adalah dari kilang-kilang berstatus gergasi, tapi entah kenapa saya terjerat dengan impian saya sendiri dengan menerima jawatan di salah sebuah agensi perbankan (konvensional). Secara jujurnya saya langsung tidak "google" mahupun melakukan research what is the roles and rules of bankers, I have no idea how they work and deal. I just accept the work because they offered me with good salary, benefit and I'm desperate. Desperate because most of my friend sudah berkerja, desperate because pada masa itu, bakal suami saya (suami saya sekarang) juga menghadapi krisis dalam kerjaya beliau. Saya bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Saya akui, saya mempunyai masa depan yang cerah dengan kerjaya yang saya pilih, mungkin tahun depan saya sudah menjadi assistant branch manager, mungkin selepas 5 tahun saya akan menjadi branch manager, kerana program ini adalah untuk melahirkan bakal-bakal manager. Kami dilayan bagaikan anak emas..disediakan kelas-kelas yang menarik, grooming class, communication class, business class. Diberikan kemudahan yang mewah, bilik hotel mewah, dinner mewah, setiap bulan ke KL menaiki  kapal terbang, dapat penghormatan dari rakan sekerja. Walaupun belum setahun bekerja, sudah mendapat 1 setengah bulan bonus, dalam masa kurang setahun dua kali di naikkan gaji. Apa lagi yang kau cari? I can't answer that question. Tiada bahagia di hati...jauh dari kawan-kawan, jauh dari keluarga, jauh dari Allah. Ketika itu baru saya mengerti, nikmatnya berada di tikar sembahyang di waktu maghrib. Ramai yang sejukkan hati saya dengan gaji dan bonus yang diterima. Sorry my friend, money can't motivate me. Saya bagaikan  robot yang di program untuk melakukan tugas harian. Bekerja tanpa ada rasa ikhlas..jumpa customer tanpa rasa ikhlas, menjual/mempromosi/ product bank tanpa rasa ikhlas..semua hanya mengharapkan gaji di hujung bulan. Ini menambahkan sifat pentingkan diri yang ada dalam diri saya. Semunya perihal wang..hidup semata-mata untuk wang.Bagaimana hendak menganggap kerja itu sebagai satu ibadah? Terlalu banyak yang saya pertikaikan dalam kerja sehari-hari. Bagaimana kita harus BIAS dalam melayan customer, customer berwang, punyai kepentingan harus diutamakan, sehingga mengabaikan customer yang telah menunggu sekian lama. Hanya kerana dia menoreh getah, hanya kerana dia datang untuk claim insurance, hanya kerana dia nelayan. Malu dengan diri sendiri, malu dengan peribadi sendiri. Maaf, mungkin anda mampu..(other bankers) tapi tidak saya.

Akibat dari bekerja tanpa rasa ikhlas, saya mula mencari alasan untuk tidak memberi sepenuh contribution to the company. Pantang sakit sikit, MC yang saya cari. Pantang ada yang tak kena, sepanjang hari saya salahkan management . Bukak e-mail susah..saya marah, asyi-asyik kena tukar password, seminggu saya menyumpah..what can I said..I'm a negative people.Oleh yang demikian, saya mula mencari..saya google, do some research berkaitan..Hukum Bekerja Di Bank Konvensional. Ini yang saya baca..


Pandangan Islam Terhadap Bekerja Dengan Bank Konvensional
Soalan:
Adakah haram bekerja dengan bank atau berurusan dengan bank?
Jawapan oleh Dr. Monzer Kahf  Pakar Ekonomi & Kewangan Islam:
 "Kita semua tahu yang faedah bank ialah sejenis Riba yang diharamkan oleh Shariah. Shariah juga mengharamkan memberinya, menerimanya atau mengambilnya, menulis kontraknya dan menjadi saksi atasnya. Maka, sebarang kerja yang memerlukan seorang Muslim untuk membuat kontrak Riba, atau menjadi perantara dakam melakukannya seperti berunding dengan pelanggan, mendorong kontrak ditandatangani  atau menandatangani  bagi pihak bank dan kerja-kerja lain yang berkaitan secara langsung dengan membuat kontrak berasaskan Riba yang berkaitan dengan simpanan atau pembiayaan dalam bank yang berasaskan Riba adalah diharamkan. 
Terdapat banyak kerja dalam bank yang  tidak berkaitan secara langsung dengan Riba seperti pengawal keselamatan, juruwang, bendahari,  penyelidik, penyelia bangunan dan mesin, dan sebagainya., Saya ingin memetik pendapat dua ulama muslim terkemuka dalam hal berkenaan seperti berikut:
Yang berbahagia Sheikh Muhammad al-Siddiq al-Darir dari  Sudan dan  Yang berbahagia Sheikh Muhammad al-Mukhtar al-Sallami dari  Tunis berpendapat yang pekerjaan seperti itu tidak termasuk dalam larangan itu. Bagaimanapun, mereka berpendapat yang kerja yang menyokong operasi berasaskan riba adalah haram."
Terjemahan daripada: Working for Banks: Islamic View
Seterusnya boleh didapati di bawah:

Walaupun saya terpaksa membayar pampasan di atas perletakkan jawatan saya,saya anggap ianya adalah salah satu cara untuk membersihkan segala rezeki/gaji yang sama terima selama ini. Mungkin saya tidak lagi semewah dulu, tapi saya dapat kembali apa yang jauh dari saya satu ketika dulu, keluarga, kawan-kawan, Magrib dan ketenangan hati. 

Andai suatu hari nanti, suami saya mengambil keputusan untuk terus berkhidmat di hospital kerajaan. Saya faham dan akan terus menyokong beliau, mencari kemanisan disebalik usaha jerih adalah sesuatu yang tak dapat diungkap dengan kata-kata.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...