Islam Untuk Semua

:: Assalamualaikum::

Hamboi..rajin pulak sejak dua menjak ni kan?Asyik mengupdate je *Owh My Malay* Dah update, tajuknya pulak mcm serius je kan?Mood memikir sudah sampai (*.*) Today,tajuk saya macam ala-ala ustazah sikit.Teehee..saya ingatkan ini hanya pandangan saya sahaja, saya bukan ilmuan, saya bukan ustazah, saya bukan ahli agama..cuma manusia biasa, yang imannya bagaikan buih di tepi pantai, kadang-kadang naik..kadang-kadang turun. Harap entry ini dapat dibaca dengan hati yang lapang tanpa ada sentimen perkauman mahupun agama.

Kita sering mendengar sentimen agama sering menjadi paparan hangat di dada akbar tidak kurang juga sering dipolitikkan. Kononnya terdapat gerakkan agama lain untuk memurtadkan kita, yakni yang beragama Islam. Dan sering kita lihat, golongan Melayu ini, menganggap agama Islam ini adalah hak mutlak mereka, sehingga tidak boleh di cuit sedikit pun oleh manusia beragama lain. Kita juga sering melihat, bagaimana SEGELINTIR golongan-golongan Islamic ini bergaul, mereka lebih gemar berada dalam kelompok mereka sahaja sehingga membuatkan kita, yakni saya yang imannya turun naik ini berasa malu untuk bersama-sama mereka. Mereka lebih gemar untuk menyebar dan berkongsi tentang manisnya Islam dengan orang yang sebulu / sepakaian mereka sahaja. Maaf saya katakan, tiada sifat friendly sesama manusia sejagat. Ini secara tidak langsung, memberi persepsi malu untuk saya mendekati mereka kerana saya tidak berjubah dan bertudung labuh. Tiada senyuman dari wajah yang dapat menghilangkan malu dan gentarnya saya berpakaian jeans + blouse + tudung indon. Mungkin ayat pertama untuk memulakan perbualan adalah dengan bertanya
 " Apa khabar Iman di dada?" * Ayat Suami* Kalau iman kita sama tinggi maka boleh lah kita berkawan, if not try to find someone else at your level. Mungkin saya agak sinis, dan mungkin tidak semua, tapi inilah acap kali saya hadapi. Saya cuma hanya ingin berkawan..kalau Iman anda lebih tinggi dari saya, tidak salah kalau anda didik saya supaya Iman saya juga tinggi seperti anda? Kalau Iman kita sama level, jom kita sama-sama tingkatkan Iman kita. Simple kan?

Suami sering bercerita perihal kisah-kisah di hospital dan kadang-kadang dia mengeluh kenapa kita orang Islam tidak menghargai manusia dari agama lain, mahupun manusia yang baru memeluk Islam. Pernah ketika suami singgah di Masjid, ada seorang lelaki Mualaf datang meminta sedekah kerana sudah beberapa hari tidak makan. Kenapa kita tidak menghargai suadara baru yang diberi hidayah oleh Allah untuk memeluk agama yang suci ini? Bukankah kita terlampau sensitif bila ada orang Islam yang murtad? Kenapa bila ada suadara baru, kita membiarkan mereka terumbang ambing?Pada ketika ini, mereka amat memerlukan sokongan dari segi emosi dan kewangan kerana besar kemungkinan mereka dibuang oleh kaum keluarga., hilang pekerjaan dan hilang tempat berteduh. Kita tidak mahu mereka berasa menyesal setelah memeluk agama suci ini dan kemudian mencari agama lain yang mampu memberi sokongan emosi dan kewangan. Kita lihat sahaja gerakkan agama lain yang menyebarkan agama mereka, apa yang mereka beri? Sokongan emosi, bantuan dari segi kewangan dan tenaga. Mereka sanggup berhijrah dan menetap di kawasan pendalaman,kawasan daif dan bencana. Kita? Apa yang kita buat?Ceramah di TV, ceramah di Masjid, ceramah di rumah kenamaan, ceramah kepada mereka yang sudah tebal imannya. Tidak mahu mengotorkan kaki kerana Islam itu terlalu special? Bagaimana dengan  mereka yang tinggal di pendalaman? Mereka orang asli? Mereka yang dari negara miskin? Saya tidak menunding jari pada sesiapa, malah saya juga bersalah, mungkin akan ada yang berkata, "Ahhh cakap macam tin kosong!!" Apa yang telah kau buat?? Ini yang saya mampu buat, hanya dengan menulis dan elakkan untuk menilai manusia lain tak kira bangsa dan agama.

Lagi cerita daripada suami saya, di mana ketika beliau bertugas di jabatan bedah. Sebelum pembedahan dilakukan, akan ada seorang Paderi datang untuk membacakan doa, memohon agar pembedahan selamat dilakukan dan memohon agar pesakit sembuh, seterusnya diAminkan oleh kaum kerabat pesakit. Alangkah manisnya kalau setiap hospital di Malaysia ini mempunyai ahli-ahli agama/ ustaz yang bisa melakukan tugas sedemikian. Memberi kata-kata semangat, dorongan dan sokongan agar si pesakit ini kuat dan menerima dugaan Allah. Jangan disebok pasal hukum meletak gambar perkahwinan di facebook kerana mengundang fitnah.*Kalau taknak diundang fitnah jangan ada akaun Facebook langsung.Manusia ni kalau letak gambar monyet sekali pun akan jadi isu.* Jangan disebok dengan tarian Gangnam style. Jangan dikecoh suami isteri berpelukan dikhalayak ramai..ada benda lebih penting yang harus kita ambil perhatian.

Berada di Sabah, di mana majoritinya adalah beragama Kristian membuatkan saya celik, betapa kita sebagai umat Islam jauh ketinggalan dalam memaparkan imej yang baik dan masih di belenggu dengan sifat pentingkan tembolok sendiri. SEKIAN


* Ini merupakan post yang amat berat bagi saya, maaf jika menyinggung perasaan kerana sesuatu yang BENAR itu amat PAHIT untuk kita terima.

3 comments:

  1. cik ah.ini sangat dipersetujui saya.goosebump kjap.hehe.saya ingin belajar tp xtau mau bertanya pd sapa.

    ReplyDelete
  2. Kan?tengok kita semacam ja.Senyum pun mahal sungguh.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...