The Power of Giving

:: Assalamualiakum::

The Power of Giving by Azim Jamal & Harvey McKinnon ya..bukan The Power of Love, itu lagu Celine Dion..haha. Saya masih dalam proses menghabiskan buku tersebut. Ini adalah buku paling lama masa yang saya ambil untuk habiskan. Sejak berkahwin ni, malasnya nak membaca, nak ikutkan ada je masa terluang. Tapi saya ulangi MALAS. Ini tidak boleh..tidak boleh* Lagu Yuna. 

Okay buku ini menceritakan mengenai manisnya jika kita MEMBERI a.k.a Beauty of Giving. Bak kata pepatah " Memberi Lebih Baik Dari Menerima". Bagaimana hendak memupuk minat MEMBERI? Apa yang boleh kita BERI? Kepada siapa harus kita BERI? MEMBERI dengan IKHLAS. Sejak kecil saya dan keluarga dididik oleh Ibu dan ayah tentang nikmatnya memberi. Ibu sering memasak makanan dengan kuantiti yang banyak untuk diberikan pada jiran dan kaum keluarga, terutamnaya pada bulan Ramadhan. Pada ketika itu saya masih kecil, masih tidak faham akan nikmatnya memberi, nikmatnya melihat orang lain gembira. Pernah pada suatu petang, saya disuruh untuk menghantar cucur udang ke rumah Arwah Tok untuk berbuka puasa, apa yang saya lakukan ialah mengambil sebahagian dari cucur itu dan menyorokkannya di dalam raga basikal. Hahahha..kerana sifat tamak,lapar dan sumpah, kuantiti cucur itu amat banyak pada pandangan mata lapar saya ini *Cucur udang Ibu saya super sedap!!! Ibu mendidik kami, jika mendapat sesuatu yang kita hajati jangan lokek untuk bersedekah, walaupun hanya dengan seikat pisang. Oleh itu, setiap kali keputusan peperiksaan dikeluarkan Ibu akan membuat kenduri pisang, nasi lemak,kuih, bihun dan macam-macam lagi di masjid. Arwah ayah sebagai penghantar, kami anak-anak sebagai asisstant di dapur. Lama kelamaan sifat ini sebati dalam diri..

Oleh itu sejak saya membaca buku tersebut, timbul konflik dalam diri.. fikiran saya masih stuck menganggap memberi berkait rapat dengan WANG. Saya adalah surirumah sepenuh masa, tiada gaji RASMI cuma gaji khas.Teheee..Oleh itu untuk saya memberi adalah satu perkara yang sukar kerana minda saya masih tersekat   MEMBERI = WANG. Akhirnya saya mengerti ianya tidak terbatas hanya pada wang, berikan masa untuk mendengar masalah orang lain, berikan ruang untuk menerangkan keadaan, berikan doa untuk orang yang kita kasihi, berikan kata-kata semangat untuk yang memerlukan, berikan senyuman pada pak cik guard atau cashier, berikan penyelesaian dan option untuk yang mereka yang buntu, berikan masa memikirkan masa depan orang lain * dikira ey?? beri kasih sayang sesama manusia sejagat, memberi perhatian pada isu semasa dan pelbagai.

Namun,dalam banyak-banyak perkara yang dapat kita beri ini, ada satu perkara yang sukar untuk kita terima, iaitu memberi tanpa mengharapkan BALASAN. Bagaimana untuk memberi dengan ikhlas?* Tak boleh nak ulas, belum habis baca buku.Bahahah.. Bila saya sudah khatam buku ini, akan saya ulas dengan panjang lebar. Sekian.

* Nikmatnya lebih terasa apabila kita memberi pada mereka yang langsung tidak dijangka, contohnya Pak Guard, Makcik Cleaner dan adik jaga parking. They will smile all the time :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...