:: Assalamualaikum ::
Marilah..mari, kita berzakat, tunaikan kewajipan pada agama..hihi. Hari ni saya nak bercerita mengenai zakat. Sudahkah anda menunaikan zakat? Zakat merupakan rukun Islam ke-4, di mana wajib kita sebagai yang mengaku Islam menunaikannya. Entry ni bukan untuk mencanang bahwa saya telah membayar zakat, jauh sekali menunjuk alim, tapi ianya sebagai peringatan dan kesedaran. Kenapa saya katakan sebagai peringatan? Kerana saya juga pernah tersasar dan langsung tak aware pasal ni. Setelah saya berkahwin, dan suami menerangkan kepada saya, baru saya sedar akan perkara ini. Saya yakin, ramai dari kita tidak pernah miss dari menunaikan zakat fitrah, zakat time hari raya tu. Tapi kita miss zakat harta, iaitu zakat PENDAPATAN serta zakat SIMPANAN. Kenapa saya petik zakat pendapatan dan simpanan? Kerana saya yakin semua dari kita mempunyai pendapatan tetap * bagi yang bekerja , serta simpanan. Simpanan yang saya maksudkan ialah selain dari Tabung Haji, kerana Tabung Haji mengenakan potongan zakat pada setiap tahun. Selain daripada zakat harta yang saya nyatakan di atas, berikut adalah jenis zakat yang tergolong dalam lingkungan zakat harta.Iaitu:
- Zakat Perniagaan
- Zakat KWSP
- Zakat Saham
- Zakat Ternakan
- Zakat Emas & Perak
- Zakat Pertanian
Zakat merupakan salah satu cara untuk membersihkan harta, tapi jangan kita salah anggap dengan ayat tersebut. Nanti si cerdik pandai buat smuggling activities, money laundering pastu bayar zakat, " Bersihkan harta katanya"..mueheheh. Di sini saya sertakan sekali, dalil serta soal jawab mengenai zakat:
Zakat adalah satu daripada Rukun Islam yang lima. Zakat diertikan sebagai tumbuh dan bertambah. Ianya juga bererti berkat,bersih,suci,subur dan berkembang maju.
DALIL WAJIB MENGELUARKAN ZAKAT
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kamu kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat."
(Surah An-Nur : 56)
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Ambillah zakat dari harta mereka yang berada bagi membersihkan diri dan harta mereka dan doakan mereka setelah menerimanya."
(Surah At-Taubah : 103)
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Dan di dalam harta benda mereka ada hak untuk yang meminta dan orang yang tidak memperolehi belanja hidupnya."
(Surah Adz-Dzariat : 19)
Dari ayat-ayat di atas amat jelas tentang kewajipan berzakat dan sesiapa yang mengingkari atau meragui kefardhuannya maka ianya terkeluar dari agama islam. Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-orang yang mengingkari membayar zakat. Mereka yang kaya dan berada juga harus menyedari bahawa wujudnya hak orang-orang fakir dan miskin di dalam harta yang mereka miliki.
Dalil Wajib Zakat Pendapatan
Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
"Wahai orang-orang yang beriman! Berzakatlah sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu."
(Surah Al-Baqarah : 267)
Di dalam ayat di atas, Allah menjelaskan segala hasil usaha yang baik-baik wajib dizakatkan, dan bagi mereka yang menjadikan makan gaji itu sebagai satu profesion maka ianya juga termasuk sebagai hasil usaha. Begitu juga Imam Ar-Razi menegaskan dalam konsep menyeluruhnya yang dihasilkan oleh kegiatan manusia.
Syarat-Syarat Wajib Zakat Pendapatan
1. Islam
2. Merdeka
3. Sempurna Milik
4. Hasil usaha yang baik sebagai sumber zakat
(Hasil usaha tersebut termasuklah pendapatan dan elaun tetap (tidak berubah).
5. Cukup Nisab
Nisab bagi zakat pendapatan adalah berasaskan kepada nilai 85 gram emas harga semasa, memandangkan pendapatan biasanya diterima dalam bentuk matawang yang kadar nisabnya disandarkan kepada kadar nisab emas.
6. Cukup Haul
Mengikut kaedah umum pengiraan harta-harta zakat maka dalam konteks zakat pendapatan, jangkamasa setahun adalah merupakan jarak masa bagi mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatannya. Dalam hal ini, apa yang lebih penting seharusnya zakat pendapatan ini dilihat dari segi persoalan harta perolehan atau penghasilan dan bukannya persoalan harta wang simpanan. Ini bersesuaian dengan tuntutan dan roh Islam terhadap kewajipan berzakat.
4. Adakah seorang isteri yang berkerja wajib menunaikan zakatnya? Atau cukup sekadar suaminya sahaja yang menunaikan zakat?
Zakat adalah tertakluk kepada INDIVIDU. SUAMI yang berkerja maka zakat wajib ke atasnya, maka ISTERI yang berkerja juga wajib zakat ke atasnya. Begitu juga, wang simpanan isteri milik isteri dan wajib dizakatkan, wang simpanan suami milik suami maka wajib dizakatkan. Ia adalah harta individu. Maka, suami dan isteri hendaklah mengira sendiri, sama ada pendapatan tahunan mereka wajib dizakatkan atau tidak. Sekiranya wajib, maka masing-masing wajib mengeluarkan zakat. Ia berbeza dengan zakat fitrah pada bulan Ramadan, kerana ia dikeluarkan oleh ketua keluarga untuk semua tanggungannya.
Saya menasihatkan, lakukan potongan gaji kerana iannya lebih mudah dan fikiran kita tidak terkesan dengan jumlah yang terkumpul berbanding jika kita membayarnya secara lump sum. Mudah sahaja, isi borang dan serahkan pada pihak Pusat Zakat, selebihnya mereka akan selesaikan (Untuk yang bekerja kerajaan).
Berzakat membawa BERKAT. Semoga Allah memberkati segala usaha kita ke jalanNya.
No comments:
Post a Comment