::Assalamualaikum::
Hi, lama tidak ketemu, maklumlah minggu lepas dapat kerja tak bergaji dengan menjadi tourist guide kepada abang ipar, busy bangat dong!Heheheh..
Jadi bila ada kelapangan seperti ini, mula gatal tangan nak menekan keyboard. Ini juga berikutan dengan siri lawatan yang bakal menyusul selepas ini. Bulan April nanti, ADIK saya dan geng kampungnya akan menyerang, selepas raya nanti berkemungkinan GENG MAK MANDIR pula akan menyusul. Maka hari-hari ku di isi dengan melakukan research mengenai SABAH negeri di bawah bayu serta kemudahan yang diperlukan apabila mereka tiba di sini nanti.
Okay, sebelum anda memilih Sabah sebagai destinasi percutian, satu SOALAN yang akan saya tanya ialah: "Apakah jenis percutian yang anda idamkan?"
a. Kota metropolitan yang berteknologi tinggi
b. Pusat membeli-belah dengan barangan berjenama
c. Keindahan alam serta budaya penduduknya
d. Aktiviti alam
Sekiranya anda memilih jawapan a&b, saya nasihatkan anda bercuti di "CONCRETE JUNGLE" yang menyedaikan hotel-hotel mewah serta bangunan TEBAL seperti Singapore, Hong Kong, Tokyo, Kuala Lumpur dan sebagainya. Kerana di Sabah, apa yang menarik ialah BUDAYA, TRADISI serta KEINDAHAN ALAMNYA.
Di sini terdapat pelbagai aktiviti luar seperti water rafting, snorkeling, diving , rock climbing, meniti janbatan gantung, mandi air panas, mandi air terjun dan shopping!Shopping yang saya maksudkan bukan di Megamall tapi di pasar malam dan Philippine Market. PEARL..PEARL..PEARL,*Gaya Lisa dalam Istanbul*mesti orang perempuan naik meroyan nih!!!
Okay sekian dari saya. Oleh itu rancanglah percutian anda!
No comments:
Post a Comment