Assalamualaikum..
Minggu lepas saya dan suami berkesempatan bercuti ke Brunei. Kebetulan permohonan cuti suami diluluskan,maka kami mengambil kesempatan untuk menyambut hari lahir saya,suami dan ulangtahun perkahwinan kami yang pertama di sana. Percutian ini boleh dinamakan percutian 3 dalam 1. Hihihi... Kami tidak langsung merancang untuk bercuti ke Brunei memandangkan tempahan tiket ke Bali telah pun dilakukankan seawal Mac lalu. Namun disebabkan tanggungjawab suami terhadap kerjaya beliau, tiket tersebut hangus begitu saja. Sob..sob..sob. Memandangkan kedudukan Brunei berhampiran dengan Sabah, maka kami telah membuat keputusan ke Brunei dengan menaiki Ferry ( Kota Kinabalu - Labuan - Brunei ), lagipun harganya jauh lebih murah berbanding kapal terbang. Tambahan pula, kami berkesempatan untuk transit di Labuan (Dutty Free) selama 2 jam sebelum menyambung pelayaran ke Brunie. Perjalanan mengambil masa selama 4 jam dan kami tiba di Terminal Ferry Serasa pada pukul 4 petang. Sejurus sampai, kami terus menukar matawang Brunie ( B$ 1 = RM2.60 ) dan menaiki bus ke Bandar Seri Begawan dengan hanya membayar tambang B$ 1.
Ferry dari Labuan ke Brunei
Sepanjang perjalanan menaiki bus, kami menikmati permandangan kampung yang tiada bezanya dengan Kelantan, kerana rumah mereka besar dan ke semua kedai mengunakan tulisan jawi. Terasa seperti berada di negeri Cik Siti Wan Kembang pula. Sepanjang perjalanan, saya dan suami terpegun melihat rumah serta kereta yang mereka miliki..berumah besar dan berkereta paling 'cikai' Vios dan City. Tiba-tiba suami bersuara, "Bersihkan?" lalu saya mengangguk tanda setuju. Saya akui sepanjang perjalanan menyusuri kawasan perkampungan ini, yang terdetik di hati saya ialah BERSIH dan TERATUR.
Apa tu?
Comelkan?
Biji Kupi & Daun Teh !! Omeyyy!!
Sesampainya kami di Stesen Bas Bandar Seri Begawan, kami berjalan ke hotel yang terletak tidak jauh dari stesen bas. Jam menunjukkan pukul 5.30 petang, namun keadaan di pusat bandar tersebut lengang walaupun hari Ahad. Saya membesar dengan mendengar pelbagai kisah menarik mengenai sikap/tatacara hidup manusia ( minda kelas pertama ) dari kakak, abang serta suami, memandangkan mereka pernah menetap dan berkunjung ke luar negara. Oleh itu, apabila saya berkunjung ke Brunie dan warganya memberhentikan kenderaan takala saya berdiri di lintasan zebra, saya amat terharu dan bangga. "Rupanya ada juga BANGSA MELAYU yang mempunyai sikap sebegini". Malah, penempatan paling "educated" di Malaysia pun ( Putrajaya), belum tentu masyarakatnya mengamalkan pemanduan berhemah seperti ini.
Pada keesokan harinya, kami memulakan penjelajahan Bandar Seri Begawan seawal 7.30 pagi. Bermula dengan Tamu Kianggeh, kemudian mengelilingi Kampung Ayer dengan menaiki bot selama 2 jam. Kampung Ayer adalah penempatan awal masyarakat Brunei maka, tidak hairanlah sekiranya kerajaan Brunei secara serius menjaga khazanah warisan mereka. Penempatan Kampung Ayer bagi saya amat sistematik dan terancang. Bermula dengan penyusunan kampung berdasarkan nombor jeti yang tersusun, bemula dari Jetty 1, Jetty 2, Jetty 3..dan seterusnya. Kemudian dilengkapi dengan bantuan infrastruktur seperti elektrik, air bersih, sanitary,balai polis, bomba, klinik kesihatan, sekolah rendah, muzium, sekolah menengah, balai kenduri mahupun stesen minyak SHELL di atas air ( untuk bot ), sehinggakan kepada perkhidmatan penghantaran surat dan kutipan sampah dilakukan setiap hari. Seronokkan? Di Sabah juga terdapat perkampungan air seperti ini, namun hampir kseluruhan penghuninya ialah warga asing Filipina dan Indonesia yang rata-ratanya mencuri kabel elektrik dan membuang sampah ke dalam laut. Malah ada dikalangan tuan rumah takut untuk meminta sewa memandangkan penghuninya samseng dan ganas.
Antara rumah yang disediakan oleh Kerajaan Brunei, selain rumah biasa a.k.a kampung yang dibina sendiri.
Menurut 'pakcik boat' rumah satu tingkat seperti ini berharga B$ 20 000, maka saya jangka rumah dua tingkat ini dalam lingkungan B$ 50 000 - B$ 60 000. Kiranya kalau bergaji B$ 2 000 mampu milik tak?
Setelah penat menyusuri perkampungan Ayer, kami membeli makanan tengahari di sebuah gerai makanan yang terletak di dalam Kompleks Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Nasi + ayam/ikan + sayur berharga B$ 1.50..kalau ditukar kepada matawang Malaysia RM 3.76, lebih murah berbanding harga makanan di Kota Kinabalu RM 7.00/pax tanpa air. Total harga makanan bagi kami berdua ialah B$ 4 = RM 10 (termasuk 1 air kelapa) SYUKURRRRR!!!! Dan apa yang saya perhatikan, harga untuk setiap barangan seperti air tin yang bernilai B$ 1 adalah sama untuk setiap kedai, samada kedai runcit di hotel, food court di Shopping Complex, kios di Stesen Bas mahupun kedai makan biasa. Maka saya terpikir, "Apakah rahsia yang tersembunyi? Samada rakyatnya memang tidak mengambil kesempatan?Ataupun penguatkuasaan secara besar-besaran dilakukan?"
Masjid Omar 'Ali Saifuddien, masjid yang berhadapan dengan Kompleks Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Setelah kenyang, kami meneruskan perjalanan ke Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja (The Royal Regalia Building). Bangunan ini merupakan istana tinggalan sultan terdahulu, kemudiannya dijadikan muzium yang memaparkan alat-alat kebesaran Brunei seperti, pertabalan, perkahwinan dan sejarah hidup Sultan Hassanal Bolkiah.
Gambar bangunan Regalia (Tourist sesat)
Suasana dalam Regalia *Gambar hanya boleh diambil di "Hall' dan luar sahaja
Meriam diorang kot ^.^
Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Masjid Jame' Asr Hassanal Bolkiah, masjid yang tersergam indah ini dihiasi dengan jubin bersadur emas 24 karat pada mirhabnya .Terdapat sebuah kubah yang mempunyai ukuran garis pusat sepanjang 114 kaki yang dikelilingi dengan hiasan seni khat al Qur'an. Sementara itu di bawah bahagian tengah kubah ini tergantung satu candelier yang diperbuat daripada saduran emas 24 karat serta kaca kristal yang berkualiti tinggi dari Austria. Tak ada orang curi ke? Hmm..negara kaya, rakyat tak tamak. Baguslah, ini bermakna rakyat Brunei well educated, kalau negara kaya - raya tetapi rakyat/pemimpin tamak, tak guna juga bukan? Kebetulan ketika kami singgah di masjid ini ialah pada waktu solat Asar, saya dapati ramai yang berpakaian pejabat siap bertali leher singgah berjemaah bersama Imam, malah pemandu bas jabatan kerajaan pun singgah mengimarakkan masjid. Setelah usai solat berjemaah, kelihatan semuanya bergegas keluar. Mungkin mereka ingin segera pulang ke pejabat memandangkan waktu Asar ialah pada pukul 3.30 petang, mujurlah tiada kesesakan lalu lintas.
Pekarangan masjid (Sumber Google)
Di sinilah terletaknya emas berkarat-karat tu.
Dalam masjid.
Salah satu tangga masuk ke masjid.
Kami ingin meneruskan perjalan ke The Mall, Gadong untuk membeli cenderamata. Tetapi disebabkan kesilapan menunggu bas dan jam telah menunjukan pukul 5 petang, maka kami membatalkan kunjungan kami ke sana dan pulang ke hotel untuk merehatkan diri memandangkan keesokanya kami akan bertolak pulang seawal pagi.
Apa yang dapat saya simpulkan dari kunjungan saya ke Brunei ialah:
- Negara Islam Maju.
- Negara kaya dan rakyat terdidik ( Expo Perlaksanaan Hudud )
- Penempatan sejajar dan terancang di bandar mahupun di kampung. Ini dapat dilihat di Masjid Jama 'Asr Hassanal Bolkiah yang menyediakan 835 petak ruang meletak kereta,
penempatan Kampung Ayer yang lengkap dari segi infrastruktur, sistem pungutan sampah dan penghantaran (drop/fetch) anak ke sekolah seperti drive through McD, sistem penempatan kampung yang tersusun mengikut nombor dan pelbagai lagi.
Ha, macam ni lah sistem yang diguna pakai. Tiada scene drop kereta di seberang jalan dan menuntun anak melintas. Tiada juga scene lori sampah block jalan. I loikeee. *Abaikan kecomelan lukisan tersebut*
- Negara bersih (walaupun di belakang kedai makan mamak!!)
- Tiada kesesakan lalu lintas
- Kes jenayah dan pencemaran yang hampir sifar
- Tiada pengemis (sepanjang saya berada di Bandar Seri Begawan, tempat lain tak tahu pula)
Perbezaan dengan Malaysia:
- Stesen TV RTB, kekerapan siaran doa-doa harian hampir sama dengan kekerapan siaran lagu IM4U dan Sayangi Selangor ketika kempen PRU13...bahahah
- Rancangan RTB kurang meriah berbanding rancangan TV Malaysia.
-Tiada hiburan waktu malam, so kalau nak berjimba-jimba wahai kutu malam sekalian.Mahap..tiada.
- Pemakaian Baju Melayu lengkap bersampin pada hari-hari biasa.
- Fesyen tudung yang sama ja.
- Shopping complex yang kurang meriah.
Brunei is a place to rise up your children and retirement gateway for Muslims. Kalau anda fikirkan tentang "kalau tak suka, keluar Malaysia", dan pada masa yang sama anda tidak mahu meninggalkan cara hidup tradisi Melayu Islam dan berada terlalu jauh dari Malaysia. (Benci-benci sayang gitu!) Brunei adalah jawapanya. Tetapi ingat, secara HALAL ya.
Nota : Kebanyakkan tempat tiada yuran kemasukan dikenakan. Kami hanya peruntukan wang untuk pengangkutan, tempat tinggal, makanan dan wang saku.